Friday, October 21, 2011

KELUARLAH PKR DEMI MELAYU

Seramai 30 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cawangan Bukit Piatu di sini termasuk ketuanya, Mohd Said Abu, mengisytiharkan keluar daripada parti itu kerana tidak lagi mempercayai pucuk pimpinan parti itu.

Mohd Said, 61, yang cawangannya terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bachang, berkata tindakan beliau dan yang lain itu tidak didorong oleh mana-mana pihak.

"Saya berasa kecewa kerana dipinggirkan oleh pucuk pimpinan PKR di peringkat negeri dan pusat dan tindakan mungkir janji yang ditonjolkan mereka (pemimpin) kepada kami di peringkat akar umbi," katanya kepada pemberita pada satu majlis di Melaka Mall yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Othman Muhamad dan Setiuasa Kerja Umno Melaka Datuk Hamzah Bajuri.

Bernama melaporkan, Mohd Said, yang pernah menjadi ahli Umno dan Pas sebelum menyertai PKR pada 2008, mendakwa lebih banyak lagi anggota PKR di cawangannya dan cawangan lain akan keluar daripada parti itu.

"Saya dan rakan-rakan akan kembali semula kepada Umno dan BN dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan kepimpinan Datuk Seri Mohd Ali Rustam," katanya.

Mohd Ali, ketika ditemui pemberita, berkata beliau menyambut baik langkah Mohd Said dan penyokongnya itu yang menginsafi bahawa perjuangan pembangkang tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak.

"Mereka mempunyai banyak masalah berbanding BN yang sentiasa melakukan kerja demi faedah semua rakyat," katanya.- AGENDADAILY. 20/10/2011

(Renungan Rimau : Bagi Rimau, penghijrahan ahli PKR ke UMNO bukanlah perkara pokok yang perlu difikirkan oleh bangsa Melayu. Penghijrahan itu sama ada 1, 2, 30 atau 1,000 adalah angka. Yang lebih penting ialah pemahaman orang Melayu agar mereka tidak perlu lagi berada dalam PKR. Tidak perlu bersekongkol dengan dap yang kini tersenyum lebar. Ketika bangsa lain seakan bersatu dalam pelbagai cara, Melayu semakin berpecah. Semakin dirobek-robekkan. Semakin ramai juga yang kebinggungan untuk membuat pilihan. ini kerana ada orang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri membuat sesuatu yang menghalalkan cara demi matlamat. Yang lebih membingungkan orang ini ditonjolkan sebagai pemimpin agung atau ada yang entah di mana silapnya menganggap ia satu anugerah tuhan. Bangsa Melayu perlu memikirkan perkara ini dengan semasak-masaknya terutama usaha berterusan menghakis identiti yang mempunyai roh Melayu seperti PDRM, tentera, SPRM termasuk juga Utusan Malaysia. Jika bersuara lebih mengenai bangsa, dianggap rasis padahal merekalah bapa kepada segala rasis. Mereka ini tidak senang duduk jika Melayu bersatu. Anehnya orang yang bercita-cita mahu menjadi PM kini sudah menjadi 'jurucakap utama' dap yang kini hanya perlu menggerakkan jari jemari terhadap tali yang mengikat patung wayang kulit itu. Sedihnya semakin ramai sanggup menjadi patung. Sedarlah bangsa Melayu, bahawa selagi ada kuasa itulah batasan terakhir).

7 comments:

Anonymous said...

apalah nak diperjuangkan tentang bangsa... bangsa bukan boleh berubah-ubah... melayu tetap melayu.. kita sebenarnya perlu berjuang atas satu panji-panji... iaitu islam..

batu pelangi/BZ said...

Rimau yang bodoh dulu kini dan selamanya.

jawapan bodoh untuk si bangang said...

untuk apa demi melayu?tak sampai akhirat pun!kalu demi ISLAM ambo setuju.kembalilah kepada islam wahai umno sekelian.

jawapan bodoh untuk si bangang said...

untuk apa demi melayu?tak sampai akhirat pun!kalu demi ISLAM ambo setuju.kembalilah kepada islam wahai umno sekelian.

jawapan bodoh untuk si bangang said...

maaflah saudara kerana apa yang dipertontonkan oleh umno/bn terlalu menyakitkan hati.saudara fikirlah mana ketua mic dapat duit untuk kenduri anaknya yang mencecah 4juta?bagaimana dgn skandal bmf yg mencecah lebih 2billion?bagaimana skandal pkfz dgn ling liong sik menjadi billionair?bagaimana bini menteri perdana boleh membayar rm130k untuk tidur hanyasemalam saja sedangkan ada rakyat yang nak mencari rm130 sebulan pun susah.bagaimana seorang menteri perdana boleh pergi bercuti menggunakan pesawat sewakhas yang kosnya melebihi ratusan ribu ringgit sedangkan lain2 pm dulu kalau mereka bercuti,mereka menggunakan perkhidmatan pesawat biasa yang kosnya jauh lebih murah.bagaimana pejuang2 agama,bangsa dan negara ini boleh menafukan hak rakyat kelantan yang lebih 90% adalah berbangsa melayu.bagaimana kerajaan yang memperjuangkan agama ini boleh menafikan hak anak2 orang islam yang ingin belajar ugama di sar dengan tidak memberikan peruntukan perkapita pelajar kepada pehak sekolah.itu hanya sekadar apa yang sempat ditulis disini,sedangkan berpuluh ribu lagi perkara2 yang menghancurkan hati rakyat.tuan tgklah anak2 menteri yang memandu pelbagai kereta mewah yang mencecah jutaan ringgit,berapa gaji menteri?tuan lihat anak bekas seorang mb boleh pergi menemui kekasihnya menggunakan kelikopter,berapa pencen bapa dia?dengan segala jenayah yang macam haramjadah ni tuan masih nak memujuk kami untuk menyokong umno.astagfirullah.....

ibrahim yahaya said...

jangan sempitkan pemikiran kita dengan perkara yang tuan anggap besar tetapi secara bandingannya apa yang dibuat oleh UMNO terlalu kecil perkara itu. saya selalu menyatakan bahawa UMNO adalah parti keramat tetapi yang mengotorkan itu ialah individu yang menyertainya tetapi mahu segera kaya. mungkin seperti mana yang tuan sebutkan itu. tapi yang penting, lihatlah bagaimana UMNO dan BN membantu rakyat Malaysia khususnya dan Melayu amnya. jangan menidakkan perkara ini dan asyik memandang kepada dua tiga individu seolah-olah anak pembangkang tidak pernah membuat sesuatu. tolonglah tengok apa yang jadi kat Selangor dan cuba bagi tau saya apa yang saudara tahu. bagi saya jawapan bodoh datang orang yang bodoh.

ibrahim yahaya said...

lagi satu saya ada maklumat juga bagaimana pemimpin Pas satu ketika dulu apabila diberi peluang untuk memerintah Pas membeli kereta mewah daripada kawan saya. jangan cuba hendak menuduh pemimpin UMNO saja tetapi di sekeliling kita penuh dengan najis.