Monday, October 31, 2011
RAMAI ORANG SUKA PM
PERTH : Melihat gambar ini yang diambil oleh Rocky di Burswood Park memaparkan rakyat Malaysia di Australia mengerumuni PM, menyebabkan ramai yang akan demam dan perlu bekerja lebih keras untuk mengurangkan populariti DS Najib Razak. Ini kerana yang datang bukan dibawa oleh sesiapa (tak mungkin yang ramai itu dibawa dari Malaysia) tetapi ingin bersama dengan PM yang mereka sayangi. Dalam catatannya Rocky menyebut ada juga yang memuji tindakan PM sekarang yang sentiasa mendahulukan rakyat dan mementingkan pencapaian.(Gambar oleh Ahiruddin Attan @ Rocky ).
Sunday, October 30, 2011
OTK ADA OTAK
KUALA LUMPUR : Kerja tukang sebar khabar angin dan musuh politik cuba jolok bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat konon nak lompat masuk PKR atau DAP makin menjadi-jadi.
Ini ekoran perang dingin beliau dengan Presiden MCA sekarang Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan kenyataan-kenyataanya mengkritik parti itu.
Lebih menguatkan cakap-cakap itu ialah apabila bekas Menteri Pengangkutan itu tegaskan beliau tetap akan pertahankan kerusi Parlimennya sekarang Pandan,di Selangor sekalipun disingkir dari MCA.
Apapun DS Tee Keat Sabtu tegas menafikan beliau ada sebarang rancangan untuk lompat parti.
Beliau juga menafikan ada mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kecuali terserempak sekali sekala di sidang Parlimen.
Beliau mengaku memang ada tawaran seumpama itu tetapi bukan sesuatu perkara yang baru.
DS Tee Keat kata cakap-cakap itu semua kerja jahat penyebar khabar angin.
“Saya tidak hairan jika ada yang sebar saya nak masuk PAS pula,”katanya secara sinis pada wartawan mengulas hal berkenaan.- AgendaDaily. 29/10/2011
(Renungan Rimau : OTK adalah seorang pemimpin yang bijak dan baik. Sayangnya, ahli MCA tidak memberi peluang untuk beliau terus memimpin parti itu. Mereka memilih seorang yang berani mengaku 'Saya Adalah Lelaki Itu'. Bukan macam sesetengah pihak, 'Macam saya tetapi bukan saya'. OTK pasti tidak akan meninggalkan parti yang telah banyak berjasa kepadanya. Pasti tidak membelot.)

Thursday, October 27, 2011
BERHENTILAH MENYAMAR
Rupanya dalam sibuk orang bercakap mengenai isu winnable candidate yakni calon yang boleh menang...ada yang cuba ambil keselmatan ‘ cari makan’.
Ibupejabat UMNO menerima aduan adanya orang tertentu menyamar sebagai ‘ pegawai’ yang dihantar oleh Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk membuat tinjauan dan menilai siapa calon pilihanraya BN yang layak di bahagian-bahagian Umno di seluruh negara.
Ini mendorong Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansoer mengeluarkan satu kenyataan khusus menafikan wujudnya ‘ pegawai’ seumpama itu.
"Saya menegaskan bahawa tidak ada mana-mana pihak yang diarahkan untuk berbuat demikian melainkan mereka diberi tauliah khusus daripada Ibu Pejabat Umno atau Ibu Pejabat Barisan Nasional (BN) sendiri tanpa melibatkan sebarang pemberian wang daripada calon," katanya
Beliau memberitahu, menerusi aduan tersebut, pihak penilai terbabit meminta mereka yang mahu menawarkan diri untuk menjadi calon BN pada pilihan raya akan datang perlu membayar sejumlah wang agar nama mereka dapat diajukan terus kepada Najib.
"Hal tersebut turut berlaku melibatkan anggota bahagian UMNO termasuklah dalam Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.
"Oleh yang demikian saya menasihati semua pihak agar jangan terperangkap dan diperbodohkan oleh orang-orang terbabit lantaran mahu menjadi calon BN pada pilihan raya umum akan datang," kata Tengku Adnan.- AGENDADAILY (25/10/2011).
(Renungan Rimau : zaman menyamar sebagai 'pegawai PM' sudah berlalu. Mereka yang suka menyamar tu berhentilah kerja yang sia-sia itu jika mahu melihat UMNO menang pada PRU akan datang. Dapatkan maklumat secara senyap, memang digalakkan tetapi menyamar dan mengaku sebagai orang tertentu tidak payah lagilah. Rasanya PM sudah mengetahui pelbagai maklumat mengenai calon. Tunggu sajalah. Untung sabut timbul, kalau tidak tenggelamlah semacam batu).

Monday, October 24, 2011
JARINGAN SOSIAL BERTANGGUNGJAWAB
GENEVA(Switzerland) - Jaringan sosial yang kini menghubungkan masyarakat di seluruh dunia, perlu diamalkan secara bertanggungjawab, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim (DASURY).
DASURY berkata ia adalah antara tiga perkara yang dipersetujui bersama, yang merupakan bentuk perjuangan antarabangsa, pada pertemuannya dengan Setiausaha Agung Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) Dr Hamadoun Toure.
"Perkara kedua ialah mencari kaedah terbaik bagi masyarakat antarabangsa untuk melihat Internet sebagai haluan tamadun yang baik, dan pada masa yang sama mencari jalan bagaimana manusia dapat disalurkan dengan perkhidmatan tanpa perkara-perkara negatif yang keterlaluan.
"Ketiga, berkaitan keselamatan domestik negara masing-masing yang dalam konteks ini, Malaysia memperkatakan bahawa apabila undang-undang domestik sesebuah negara itu dilaksanakan, sama ada berkaitan judi dalam Internet atau pornografi kanak-kanak atau membabitkan keselamatan sesebuah negara, ia bukan bermakna tapisan, tetapi sebagai pelaksanaan undang-undang," katanya kepada pemberita Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Toure, di sini Ahad.
DASURY berada di sini untuk menghadiri persidangan ITU Telecom World 2011 yang berlangsung selama empat hari mulai esok.
Ia merupakan perhimpunan unik peserta utama industri, ketua-ketua kerajaan, pembangun inovasi dan bakat dalam bidang teknologi yang bersama-sama memberi tumpuan terhadap menggunakan kuasa teknologi untuk menangani isu-isu sebenar dunia
DASURY berkata tiga perkara tersebut dipersetuji bersama walaupun dalam konteks antarabangsa, ia akan memakan masa untuk diamalkan secara sejagat.
"Namun, menerusi persefahaman ITU serta keazaman Setiausaha Agungnya, kami delegasi Malaysia yakin perjuangan dan kerjasama bersama Internet menerusi jaringan kemasyarakatan ini akan menghasilkan sesuatu yang dihajatkan," katanya.
Ditanya mengenai cadangan Malaysia pada ITU, DASURY berkata Malaysia telah mengemukakan pelbagai langkah bagi mengharmonikan rangkaian sosial dan kesannya secara menyeluruh terhadap masyarakat.
"Antara perkembangan yang paling menarik, kita tidak membuat kajian menyeluruh terhadap impak rangkaian sosial terhadap penduduk di setiap negara.
"Kita hanya menyerapnya dan kini terdapat hampir 12 juta pengguna Facebook di Malaysia, yang menjadikan kita sebagai antara pengguna paling besar dalam rangkaian sosial itu," katanya.
DASURY berkata sesuatu perlu dilakukan dari segi melindungi golongan muda, selain budaya serta mengharmonikan penggunaan kemudahan itu.
"Ia merupakan isu yang meluas dan pada masa yang sama kita perlu menyedari bahawa kita boleh terus mengambil langkah positif menerusi bantuan antarabangsa. seperti ITU," katanya.
DASURY kemudiannya menghadiri jamuan malam yang dihoskan oleh Duta Besar Malaysia ke Switzerland Datuk Othman Hashim dan isteri Datin Rohayazam Kamaruzaman di kediaman mereka.
Turut hadir bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah yang berada di sini untuk menghadiri majlis penyerahan tugas Presiden Antarabangsa Pelbagai Usaha Sama Mencegah Ancaman Siber (IMPACT) dari Malaysia kepada Burkina Faso.
Tun Abdullah mewakili Malaysia pada majlis itu.

JAWAPAN UNTUK SI BANGGANG...
Ada orang marah saya apabila saya minta supaya sokong UMNO. Dengan menggunakan pengenalan diri 'jawapan bodoh untuk si banggang' beliau menyatakan:
maaflah saudara kerana apa yang dipertontonkan oleh umno/bn terlalu menyakitkan hati.saudara fikirlah mana ketua mic dapat duit untuk kenduri anaknya yang mencecah 4juta?bagaimana dgn skandal bmf yg mencecah lebih 2billion?bagaimana skandal pkfz dgn ling liong sik menjadi billionair?bagaimana bini menteri perdana boleh membayar rm130k untuk tidur hanyasemalam saja sedangkan ada rakyat yang nak mencari rm130 sebulan pun susah.bagaimana seorang menteri perdana boleh pergi bercuti menggunakan pesawat sewakhas yang kosnya melebihi ratusan ribu ringgit sedangkan lain2 pm dulu kalau mereka bercuti,mereka menggunakan perkhidmatan pesawat biasa yang kosnya jauh lebih murah.bagaimana pejuang2 agama,bangsa dan negara ini boleh menafukan hak rakyat kelantan yang lebih 90% adalah berbangsa melayu.bagaimana kerajaan yang memperjuangkan agama ini boleh menafikan hak anak2 orang islam yang ingin belajar ugama di sar dengan tidak memberikan peruntukan perkapita pelajar kepada pehak sekolah.itu hanya sekadar apa yang sempat ditulis disini,sedangkan berpuluh ribu lagi perkara2 yang menghancurkan hati rakyat.tuan tgklah anak2 menteri yang memandu pelbagai kereta mewah yang mencecah jutaan ringgit,berapa gaji menteri?tuan lihat anak bekas seorang mb boleh pergi menemui kekasihnya menggunakan kelikopter,berapa pencen bapa dia?dengan segala jenayah yang macam haramjadah ni tuan masih nak memujuk kami untuk menyokong umno.astagfirullah.....
Ini jawapan segera saya :
jangan sempitkan pemikiran kita dengan perkara yang tuan anggap besar tetapi secara bandingannya apa yang dibuat oleh UMNO terlalu kecil perkara itu. saya selalu menyatakan bahawa UMNO adalah parti keramat tetapi yang mengotorkan itu ialah individu yang menyertainya tetapi mahu segera kaya. mungkin seperti mana yang tuan sebutkan itu. tapi yang penting, lihatlah bagaimana UMNO dan BN membantu rakyat Malaysia khususnya dan Melayu amnya. jangan menidakkan perkara ini dan asyik memandang kepada dua tiga individu seolah-olah anak pembangkang tidak pernah membuat sesuatu. tolonglah tengok apa yang jadi kat Selangor dan cuba bagi tau saya apa yang saudara tahu. bagi saya jawapan bodoh datang orang yang bodoh.
lagi satu saya ada maklumat juga bagaimana pemimpin Pas satu ketika dulu apabila diberi peluang untuk memerintah Terengganu membeli kereta mewah daripada kawan saya. jangan cuba hendak menuduh pemimpin UMNO saja tetapi di sekeliling kita penuh dengan najis.

Sunday, October 23, 2011
MURTAD : BUKAN JUALAN LANGSUNG
JIKA kita selalu menghadiri program ceramah besar-besaran PAS, kita akan dapati cara kerjanya (SOP) sama dengan Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang diadakan di Stadium Shah Alam petang Sabtu.
Baik dari segi kedudukan petugas yang menyambut orang ramai, susun atur program, ungkapan takbir setiap kali habis ucapan, bentuk dan design banting yang tergantung di sekeliling stadium, dan paling terang sekali, sebelum penceramah terakhir berucap, keluar karung khas kutip derma, memang sah DNA PAS.
Bagi wartawan yang biasa liputi program UMNO dan PAS, sebahagian besar daripada 10,000 hadirin itu adalah aktivis-aktivis Islam yang sinonim dengan PAS bukannya UMNO.
Deretan belia dan beliawanis, berkopiah dan bertudung litup, duduk tertib dari awal hingga akhir majlis, jarang bertepuk tangan, memang sinonim dengan gerakan Islam di manapun.
"Mereka ini aktivis Islam yang selama ini menyokong PAS dan mula kecewa dengan Pakatan Rakyat," kata seorang bekas pemimpin PKR pusat ketika kami terserempak di majlis tersebut.
Menurut beliau, majoriti yang hadir itu adalah golongan yang kecewa dengan pengaruh kumpulan Erdogan dalam parti Islam tersebut.
"Mereka merasakan PAS di era Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang ini terlalu berkompromi dengan isu-isu Islam seperti murtad yang sudah lama menjadi retorik dalam ceramah-ceramah PAS.
"Tapi mereka juga bukan penyokong apatah lagi pengundi UMNO, jadi HIMPUN menjadi medan mereka untuk menzahirkan ketidakpuasan hati terhadap PAS Baru yang lari dari asas perjuangan dan retorik tradisi mereka," katanya.
PAS dalam muktamar terakhirnya Jun lalu bahkan menukar konsep Negara Islam kepada Negara Kebajikan bagi menarik sokongan bukan Islam kepada parti itu.
Penganjur bersama HIMPUN, Dr Yusri Mohamad memberitahu Agendadaily, beliau teruja melihat kehadiran ramai orang muda dalam majlis tersebut.
"Kami hanya mengharapkan NGO-NGO yang menyertai HIMPUN agar memobilisasi ahli mereka," katanya ketika ditanya cara penganjur kumpul peserta program tersebut.
Ada yang kata angka 10,000 itu tanda kegagalan penganjur kumpul satu juta tapi kalau kita lihat dari sudut lain, angka 10,000 adalah angka kehadiran biasa bagi program-program besar PAS di Lembah Klang.
"Sebut apa saja program besar PAS samada di Stadium Melawati atau Taman Melewar, kehadiran mesti kurang atau lebih 10,000, sebab apa, sebab itulah akar umbi mereka," kata bekas pemimpin PKR yang biasa dengan kerja-kerja mobilisasi penyokong PAS apabila program melibatkan Anwar Ibrahim.
"Jika di Kelantan atau Kedah mungkin boleh dakwa sehingga 50,000 tapi kalau di Lembah Klang, 10,000 itu angka sebenarnya," katanya penuh yakin.
Jika ditolak satu pertiga daripada 10,000 itu untuk penyokong Perkasa, UMNO, dan NGO seperti PPIM dan PEMIMPIN yang dilihat condong kepada kerajaan, yang lain itu memang dikenali berat belah pembangkang.
Dalam bahasa mudahnya, perhimpunan petang Sabtu itu adalah manifestasi kekecewaan kelompok gerakan Islam kepada PAS Baru.
Mereka kecewa melihat PAS yang tunduk kepada Anwar, yang tunduk kepada DAP sehingga hilang jati diri parti itu.
Sehingga mereka sendiri (ketua-ketua NGO Islam) perlu 'turun padang' menjadi satu kumpulan pendesak baru tanpa lagi bergantung harap kepada PAS yang kini dilihat banyak berkompromi asas perjuangannya untuk meraih undi bukan Islam.
Soal kehadiran bukan isu besar, bagi mereka yang duduk dan menyaksikan betapa bersemangatnya kumpulan HIMPUN ini, pasti sedar tapak sokongan PAS sudah bergoyang.
Apatah lagi bila ada cadangan dari wakil-wakil NGO yang berucap, mahu menjelajah setiap negeri dengan HIMPUN dan disambut dengan laungan 'allahuakbar' yang gegak gempita.
PAS sehari dua lagi, akan merasai kesannya dan jangan terkejut sekali lagi parti menggunakan nama Islam itu menukar retoriknya seperti kes hudud baru-baru ini.
Selepas melihat PAS semakin hilang sokongan Melayu terutama di Kelantan, Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat tiba-tiba membangkitkan semula soal pelaksanaan hudud yang PAS sudah tidak bincang sekian lama.
Hujah PAS kepada DAP dan Anwar mudah, orang Kelantan mengundi PAS sebab nak laksana hudud.
Di Shah Alam petang Sabtu, kisah Datuk Dr Hasan Ali yang hadir dan berdoa menutup majlis bukan sebagai pemimpin atau ahli PAS tetapi sebagai umat Islam (seperti kata pengerusi majlis) pasti menjadi bualan dikalangan gerakan Islam.
Terutama ratusan wakil NGO, yang khuyuk mengaminkan tatkala Hasan Ali dengan mata berair berdoa "Ya Allah, tuhan yang membolak-balikkan hati. Kekalkan kami di atas landasan Islam,".
Stadium yang boleh memuatkan 100,000 pengunjung itu mungkin terlalu besar untuk 10,000 yang hadir, tapi gema doa munajat yang dibaca Hasan Ali, pasti berbekas di hati mereka yang mengaminkannya dan berkembang kepada yang lain juga.
Kita sama-sama lihat nanti.-22\10\2011- OLEH HELME HANAFI
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekalipun hadir sebagai Umat Islam…kemunculan Hasan Ali mengejutkan
Walaupun Pakatan Pembangkang sudah mengumumkan keputusan sebulat suara menegah ahli-ahli mereka menyertai Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Stadium Shah Alam, Sabtu, Exco Hal Ehwal Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali tetap muncul.
Beliau yang juga ADUN PAS bagi Gombak Setia, tidak berucap, tetapi sekadar memimpin bacaan doa penutup perhimpunan. Begitupun kehadirannya tetap menarik perhatian. Hasan Ali enggan ditemuramah oleh media selepas perhimpunan berkenaan.
Sebelum Hasan Ali, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamada sudahpun membuat kejutan terlebih dahulu apabila dia tampil berucap.
Kehadiran Hasan Ali, walaupun tidak berucap dan tindakan Kamaruzzaman secara tidak langsung memberi tamparan hebat kepada Pakatan Pembangkang khasnya dan PAS amnya yang sebelum ini menuduh UMNO mendalangi penganjuran HIMPUN.
Polis menganggarkan kehadiran penonton 10,000, tetapi macam biasalah, media pembangkang hanya melaporkan 5,000.
Perhimpunan dimulakan dengan ucapan pengerusi bersama HIMPUN, Mohd Yusro Mohamad, diikuti penulis novel Natrah, Fatini Yaacob, pendakwah dari Sabah, Farhan Abdullah, wakil NGO Belia FELDA, Abdullah Abu Bakar, bekas timbalan naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah, wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Mohamad Hasan dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Pengerusi bersama HIMPUN yang juga pengerusi Teras Pengupayaan Melayu, Mohd Azmi Abdul Hamid muncul penceramah terakhir dan mengumumkan 10 resolusi HIMPUN.
Pada sidang media selepas itu, Azmi berkata walaupun kehadiran penonton tidak seperti diharapkan, penganjur tetap menganggapnya satu kejayaan. Katanya, apa yang penting, perhimpunan berlangsung dengan aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Beliau juga menjelaskan kehadiran Hasan Ali adalah sebagai individu beragama Islam dan bukan sebagai wakil PAS atau kerajaan negeri. – 22/10/11-OLEH NOOR HASILAH ISMAIL
BERITA AWAL- Walau kehadiran tak capai sasaran.. Himpunan Sejuta Umat berlangsung penuh semangat
Kalau nak diukur dari segi jumlah yang hadir di Stadium Shah Alam yang boleh mengisi 100,000 orang memang ia gagal capai sasaran yang diharapkan. Namun Himpunan Sejuta Umat terus berlangsung penuh semangat.
Antara yang mengejutkan ialah kehadiran Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali dari PAS sendiri di majlis itu. Ini mengenangkan secara rasmi membuat keputusan tidak hadir.
Hadir sama di Majlis itu ialah Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang memberi ucap utama di majlis itu. Turut sama ialah Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.
Selain Harussani yang berucap menjelang hujung majlis,sebilangan pimpinnan NGO lain turut berucap.
Dr Hasan tidak berucap di majlis itu namun telah mengetuai bacaan doa dan munajat di akhir majlis itu pada jam 6 petang.
Sementara itu pengerusi jawatankuasa bersama penganjur Mohd Azmi Abdul Hamid dalam ucapan penutupnya antara lain membidas sikap ' lidah bercabang' pihak tertentu yang disebutnya cuba menakutkan dan memperlekehkan perhimpunan itu.
Katanya mereka bercakap tentang demokrasi tetapi tunjuk sikap seolah hanya perhimpunan anjuran mereka saja boleh tetapi perhimpunan ini ( Himpunan Sejuta Umat) . - AgendaDaily.
(Renungan Rimau : semoga perhimpunan ini mendapat berkat Allah SWT. Yang berita-iya hendak memurtadkan orang Islam tu, jangan cuba jolok sarang tebuan. Bahaya kerana jika tebuan sudah menyerang, bengkak seluruh badan nanti. Yang murtad, baliklah ke pangkal jalan dan jangan pula beriya-iya hendak membantu memurtadkan orang Islam. Ini bukan jualan langsung atau MLM yang dapat bonus jika dapat memurtadkan orang Islam. Sedarlah).

Friday, October 21, 2011
KELUARLAH PKR DEMI MELAYU
Seramai 30 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cawangan Bukit Piatu di sini termasuk ketuanya, Mohd Said Abu, mengisytiharkan keluar daripada parti itu kerana tidak lagi mempercayai pucuk pimpinan parti itu.
Mohd Said, 61, yang cawangannya terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bachang, berkata tindakan beliau dan yang lain itu tidak didorong oleh mana-mana pihak.
"Saya berasa kecewa kerana dipinggirkan oleh pucuk pimpinan PKR di peringkat negeri dan pusat dan tindakan mungkir janji yang ditonjolkan mereka (pemimpin) kepada kami di peringkat akar umbi," katanya kepada pemberita pada satu majlis di Melaka Mall yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Othman Muhamad dan Setiuasa Kerja Umno Melaka Datuk Hamzah Bajuri.
Bernama melaporkan, Mohd Said, yang pernah menjadi ahli Umno dan Pas sebelum menyertai PKR pada 2008, mendakwa lebih banyak lagi anggota PKR di cawangannya dan cawangan lain akan keluar daripada parti itu.
"Saya dan rakan-rakan akan kembali semula kepada Umno dan BN dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan kepimpinan Datuk Seri Mohd Ali Rustam," katanya.
Mohd Ali, ketika ditemui pemberita, berkata beliau menyambut baik langkah Mohd Said dan penyokongnya itu yang menginsafi bahawa perjuangan pembangkang tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak.
"Mereka mempunyai banyak masalah berbanding BN yang sentiasa melakukan kerja demi faedah semua rakyat," katanya.- AGENDADAILY. 20/10/2011
(Renungan Rimau : Bagi Rimau, penghijrahan ahli PKR ke UMNO bukanlah perkara pokok yang perlu difikirkan oleh bangsa Melayu. Penghijrahan itu sama ada 1, 2, 30 atau 1,000 adalah angka. Yang lebih penting ialah pemahaman orang Melayu agar mereka tidak perlu lagi berada dalam PKR. Tidak perlu bersekongkol dengan dap yang kini tersenyum lebar. Ketika bangsa lain seakan bersatu dalam pelbagai cara, Melayu semakin berpecah. Semakin dirobek-robekkan. Semakin ramai juga yang kebinggungan untuk membuat pilihan. ini kerana ada orang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri membuat sesuatu yang menghalalkan cara demi matlamat. Yang lebih membingungkan orang ini ditonjolkan sebagai pemimpin agung atau ada yang entah di mana silapnya menganggap ia satu anugerah tuhan. Bangsa Melayu perlu memikirkan perkara ini dengan semasak-masaknya terutama usaha berterusan menghakis identiti yang mempunyai roh Melayu seperti PDRM, tentera, SPRM termasuk juga Utusan Malaysia. Jika bersuara lebih mengenai bangsa, dianggap rasis padahal merekalah bapa kepada segala rasis. Mereka ini tidak senang duduk jika Melayu bersatu. Anehnya orang yang bercita-cita mahu menjadi PM kini sudah menjadi 'jurucakap utama' dap yang kini hanya perlu menggerakkan jari jemari terhadap tali yang mengikat patung wayang kulit itu. Sedihnya semakin ramai sanggup menjadi patung. Sedarlah bangsa Melayu, bahawa selagi ada kuasa itulah batasan terakhir).

Tuesday, October 18, 2011
MAHU KAWAN BUKAN LAWAN....
JAKARTA 17 Okt. - Seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, Drs. Ramadhan Pohan hari ini melabelkan pihak yang membuat dakwaan kurang berasas ekoran kononnya Malaysia menceroboh wilayah Indonesia itu sebagai sedang berhalusinasi.
Ramadhan yang juga anggota Jawatankuasa Kerja Sempadan, Suruhanjaya II DPR menyelar tindakan pihak yang sengaja mencetus provokasi tidak berasas itu.
Menurut Penolong Setiausaha Agung Parti Demokrat pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono itu, adalah tidak bertanggungjawab bagi seorang ahli politik menyampaikan maklumat tidak tepat kepada rakyat.
Lebih memalukan, Ramadhan menolak dakwaan kononnya wilayah Camar Bulan milik Indonesia dan kini dikawal oleh 3,000 anggota Pasukan Gerak Am (PGA) Malaysia.
"Tidak ada 3,000 anggota PGA yang mengawal wilayah kita (Indonesia). Yang ada cuma pokok-pokok. Tidak timbul isu tersebut. Yang membuat dakwaan kononnya ada askar Malaysia (anggota PGA) mungkin sedang berhalusinasi," katanya menyindir pada sidang media di sini, hari ini.
Isu wilayah perbatasan Malaysia-Indonesia ditimbulkan oleh Timbalan Ketua Suruhanjaya I DPR, TB Hasanuddin dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang mendakwa kononnya wilayah Camar Bulan seluas hampir 1,500 hektar dan wilayah Tanjung Datu seluas 800 meter garis pantai telah diambil oleh Malaysia secara haram.
Dakwaan sedemikian bagaimanapun dinafikan secara konsisten oleh kerajaan Indonesia melalui empat menteri kabinetnya dan juga oleh Panglima Tentera Nasional Indonesia, Laksamana Agus Suhartono.
Pada sidang media yang dibuat secara bersama dengan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini, Ramadhan turut mendedahkan beberapa foto yang dirakamkan beliau menerusi telefon bimbit ketika mengadakan kunjungan ke dua daerah berkenaan hujung minggu lalu.
Kata Ramadhan, beliau berkunjung ke wilayah Camar Bulan dan Tanjung Datu, Kalimantan Barat bersama empat anggota DPR pada Jumaat lalu untuk melihat sendiri suasana di sana.
Berdasarkan tinjauan yang dibuat, Ramadhan mendapati tidak ada sejengkal pun tanah Indonesia yang dirampas Malaysia.
Beliau pada masa sama yakin Hasanuddin tidak pernah berkunjung ke wilayah Camar Bulan atau Tanjung Datu untuk melihat keadaan sebenar tetapi berani membuat kenyataan yang tidak berasas itu.
Berikutan kenyataan provokasi berkenaan, beberapa pertubuhan bukan kerajaan Indonesia mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Kedutaan Besar Malaysia.
Minggu lalu, selama dua hari berturut-turut demonstrasi diadakan oleh pertubuhan Forum Betawi Rempug (FBR) dan Laskar Merah Putih (LMP).
Hari ini pula, satu lagi kumpulan yang terdiri daripada 20 penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini. - Utusan
(Renungan Rimau : Masalah dengan golongan yang mahu mencetuskan pertelingkahan hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia ialah satu - sakit mental. Jika di negara ini perlu dihantar ke Tampoi atau Tanjung Rambutan untuk diubati. Mereka perlu diubati kerana mereka akan sentiasa mencari benda-benda pelik untuk 'dibuat main'. Macam-macam budak-budak semuanya dibuat main termasuklah api sehingga boleh membakar rumah ibu bapanya. Isu benci-membenci ini tidak seharusnya dimainkan kecualilah kita dibayar untuk memainkan isu tersebut. Ingatlah tiada siapa yang akan menang jika isu ini berlarutan kerana yang kalah jadi abu dan yang menang jadi arang).

Monday, October 17, 2011
SHAFIE AFDAL BERSUARA...
Rakyat Malaysia tidak akan selama-lamanya tertipu dengan budaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering mahu dilihat sebagai pemimpin yang unggul tetapi realiti jelas menunjukkan sebaliknya.
Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, rakyat semakin bijak menilai perwatakan licik Anwar yang pandai memainkan sentimen rakyat melalui ucapan berkobar-kobar di pentas ceramah tetapi gagal membuktikan kredibiliti sebagai seorang pemimpin.
"Sebab itu kita selalu kata, jangan menilai manusia ini (Anwar) melalui kata-kata atau ucapannya yang memang begitu sedap didengar, tetapi kita perlu menilai segala perbuatan dan amalannya.
"Memang mudah berjanji apa sahaja untuk mendapat kuasa tetapi rakyat boleh menilai antara kebenaran dan pembohongan," katanya ketika berucap menutup Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Perak di Dewan Merdeka, Kuala Kangsar pada Sabtu.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta para pemimpin komponen BN negeri.
Shafie menegaskan, Anwar serta pemimpin pakatan pembangkang gagal menghalang momentum sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya mengotakan janji-janji melalui pelaksanaan dasar yang mengutamakan kepentingan rakyat.
''Perdana Menteri menterjemahkan segala janji dengan mendukung kepentingan rakyat dan formula kejayaan inilah yang semakin menggusarkan pembangkang," katanya.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, pakatan pembangkang juga tidak dapat menafikan kemampuan kerajaan BN dalam mewujudkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini sehingga mendapat pengiktirafan dunia luar.
Tidak hairanlah, kata beliau, keharmonian tersebut cuba dirosakkan oleh pakatan pembangkang dengan memainkan isu serta sentimen negatif untuk membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan.
''Sekejap setuju, sekejap tidak setuju dan mereka berbalah sesama sendiri. Cukup jelas mereka tiada kesepakatan sehingga menjadikan perjuangan masing-masing sebagai bahan eksperimen untuk menarik sokongan.
''Kita perlu bertanya, bagaimana mereka ini mahu membina sebuah kerajaan yang kononnya memperjuangkan suara rakyat sekiranya suara pemimpin-pemimpin mereka sendiri tiada kesepakatan?," tegasnya.
Sementara itu, Majlis Penerangan Perdana itu mendapat sambutan luar biasa apabila dihadiri lebih 12,000 orang iaitu jumlah tertinggi yang dicatatkan setakat ini sejak program itu dilancarkan September lalu.
Bertemakan penjelasan isu-isu semasa termasuk Bajet 2012, majlis itu dihadiri rakyat pelbagai lapisan termasuk ahli 120 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), 800 pertubuhan belia sekitar Perak, wakil agensi kerajaan serta komponen Barisan Nasional (BN) negeri.-15/10/2011. AGENDADAILY.
(Renungan Rimau : Apabila bercakap mengenai politik, DS Mohd Shafie Apdal selalunya serius dan jarang-jarang berjenaka. Ketika membuat penggulungan ucapan di Perhimpunan Agung UMNO, ketika Naib Presiden lain memasukkan elemen lawak jenaka dalam ucapan mereka, DS Shafie lebih suka melontarkan idea bernas dan pandangan dalam setiap ruang ucapannya. Beliau serius untuk memajukan politik bangsa. Untuk itu, jika beliau mempunyai pandangan terhadap Anwar Ibrahim, orang yang pernah menjadi ketuanya satu masa dulu, eloklah ambil perhatian sepenuhnya).

Saturday, October 15, 2011
DAULAT TUANKU
Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya pada Jumaat bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, demiikian menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri.
Ini adalah kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Kali pertama pada 21 Sept 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 Sept 1975.
Sultan Abdul Halim, 83, yang kini Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.
Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja kecuali Sultan Pahang.
Pemilihan dilakukan mengikut peruntukan jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.
Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.
Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950-an.
Sementara itu, Sultan Muhammad V, 42, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010.
Canselor Universiti Malaysia Kelantan itu diputerakan di Kota Baharu, Kelantan pada 6 Okt 1969.-14/10/2011. AGENDADAILY.

Friday, October 14, 2011
AGAK-AGAK LA.....
CARI PELESIT TEMPATAN
Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Malaysia dan Indonesia mencari "pelesit" yang cuba merosakkan hubungan mesra dan rapat antara kedua-dua negara itu.
Sambil menyatakan hubungan baiknya dengan pucuk pimpinan negara jiran itu, Perdana Menteri berkata kedua-dua negara perlu rapatkan hubungan dan mesti bersatu.
"Rapatkan hubungan, jangan ikut emosi (dengan) kepung kedutaan kita, kita mesti bersatu, apa gunanya kalau ada dalang-dalang yang sanggup merosakkan hubungan yang begitu mesra," katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen Dunia Melayu, Dunia Islam (DMDI) Ke-12 di Melaka, Khamis malam.
Najib berkata jika kedua-dua negara saling membantu, beliau yakin hubungan antara Malaysia dan Indonesia dapat dijalinkan dengan lebih erat lagi.
Bernama melaporkan beliau turut berharap DMDI dapat memainkan peranan membantu menyelesaikan masalah yang timbul melibatkan kedua-dua negara.
Ucapannya merujuk kepada insiden Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menjadi sasaran demonstrasi oleh kumpulan penduduk Indonesia termasuk Laskar Merah Putih berhubung isu sempadan Malaysia-Indonesia.
Isu sempadan itu ditimbulkan Timbalan Ketua Suruhanjaya 1, Dewan Perwakilan Rakyat Tb Hasanuddin, minggu lepas yang mendakwa Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan dan 800 meter garis pantai di Tanjung Datu kononnya diambil secara haram oleh Malaysia.
Bagaimanapun, empat menteri Indonesia termasuk Menteri Luar Marty Natalegawa dilaporkan menafikan dakwaan itu kerana ia tidak berasas.
Ini adalah hari kedua berturut-turut demostrasi diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia berhubung itu selepas kumpulan Forum Betawi Rempug (FBR) berbuat demikian Rabu.
Mengenai DMDI, Perdana Menteri berkata gagasan itu boleh menjadi jalinan kedua bagi mengeratkan lagi hubungan antara negara-negara dalam DMDI terutama hubungan rakyat dengan rakyat.
Bagi mengukuhkan DMDI, Najib meminta pemimpin gagasan itu berusaha meningkatkan pengumpulan dana, kegiatan kebajikan, pendidikan dan ekonomi negara anggota.
Beliau berkata sekiranya mahu terus diagungkan, bangsa Melayu perlu menguasai ilmu terkini termasuk inovasi dan kreativiti yang menjadi penjana kekayaan.
Pada majlis itu, Perdana Menteri melancarkan bank data DMDI dan menyampaikan anugerah tokoh DMDI kepada Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Gabenor Sumatera Selatan Alex Noerdin yang masing-masing dianugerahkan Tun Perak DMDI.-AGENDADAILY. 13/10/2011
(Renungan Rimau : Pelesit tempatan perlu dicari kerana mereka merayau-rayau untuk mencari darah Melayu dan darah orang UMNO. Mereka membenci UMNO sampai kiamat. Matlamat menghalalkan cara. Mereka tidak peduli jika negara ini berperang dengan Indonesia. atau orang Melayu serumpun bergaduh dan berganyangan. inilah pemikiran komunis yang ditentang oleh HAMKA di Indonesia. yang penting bagi mereka, kerajaan sekarang perlu ditumbangkan. Pelesit ini ada di mana-mana dan menyerupai banyak wajah termasuk wajah ba alif ba ya. oleh itu, kerajaan perlu segera mencari dan tahan bawah ISA. opppppssss...ISA dah takde...terlupa. tahan jela bawah apa-apa undang-undang. asalkan negara ini selamat).

Thursday, October 13, 2011
ALAHAI BAHASA KITA...
Dua tokoh, dua peristiwa dalam satu majlis penting.
Tokoh pertama - EXCO Pendidikan Melaka, seorang pemimpin Cina masih kurang fasih berbahasa Melayu atau ada pelatnya kerana sebutan 'r' menjadi 'l' dan anda boleh bayangkan adakalanya dewan yang dipenuhi pelajar sekolah akan kendengaran huuuuu Nya setiap kali terkeluar pelatnya.
Tokoh kedua, professor dari China yang fasih berbahasa Melayu dinobatkan tokoh bahasa memajukan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Beliau menerima anugerah itu daripada TPM, TS Muhyiddin Yassin pagi ini.
Yang menarik, ia berlaku dalam majlis memartabatkan Bahasa Melayu.
Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan.
Di mana silapnya?

Wednesday, October 12, 2011
CARI SEGERA PEMBELOT
Oleh Big Dog
(sebahagian tulisan mengenai Musang berbulu ayam)
Sebenarnya ini bukanlah misteri besar kerana sememangnya ada pegawai pegawai kanan Kerajaan Persekutuan dan mereka yang baru bersara, memang cenderung kepada politik Pembangkang, terutama PAS dan perjuangan anti-nasionalis Anwar Ibrahim. Agensi sperti Biro Tata Negara yang satu masa dahulu menjadi ‘alat’ kepada Anwar untuk jangka tempoh yang cukup strategik, masih lagi dipenuhi oleh pegawai pegawai yang taat kepada perjuangan yang didoktrinasikan oleh ‘Saudara’.
Kementerian Kewangan juga terdapat pegawai pegawai tinggi yang masih simpati sekiranya tidak mendukung apa yang dibawa oleh Anwar, walaupun bekas Menteri Kewangan itu telah di’nyah’ dari pejabat strategik itu 13 tahun dahulu. Pendoktrinasikan pegawai pegawai kerajaan melalui agensi seperti BTN dari tempoh lewat 80an berterusan selama lebih 10 tahun, jauh menempatkan mereka yang kini berjawatan strategik dalam pelbagai kedudukan dan jawatan.
Ia bermula sewaktu Anwar menjadi Menteri Pelajaran dan siri latihan oleh agensi seperti BTN lebih diintensifkan. Beliau menggunakan pengaruh beliau dalam JPA untuk menentukan pegawai pegawai yang dilihat sebagai berpotensi untuk menjadi loyalis disusun untuk kenaikan pangkat seterusnya, dalam percaturan strategik ini. Ianya menjadi lebih ketara apabila beliau mengambil alih jawatan Timbalan Perdana Menteri pada lewat 1993.
Anwar menggunakan sepenuhnya segala sumber, kuasa dan pengaruh agensi seperti BTN sebagai agen pendoktrinasi ‘Kadre Anwarista’.
Mereka sebenarnya bukan lagi ‘Musang berbulu ayam’. Mereka sebenarnya ‘Gunting dalam lipatan’. Guna-tenaga mereka dalam membantu perjuangan politik songsang Pembangkang adalah jelas. Anasir anasir ini yang perlu diberikan perhatian serious. Paranoia ‘memburu jembalang’ ini mungkin berasas kuat dan kita sebenarnya tidak ada masa lagi.
‘Pertahanan Putrajaya’ ini sebenarnya perlu datang dari menentukan mereka dalam Putrajaya itu sendiri tidak belot dan bersubahat untuk menguntungkan mereka yang sebenarnya boneka Barat yang begitu ketagih mahukan kuasa.
(Renungan Rimau : susah juga nak cari musang ini. di Indonesia, musang ini digunakan untuk menghasilkan kopi luak tetapi di Malaysia musang ini digunakan untuk menimbulkan 'masalah' dan memberi peluru kepada musuh. oleh itu, marilah kita cari musang-musang ini yang mungkin boleh dicam menerusi permainan silap mata.)

Tuesday, October 11, 2011
KAMU KAYA, BOLEHLAH TOLAK...
Tidak menghairankan jika ada Ahli Parlimen pembangkang sekarang 'naik angin satu badan' dengan bos mereka, DS Anwar Ibrahim, menolak cadangan PM untuk menaikkan elaun MP dalam Bajet 2012 yang lalu. Ada juga yang tumpang sekaki turut sokong.
Apakan tidaknya, ketika mereka mengharapkan satu 'durian runtuh' akan datang, tiba-tiba ada pula 'mangkuk hayun' yang bertindak menolak cadangan itu semata-mata ia datang daripada kerajaan BN. Semata-mata untuk menunjukkan bahawa ada pemimpin pembangkang yang tidak mahu. Menolak cadangan PM itu, bagi mereka yang dianggap 'mangkuk hayun' itu adalah satu kejayaan.
Bagi mereka yang memerlukan kewangan untuk hidup, tindakan menolak itu sudah tentu memeritkan 'penderitaan' mereka sedangkan mereka semua tahu bahawa ada orang yang menolak itu memang sudah kaya. Buktinya ramai rakan mereka yang keluar PKR kerana tidak tahan dengan tindakan tidak memberi wang untuk perjuangan parti seperti yang dialami oleh bekas pemimpin PKR iaitu Zahid Arip, Hanafiah Man dan Lokman Muda. Mereka lama dah tahu.
Oleh itu, rasa marah yang membara ini pasti akan meletup satu hari nanti apabila mereka mempunyai bukti bahawa orang yang menolak itu sebenarnya berbuat demikian kerana sebab tertentu. demi untuk memastikan cadangan Menteri Kewangan itu ditolak dan mahu rakyat melihat merekalah yang tidak mahu sedangkan rakan-rakan lain 'semput' dan menderita. Ada antara mereka yang sudah pasti berfikir atau berkata-kata 'kamu kaya bolehlah tolak. kami yang tidak cukup duit ini tercungap-cungap' untuk meneruskan perjuangan, akan jadi abu.'
Maka, berfikirlah MP pembangkang lain dengan tindakan bos anda.

Monday, October 10, 2011
JANGAN PESONGKAN FIKIRAN RAKYAT
Seorang ustaz yang condong kepada pembangkang mempersendakan slogan 1Malaysia. Dia berkata rakyat didahulukan ialah "ambil piti rakyat dan kemudian mereka sapu". dia bagi contoh, "rakyat kena bayar insurans keta beribu-ribu, patutnya tak payah bayar. duit ada buatlah jalan tu, rakyat takyah bayar insurans. tak payah bayar cukai". dia seterusnya berkata, "pencapaian itu maksudnya, apabila piti rakyat dah banyak, dia orang capai lah. itulah pencapaian". MasyaAllah. Inikah ustaz yang kita mahu dia berceramah di pelusuk negara? Minta dijauhkan. Mungkin rasa benci dan sakit hatinya kepada kerajaan sekarang amat meluap-luap. Tidak payahlah memesong rakyat.
Apapun, perturunkan mengapa BN perlu dikekalkan menjadi kerajaan pada PRU13 nanti. Terlintas di kepala pagi ini. Mungkin tidak tersusun, tetapi perlu diperjelas dan diperingatkan segera untuk rakyat agar jerung-jerung besar tidak memesongkan fikiran mereka. Jika ada yang lain sila tambah.
1. BN mempunyai sejarah mentadbir negara dengan baik dan profesional - negara makmur, stabil dan ekonomi bertambah. Pentadbiran negara dipikul oleh semua kaum yang mempunyai wakil dalam Kabinet. Menjadi sebuah negara contoh dan lebih maju daripada negara yang pernah merdeka dari Malaysia. Kerajaan mempunyai rancangan lima tahun yang dinamik dan mempunyai halatuju yang jelas dalam semua bidang.
2. Pelbagai pembangunan dilaksanakan di seluruh negara termasuk di luar bandar. Membelanjakan wang beratus juta demi memastikan rakyat mendapat infrastruktur dan kemudahan kehidupan yang baik termasuk di Sabah dan Sarawak. Ketika menyediakan lebuhraya bertingkat di bandar yang menelan berjuta ringgit, kerajaan tetap membina jalan raya dan kemudahan lain seperti hospital untuk rakyat di luar bandar.
3. Sejak dari dulu lagi pemimpin BN sentiasa memikirkan kesejahteraan rakyat dan memastikan semua pihak mendapat pembelaan dari segenap sudut. Kerajaan sentiasa memikirkan idea dan program baru untuk memastikan rakyat mendapat faedah dan manfaat dalam jangka pendek/jangka panjang. Sanggup mengubah atau memperbaiki sebarang program yang tidak berkesan atau tidak sesuai pada waktu dilancarkan.
4. Menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya terutama membabitkan golongan yang memerlukan terutama di luar bandar. Pendidikan menjadi antara fokus utama bagi memastikan rakyat negara ini berilmu dan mendapat pekerjaan yang baik. Kerajaan menyediakan kemudahan pendidikan dengan membina sekolah, kolej, institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Menyediakan bantuan buku teks kepada golongan yang memerlukan. Terbaru ialah memberi pendidikan percuma kepada pelajar rendah dan menengah.
5. Menyediakan keadaan yang kondusif untuk menggalakkan perkembangan perniagaan untuk usahawan tempatan dan luar negara. Negara yang stabil membolehkan ahli perniagaan menjalankan perniagaan dengan baik di samping memperkembangkan segala kemudahan untuk pelanggan. Daripada perniagaan ini maka kerajaan boleh mendapat pendapatan menerusi pelbagai cukai. Selain itu, pelabur asing datang ke negara ini untuk melabur yang menjanjikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
6. Menyediakan dasar pertanian yang teratur yang dapat membantu golongan petani mendapat hasil yang baik. Membantu petani untuk memasarkan barangan mereka di dalam dan luar negara. Menyediakan kemudahan pinjaman kepada petani dan penternak untuk memperbesarkan perniagaan mereka dari semasa ke semasa. Golongan nelayan juga dibantu dengan pelbagai kemudahan termasuk pemberian subsidi diesel dan kemudahan lain oleh Agro Bank.
7. Menyediakan peruntukan keselamatan yang berpatutan untuk melindungi negara ini. Ini membolehkan rakyat hidup dalam keadaan selamat dan menjalani kehidupan seharian dengan penuh yakin. Sentiasa memikirkan program bagi memastikan rakyat selamat dan terbela sepanjang masa.
8. Bajet yang dibentangkan oleh kerajaan bukan omong-omong kosong. Mereka berjanji dan mengotakannya. Perhatikan Bajet 2012 yang dibentangkan untuk kesejahteraan rakyat. Lima fokus utama yang akan diberi penekanan di bawah Bajet 2012 iaitu meligat pelaburan; mengungguli modal insan; transformasi luar bandar; memperkejap perkhidmatan awam; serta meredakan inflasi dan mengimarah kehidupan rakyat.
Belanjawan kali ini begitu menyeluruh sehingga menyentuh secara langsung golongan akar umbi melalui pemberian pelbagai insentif yang tidak dijangka termasuk bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, selain manfaat keseluruhan RM7,560 untuk pemilik teksi bajet bagi meringankan beban mereka. Turut menerima insentif Bajet 2012 ialah warga emas, peneroka Felda, nelayan, wanita dan belia.
9. Banyak lagi yang boleh diperturunkan....bacalah manifesto BN untuk PRU13 nanti.

Sunday, October 9, 2011
PRU13 NOVEMBER INI?
PM, DS Najib Razak, berkata BN boleh menang besar jika tidak ada tindakan mengsabotaj calon BN pada PRU13 ini.
Jika BN telah memilih calon yang boleh menang, semua ahli BN perlu memberi sokongan kepada calon itu, katanya dalam Majlis Perjumpaan BN Wilayah di PWTC hari ini.
Beliau mahu semua petugas BN bekerja keras dalam tempoh seminggu pada PRU13 yang akan diadakan 'tidak lama lagi'. Selepas PRU13, mereka bolehlah bercuti.
DS Najib juga mahu BN WP memastikan orang bandar menyokong BN bagi memastikan semua golongan dari luarbandar dan bandar besar menyokong kerajaan sekarang.

Saturday, October 8, 2011
KESEJAHTERAAN RAKYAT
Oleh MARHAINI KAMARUDDIN
KUALA LUMPUR 7 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2012 bagi meneruskan agenda transformasi nasional yang mengambil kira kebajikan segenap lapisan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana tanpa mengetepikan strategi untuk membangunkan negara.
Bertemakan Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara, Bajet 2012 yang merupakan bajet kedua dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kata Najib, bakal menjadi pemacu untuk mencapai Wawasan 2020 dan matlamat negara berpendapatan tinggi.
Beliau yang juga Menteri Kewangan dengan itu menggariskan lima fokus utama yang akan diberi penekanan di bawah Bajet 2012 iaitu meligat pelaburan; mengungguli modal insan; transformasi luar bandar; memperkejap perkhidmatan awam; serta meredakan inflasi dan mengimarah kehidupan rakyat.
Belanjawan kali ini begitu menyeluruh sehingga menyentuh secara langsung golongan akar umbi melalui pemberian pelbagai insentif yang tidak dijangka termasuk bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, selain manfaat keseluruhan RM7,560 untuk pemilik teksi bajet bagi meringankan beban mereka.
Turut menerima insentif Bajet 2012 ialah warga emas, peneroka Felda, nelayan, wanita dan belia.
Golongan penjawat awam pula terus menerima imbuhan berganda apabila Perdana Menteri mengumumkan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus, kenaikan gaji tahunan RM80 hingga RM320 mengikut gred selain bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang akan dibayar pada Disember ini.
Kerajaan juga tidak melupakan golongan pesara apabila mengumumkan pelarasan pencen dua peratus setahun secara automatik mulai 2013 di samping menerima bayaran khas RM500.
Dalam usaha meringankan beban kos sara hidup rakyat, Perdana Menteri turut mengumumkan pemansuhan yuran tambahan sekolah mulai tahun depan, pemberian bantuan RM100 kepada semua pelajar daripada tahun satu hingga tingkatan lima, selain baucar buku RM200 kepada semua pelajar warga Malaysia daripada tingkatan enam hinggalah ke universiti.
Najib juga sempat menyindir pembangkang yang sering menguar -uarkan konsep negara berkebajikan sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah sejak sekian lama mengamalkannya.
“Keseluruhannya subsidi bahan makanan asas ini menelan belanja RM2.3 bilion dan dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira kaya atau miskin, bandar atau luar bandar. Oleh yang demikian, kita ingin bertanya, tidakkah ini dinamakan negara kebajikan?” katanya.
Bajet 2012 menyediakan peruntukan berjumlah RM232.8 bilion meliputi RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan melaksanakan sejumlah projek bagi tahun depan di bawah Pakej Rangsangan Khas berjumlah RM6 bilion untuk merancakkan pelaburan.
Perdana Menteri turut mengumumkan empat dana khas perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi mempergiatkan industri itu.
Dalam pada itu, berpegang kepada falsafah 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Najib turut menjanjikan proses besar islah undang-undang di bawah Program Transformasi Politik bagi membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara moden dan progresif sekali gus demokrasi yang berfungsi.
“Bajet yang baru saya bentangkan ini mendakap segenap taraf sosioekonomi rakyat, ia tidak meninggalkan yang berpendapatan rendah sekalipun menengah atau tinggi dan tidak pula meminggir mereka yang di bandar waima di desa,” katanya.
Perdana Menteri mengakhiri ucapan belanjawannya yang memakan masa dua jam itu dengan menegaskan kerajaan BN tidak tunduk kepada tekanan atau paksaan untuk mengambil jalan benar dan betul demi warga Malaysia.
“Kami yakin dengan perjuangan yang kami gandar ini bukan dibuat-buat atau ilusi silap mata sebagai guna menutup lompang keikhlasan dan kebobrokan sahsiah serta kemunafikan intelektual seperti sesetengah pihak,” tegasnya. - UTUSAN.

Friday, October 7, 2011
BELANJAWAN TRANSFORMASI
KUALA LUMPUR 6 Okt. - Belanjawan 2012, yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok, disifatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "Belanjawan transformasi untuk semua rakyat Malaysia".
Menekankan pendekatan inklusif kerajaan, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, lebih ramai akan menikmati manfaat daripada belanjawan sederhana dan berhemat pada tahun ini.
Intipatinya akan termasuk dasar-dasar baharu untuk menangani kos kehidupan dalam waktu-waktu sukar dan pada masa sama, mengekalkan pendekatan bertanggungjawab dari segi menjamin kedudukan fiskal dalam menguruskan ekonomi.
"Belanjawan ini adalah mengenai kerajaan mengotakan janji-janji kami untuk menjamin keadilan sosial dan pada masa sama, memastikan negara kita berada di landasan ekonomi yang kukuh yang akan membawa kemakmuran dan kesejahteraan jangka panjang untuk semua.
"Ini belanjawan transformasi yang sebenar untuk semua rakyat Malaysia, iaitu yang akan menentukan hala tuju kita ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi," kata Najib dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya sebelum pengumuman Belanjawan 2012, esok.
"Selaras dengan prinsip 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan — saya memberi tumpuan sepenuhnya untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan defisit, tetapi tidak akan berbuat demikian dengan mempertaruhkan kebajikan rakyat biasa," katanya. - Bernama.
(Renungan Rimau : Janji dikota pasti rakyat sejahtera. Bantuan diberi, rakyat pasti berseri-seri. Peruntukan bertambah, pasti rakyat tidak resah. Pengurangan cukai, rakyat akan ketawa berderai-derai. Kenaikan cukai rokok, ramai yang akan terduduk).

Thursday, October 6, 2011
BELANJAWAN PUTAR ALAM
KUALA LUMPUR: "Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada." Itu adalah jawapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh pembangkang.
Pakatan pembangkang membentangkan belanjawan tahunannya baru-baru ini, tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Belanjawan 2012.
Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan terbabit sebelum Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini di Dewan Rakyat.
"(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja," kata Dr Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011 di sini baru-baru ini.
"Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya)," katanya.
"Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah," kata Dr Mahathir yang pernah menjadi Menteri Kewangan.- Bernama.
(Renungan Rimau : Buat belanjawan memang mudah. Tetapi untuk melaksanakannya tidak semudah membuatnya. Melainkanlah kita suka berjanji tetapi tidak perlu dikotakan. Jika jadi kerajaan kena mengotakan janji. Jika tidak rakyat akan menolaknya. Oleh itu, belanjawan yang DS Najib Razak umumkan esok sudah tentu yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan mengikut kemampuan mereka. Ikut duit yang adalah. Jadi rakyat tidak payahlah fikirkan apa yang tersirat dalam belanjawan pembangkang kerana mereka boleh berjanji bukit sedangkan ia tidak perlu dilaksanakan. Putar alam. Dah lama tahu dahhh).

Wednesday, October 5, 2011
GUAN ENG GUNA VIAGRA?
KUALA LUMPUR 4 Okt. - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim menempelak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana menuduhnya berbohong dan membuat tuduhan palsu berhubung isu bahasa Malaysia diketepikan dalam satu majlis rasmi di negeri itu baru-baru ini.
Menurutnya, Guan Eng sepatutnya menasihatkan pengurusan Kolej Han Chiang di negeri itu yang dibantu kerajaan penubuhannya, supaya menggunakan bahasa Malaysia dalam majlis rasminya.
Katanya, Kolej Han Chiang yang dikendalikan oleh personaliti kenamaan yang rapat dengan Guan Eng hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin dalam satu majlis yang dihadiri beliau baru-baru ini.
Jelas beliau, penyampai pada majlis itu hanya menggunakan kedua-dua bahasa itu kecuali bagi satu lagu yang dinyanyikan dalam bahasa kebangsaan.
Merujuk kepada majlis ulang tahun Kolej Han Chiang di Pulau Pinang pada 29 September lalu yang beliau hadiri bagi mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Dr Rais menegaskan:
"Tiada sebab kenapa Lim Guan Eng mengatakan bahawa saya 'berbohong' macam Utusan. Para penyampai (Kolej) Han Chiang malam itu tidak menggunakan sepatah pun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
"Guan Eng sepatutnya menasihatkan konco-konconya di institusi itu supaya menghormati bahasa kebangsaan."
Rais menyatakan demikian dalam kenyataannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Guan Eng dalam blognya, limguaneng.com hari ini yang mendakwa Rais membuat tuduhan palsu mengenai satu majlis rasmi dihadiri menteri berkenaan di Pulau Pinang yang hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin.
Entri terbaru Guan Eng itu bertajuk Datuk Seri Rais Yatim Should Not Lie Like Utusan Malaysia But Prove Which Penang State Official Function He Attended Sidelined Bahasa Malaysia (Datuk Seri Rais Yatim Sepatutnya Tidak Berbohong Seperti Utusan Malaysia Tetapi Membuktikan Majlis Rasmi Negeri Pulau Pinang Yang Mana Beliau Hadiri Mengetepikan Bahasa Malaysia".
Dalam entri tersebut, Guan Eng mencabar Dr Rais mengemukakan bukti dan menamakan majlis rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang dihadirinya yang mengetepikan Bahasa Malaysia.
Guan Eng mengingatkan Rais bahawa Kolej Han Chiang dikendalikan oleh pihak swasta dan majlis dihadiri Rais itu pula adalah anjuran kolej berkenaan, bukannya kerajaan negeri.
Menurut Guan Eng, sekiranya Dr Rais gagal menunjukkan bukti, menteri tersebut perlu menarik balik kenyataannya berhubung isu itu dan juga mengemukakan permohonan maaf.
Semalam, Bernama melaporkan satu kenyataan Dr Rais di Jelebu, Negeri Sembilan yang melahirkan rasa kesal beliau kerana bahasa kebangsaan tidak dinobatkan di Pulau Pinang selepas dua tahun negeri itu dikuasai oleh DAP.
Rais dipetik memberitahu, ini jelas terbukti apabila dalam satu majlis rasmi yang beliau hadiri, penganjur hanya bercakap dalam bahasa Cina dan Inggeris.
"Hanya saya berucap dalam bahasa kebangsaan dan sebahagian Inggeris. Ini menunjukkan sikap tidak menghargai bahasa kebangsaan itu sudah jelas dan ini adalah amat tidak baik dalam konteks perpaduan pelbagai kaum," katanya.- UTUSAN.
(Renungan Rimau : Pernah dengan cerita viagra jatuh dalam mangkuk mi rebus yang menyebabkan mi tu berdiri tegak. Oleh itu, Guan Eng elok guna viagra untuk menegakkan benang yang terjatuh dalam mi rebus tu).

Tuesday, October 4, 2011
PAS TAKUT MELEPAS
Mengapa isu Hukum Hudud diputar semula? Mudah jawapannya. Untuk membolehkan Pas terus kekal memerintah Kelantan.
Hakikatnya, tindakan Pas bergabung dengan pakatan pembangkang dan bermadu kasih dengan Dap dan PKR membawa bala kepada parti itu.
Apakan tidaknya, daripada penyelidikan dalaman parti itu, ramai ahli yang tidak begitu setuju dengan tindakan pemimpin Pas menukar perjuangan daripada menubuhkan Negara Islam kepada Negara Kebajikan.
Ramai ahli Pas yang merasakan parti itu sudah lari daripada perjuangan sebenarnya dan mereka mahu 'mengajar' pemimpin yang berani membuat keputusan itu terutama Timbalan Presiden yang mengeluarkan kenyataan pelik-pelik kebelakangan ini terutama menyatakan komunis adalah pejuang sebenar dalam menuntut kemerdekaan. Lebih teruk dari itu beliau menidakkan kepentingan Tunku Abdul Rahman. Hilang akal ke?
Oleh itu, mahu tidak mahu, Pas perlu menggoreng semula isu Hukum Hudud untuk menarik balik perhatian ahli dan golongan di atas pagar agar terus menyokong parti itu. Setidak-tidaknya dapat mengekalkan semula Kelantan.
Taktik menggunakan isu Hukum Hudud diibaratkan senjata pelbagai segi yang boleh 'pukul sekeliling' jika salah membuat reaksi terhadapnya. Jika BN salah membuat kenyataan ia sebenarnya akan menimbulkan masalah kepada BN.

Monday, October 3, 2011
KARPAL TERIMA HUDUD?
Jika Karpal Singh terima hudud, maka Nik Aziz dan Hadi Awang tidak perlu melangkah mayat. Sebagai orang Islam sudah tentulah kurang ajar jika kita melangkah mayat.
Pada zaman dulu, orang kata jika kucing melompat mayat, maka mayat itu akan bangun semula. Mungkin selepas ditanam, maka mayat itu akan bangun dari kubur untuk mencari musuh-musuh mereka. Jika mereka orang politik, mayat itu akan mencari musuh politik.
Karpal beberapa kali menyebut bahawa beliau tidak mahu menerima hukum hudud. Jika Pas nak buat, mereka perlu melangkah mayatnya dahulu. Ini bermakna tunggulah Penasihat Dap itu mati dulu atau terkorban kerana kemalangan jalan raya atau terjatuh dalam longkang. Barulah Pas boleh melaksanakannya.
Namun, jika Karpal boleh menerima hudud maka Pakatan pembangkang tidak mempunyai masalah lagi dan mereka boleh menang PRU13. Namun, ini bukanlah perkara mudah kerana ia membabitkan undang-undang dan mayat. Jadi Karpal sanggup menjadi mayat jika Pas ingin melaksanakan hudud. Dalam ertikata lain Karpal sanggup mati barulah hukum hudud boleh dilaksanakan.
Perjuangan Nik Aziz dan Hadi Awang untuk meneruskan hukum hudud semalam, sudah tentulah membinggungkan Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai orang yang boleh menyatukan semua parti pembangkang. Rupanya tidak, kerana mereka boleh tidur sama tetapi mimpi lain-lain.
Anwar Ibrahim sudah tentu juga mimpi yang lain. Mimpi apa Datuk Seri?

Subscribe to:
Posts (Atom)