Tuesday, October 20, 2009

TUKANG MUDAH KERJA.....TUKANG CACI

Hari ini, saya didatangi oleh seorang peminat RTM. Lelaki berasal dari Raub menyatakan dirinya amat meminati RTM sejak 35 tahun lalu. Beliau mengenali saya dan menyebut nama dengan betul termasuk ejaan bapa iaitu Yahaya yang selalu silap dieja dengan Yahya. Beliau memberitahu PA ingin bertemu saya untuk meminta bantuan menyelesaikan masalah tunggakan sewa rumah.

Katanya, sayalah orang terakhir yang mahu diminta tolong kerana saya adalah orang yang selalu menolong orang susah. (Daripada mana beliau tahu...tak tahulah). Setelah dibenarkan masuk beliau terus menyatakan kemahuan untuk mendapat bantuan membayar tunggakan sewa rumahnya. (sebulan RM250 dan tunggakannya ialah tiga bulan).

Saya meminta beliau memberi telefon nombor tuan rumah tetapi beliau menyatakan pemilik itu tidak mempunyai nombor telefon. Perrrrgggh. Oleh itu saya meminta agar beliau meminta tuan rumah itu menelefon saya menggunakan telefon awam. Katanya, rumahnya dalam kawasan ladang dan tiada telefon. Saya bertanya adakah beliau mempunyai telefon bimbit dan beliau kata ada dan bersetuju untuk meminta tuan rumah yang berusia 80 tahun untuk menghubungi saya.

Dalam pada itu, ketika perbualan awal, beliau menyatakan tidak ada masalah untuk balik ke Raub kerana mempunyai wang tetapi hanya meminta saya menyelesaikan masalah tunggakan sewa rumah saja. Apabila saya meminta beliau balik untuk membolehkan tuan rumah menelefon saya, ketika itulah beliau meminta wang untuk balik ke Raub. Perrrgggh.

Bagi saya, ada juga orang macam ini yang sanggup datang bertemu KP untuk meminta tolong. Dengan hanya menjual nama bahawa beliau meminati RTM dan menjadi pengikut setia stesen, pengawal membenarkan beliau menemui KP. Apa punya pengawal dah....

Isu lain. Dalam banyak agensi dalam KPKK, RTM sering mendapat perhatian pihak atasan kementerian. Apakan tidaknya kerana RTM sebagai agensi yang terbabit secara langsung dengan rakyat, ia sentiasa diperhatikan oleh kawan dan lawan. Ia juga sentiasa menjadi kritikan pihak luar termasuk mereka yang menyebarkan fitnah dan surat layang. Hanya memerlukan satu SM, e-mail atau panggilan telefon. Macam-macam ada.

Apapun, saya teringat pesan DSU Dr Rais Yatim iaitu mengenai kerja yang paling mudah di dunia iaitu menjadi tukang caci. Buka mulut dan hambur. Atau buka laptop dan tulis macam-macam. Dalam lain perkataan tukang paling mudah di dunia ini ialah tukang caci. Baik jadi pencuci tandas daripada jadi tukang caci. Bertaubatlah.

Dalam pada itu, saya mendapat komen daripada seorang yang mengaku bekas petugas RTM yang mengemukakan beberapa soalan dan 'teguran' kepada saya.

"Salam 1 msia Bro.. (agak2 lebih mesra dari dato kot)

MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI

Bro asyik citer umno dan Bn aje... takda idea nak majukan RTM ke....

jenguk2 kan le.. blog ni patut lebih beri ruang untuk majukan RTM

Soalnya boleh ke RTM maju di bawah bro....

soalnya apa beza RTM zaman bro dengan kp - kp yang terdahulu, zaman jaffar kamin, ali musa dan rahman hamid.... ada beza ke @ masih saperti sedia kala .. azalinya.. tak kira sape kp

Bro cuba lihat adakah rating semakin meningkat @ lebih kureng dolu2 gak dan duit masyuk ke RTM berlipat kali ganda @ menyusut dengan hebat... (citer2 di kopitiam... rTM dah abis duit... nak bayar gaji pekerja sementara pon kena cari merata)

Apa yang berlaku bro, no idea kot..@ tak mampu nak handle RTM..

Orang RTM kata kat kopitiam, rating dan iklan (duit oooo) tak brape penting, janji mesej sampai dan big boss appy... loh camna nak sampai mesej kalu olang tak tengok bro....

Sebagai KP yang diberi kepercayaan bagi memajukan RTM dan di beri kontrak plak 2 tahun, rasa2 le patut Bro memikirkan soal majukan RTM dan jaga kebajikan pengemudi RTM, bukan nya nak melobi orang politik agar kontrak di sambung lagi.. amanah di pertanggungjawapkan untuk kemajuan jabatan k'jaan paling glamor bukan untuk pastikan survival diri

Opppp lari dari tajuk... naib presiden ABU... boleh masuk sulatkaba... hehehe , tapi kena ingat ABU bagi RTM post tu ada maknanya.... sape sanggup bagi kemudahan kpd ABU termasuk ruang pejabat yang di sewakan secara borong... kalu kat stesen lain kena caj ikut pasaran semasa... RTM je sanggup , tak naik2kan sewanya, pastu pelbagai kemudahan lain di beri... alasan nya nak jadi centre broadcasting, pada hal NGO tu nak senong aje dia beroperasi...bagi aje post tu...
Ibarat kata kalu RTM antar kambing pon ABU bagi post tu, ni kan pulak Tiger yang pi.. aje bergurau, tak leh gurau gi surau hehehe

Bro soalnya di sini, jangan bangga sangat dgn post yang ABU bagi.. setakat sukahati tu ok gak, tapi kalu nak hebahkan seluruh kampung jadinya MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI... al maklum lah ABU ada udang sebalik mee mamak....

akhir kalam... Bro kena bertindak sebagai KP RTM, bukan sebagai KP yang nak cari glamor di RTM

wassalam dari

Use 2 be RTM... dolu2, lani pakcik tengok2 aje kat luar angkasapuri"

8 comments:

Orang Utara said...

Ini la masalah org kita bila nak comlain....yang baik tak kan nampak yang tak baik akan dicerca...

Puak2 ni pun agak2 la kalau nak komen pun...cakap pandai...mai dok tgk jadi Kp apa dia nak buat...

Nurul Shaza said...

Assalamualaikum dato'

Fuh..macam2 manusia punya ragam ya dato'...sabarlah dengan ujian..mohon kekuatan dariNya...
Tok Guru saya kata, kesabaran tiada had cuma strategi kene upgrade!

Dato', saya tertarik dengan rancangan national Geographic..di TV1..ratingnya juga tinggi sekitar 800 ribu..begitu informasi!sesuai untuk kami yang tiada astro di rumah,,mungkin lepas nie..ada rancangan sebegini berkonsepkan haiwan2 di malaysia=)kita juga kaya dengan fauna..cuma kurang berkenan dengan masa yang ditayangkan...saya cadangkan di tukar pada jam 9 malam..sekadar cadangan..

pALONG said...

Malang sungguh.

Pengawal keselamatan patutnya tanya dulu PA, kasi masuk ke tak kasi masuk jumpa KP akan itu orang. Tapi Pengawal Keselamatan bengap, takde sensore mind maka inilah.

Macam mane kalau yang masuk itu bawa pistol dan tembak? Huh Apalah pengawal keselamtan ini minda ?

Malang juga urusan pengawal keselamatan bukan di bawah RTM tetapi tanggongjawab kementerian. Maka di manakah Datok Kamaruddin Siarap?

Harus perkara ini dibangkitkan demi keselamtan negara. Maka apa akan jadi jika dia ini merampas konti radio dan istiharkan perang atau rampasasn kuasa.

APALAH SEKURITI INI MACAM HAH?

terubuk jantan said...

Keep up a good job dato.Thanks 4 nescafe.

teja said...

salam dato', hmmm manusia nih mcm2..tp apa yg penting tuhan tahu apa kita buat..di sana nanti semuanya akan terpapar tanpa ada yg tertinggal..dan ada hikmah disebalik semua kejadian..

Unknown said...

salam diy,
pakcik yang pertama conman, manakala pakcik kedua cornman.
sabar je lah datuk...

kulupbana said...

Salam Datuk.
Sampai sekarang saya selalu mengimpikan menjadi KP FINAS lantaran ianya jugak jawatan glamor di kalangan karyawan industri.

Memanglah jika hilang arah saya mungkin hanyut oleh 'juadah' enak terhidang. Namun apa yang pasti, ramai lah kawan mahupun orang keliling akan melangut menanti habuan daripada KP yang magikal.

Tapi alahai, mimpi saya masih mimpi...

Anonymous said...

salam DIY,
Yang komen dan tegur tu ingat dia pandai sangat ke... kita ini manusia begitu lah tak boleh tengok orang senang. Memcaci tu perkara mudah, rasa saya lah biar dia nak kutuk ke, caci ke, tapi dalam banyak-banyak bahan cacian tu yang boleh kita pakai dan ambil iktibar kita ambil dan yang tak boleh biarkan saje dan pada para komentar di ruang ini, cari yang positif untuk kebaikan serta jangan asyik nak balas komen orang sahaja tanpa apa2 pandangan yang membina, sekadar pandangan untuk tuan puan yang bijaksana lagi budiman.

Wassalam
Hanya insan biasa sekali sekala