Monday, January 4, 2010

UTAMAKAN KEPENTINGAN RAKYAT

Terlalu banyak berpolitik keterlaluan mendatangkan kerugian. Ada yang berpolitik seperti budak-budak. Ada yang sanggup melakukan apa saja demi mencapai cita-cita mereka.

Tahun lalu dicemari dengan politik keterlaluan yang merugikan rakyat.

Untuk itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim mahu situasi itu tidak wajar dibiar berlarutan.

Amalan berpolitik jangan disalahguna kerana ia sepatutnya membawa kebaikan.

Bermula politik jalanan hingga ke Dewan Rakyat, menimbulkan pelbagai polemik politik yang tidak mendatangkan sebarang manfaat.

Paling mengecewakan, gagasan Satu Malaysia sejak diperkenal Perdana Menteri turut dipolitikkan secara keterlaluan oleh pihak yang cuba menggagalkan usaha murni kerajaan itu.

Pemimpin yang sebenar adalah pemimpin yang memelihara perjuangan untuk rakyat yang diwakili, bukan individu yang tersasar dari matlamat sebenar.

Ikuti Berita Nasional malam ini di TV1 jam 8 malam.

3 comments:

Anonymous said...

Salam Dato,
Kebanyakan pemimpin sekarang lebih mementingkan memenuhkan poket masing-masing dengan agenda tersendiri. Jatidiri diletakan jauh kebelakang. Peminpin sekarang kurang karisma akibat lebih minat menjadi badut dari pemimpin. Cuba lihat dewan rakyat.

Razak Majid

m.saffuan said...

salam Dato...
pendapat saya pemimpin sekarng mementingkan diri sendiri dan parti mereka...suka mencari kesalahan orang lain,dan bukan untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat.

LIMAUDONG said...

Salam DIY
Jangan marah wahai pemimpin tersayang bila poket sudah penuh dengan $$$$$ pandai-pandai lah jaga sendiri dan ingatlah Rakyat didahulukan . Bila rakyat tidak didahulukan dan sudah kecewa dan sudah bosan nanti tunggu PRU baru lu tahu!!!!!