Wednesday, June 22, 2011

CADANGAN UNTUK PEMBERSIH

Jika berdegil juga mahu berarak pada 9 Julai ini maka beberapa pandangan dilontarkan, antaranya daripada blogawan dan rakyat yang sukakan keamanan.

1. Semua yang mahu mengambil bahagian, perlu menggunakan teksi dan membayarnya. Adalah pendapatan untuk pemandu teksi pada hari itu.

2. Bawa penyapu dan bersihkan setiap laluan yang ditempuhi termasuk longkang-longkang yang penuh dengan sampah.

3. Sediakan pampasan kepada peniaga di kawasan yang dilalui seperti kutipan seharian dan perlu meletakkan deposit kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur agar jika berlaku kerosakan, deposit itu akan digunakan untuk tujuan pembaikan dan gantirugi.

4. Semua yang mengambil bahagian perlu menutup mulut mereka dan dilarang untuk menjerit atau membuat laungan.

5. Mereka yang ingin berarak perlu berjalan dalam dua baris agar tidak mengganggu perjalanan pengguna lebuhraya lain. Adalah perlu melantik pengawas dan penyelaras bagi memastikan mereka tidak melakukan kesalahan lain.

6. Berarak dengan berjalan berundur seperti yang dilakukan oleh seorang ahli sukan yang berjaya mencatatkan rekod terbaru.

7. Tidak dibenarkan membawa sebarang benda termasuk kamera, laptop atau pun botol air. Mereka perlu mengisi perut mereka di warung-warung yang disediakan oleh DBKL agar peniaga makanan boleh mendapat keuntungan.

8. Tidak dibenarkan memakai kemeja T yang dicetak tetapi membeli kemeja T yang dijual oleh peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan resit perlu disimpan sebagai bukti membantu peniaga di kawasan itu.

9. Mereka yang berarak perlu menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita sepanjang jalan untuk menunjukkan mereka taat setia kepada RAJA dan NEGARA.

10. Asingkan antara lelaki dan perempuan untuk menggelakkan bersentuhan. Ini penting bagi memastikan mereka mempunyai adab dan sopan sepanjang perjalanan.

11. Membuat akujanji tidak melakukan sebarang perkara yang merosakkan keharmonian negara dan jika didapati berbuat demikian segala harta benda boleh dilelong atau disedekahkan kepada anak-anak yatim.

7 comments:

AJAI62 said...

Assalam Bro

Lelong dengan orang-orang tu sekali... atau buang ke laut.. hidup suka sangat nak menyusahkan orang..

Wake UP! said...

Salam. Cadangan yang bernas sekali. Kalau mereka tak buat begitu, para pemandu teksi patut langgar mereka dengan teksi mereka.

Anonymous said...

Jangan lupa, buat booking pihak polis, cam kenduri kawin atau rally ketreta...pass tu jangan lupa bayar....

Anonymous said...

Cadangan yang baik

ibrahim yahaya said...

Sdr Ajai62,

Nak suruh jerung makan tak?

ibrahim yahaya said...

Sdr Wake Up,

Mereka juga perlu pakai songkok untuk menghormati RAJA-RAJA Melayu.

Langgar mati tidak boleh, langgar sayang sajalah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

jangan lupa letak deposit kat PDRM juga.