Saturday, October 10, 2009

SIAPA AKAN MAKAN PINANG (3)?

Tiada yang mahu kalah. Semua mahu menang. Oleh itu, pelbagai pendekatan, kaedah dan strategi untuk menang. Tiada yang menggunakan strategi untuk kalah. Melainkan dalam perlawanan tertentu seperti bolasepak di mana pasukan mahu kalah supaya menjadi Naib Johan untuk bertemu Johan dalam kumpulan yang lain. Ini kerana Naib Johan mungkin lebih kuat dan bertenaga.

Yang bertanding di Bagan Pinang pun sama. Semua mahu menang. Ramalan setakat ini ialah BN akan terus mempertahankan kawasan itu kerana mempunyai calon yang 'berjasa'. Walaupun, calon ini dicincang lumat oleh parti lawan, namun beliau tetap mendapat tempat dalam hati penduduk di situ kerana pelbagai jasa sejak menjadi MB.

Sudah tentu dalam banyak hal terutama ahli politik mereka mempunyai minyak dan mempunyai tahi. Ada ahli politik yang mempunyai banyak tahi tetapi sedikit minyak. Ada yang banyak minyak tetapi hanya sedikit tahi. Dalam kes ini, TS Mohd Isa Samad lebih banyak minyak daripada tahinya. Tidak hairanlah orang melihat minyaknya.

Oleh kerana mahu menang, parti pembangkang yang menyokong PAS telah menyusun pelbagai helah dan tindak-tanduk untuk mengeruhkan keadaan. Antaranya ialah penghantaran SMS yang jahat dan membuat 'hikayat pembohongan' menerusi media baru. Matlamatnya untuk mengajak rakyat dan pengundi membenci BN.

Cukuplah taktik kotor yang dibuat selama ini dan jadilah 'anak jantan' dengan bermain bersih dan menyerahkan kepada pengundi menentukannya. Sudah dibilang agar tidak perlu 'merayu undi' kepada pengundi, pembangkang tetap berbuat demikian ketika urusan pengundian pos dengan pelbagai rayuan bodoh dibuat. Bagi BN, ada beberapa kerat orang yang datang dengan mengibarkan bendera parti.

Pengundi Bagan Pinang, janganlah tertipu dengan taktik kotor yang dimainkan itu dan berilah undi kepada calon yang akan dapat membantu mereka pada masa akan datang.

3 comments:

ghostWRITER said...

PAS akan makan pinang,
BN akan menang,

anakmuda
http://ohpolitik.blogspot.com

Anonymous said...

what a poor article..

hantu hantu said...

BN akan menang... kalahkah PAS... ini di saat saat terakhir BN tidak banyak melakukan kesilapan.

BN cuma melakukan kesilapan sediki iaitu berita SRJK Tamil dinaikkan taraf.

Orang tengah marah dengan Hindrap.Tetapi BN masih memberi muka kepada puak-puak ini. UMNO masih tidak menghargai undi mejoriti penyokong penyokongnya.

Kita tengok bungkus atau tak bungkus nanti. kerana menafikan meroriti penyokong UMNO