Tuesday, October 4, 2011

PAS TAKUT MELEPAS

Mengapa isu Hukum Hudud diputar semula? Mudah jawapannya. Untuk membolehkan Pas terus kekal memerintah Kelantan.

Hakikatnya, tindakan Pas bergabung dengan pakatan pembangkang dan bermadu kasih dengan Dap dan PKR membawa bala kepada parti itu.

Apakan tidaknya, daripada penyelidikan dalaman parti itu, ramai ahli yang tidak begitu setuju dengan tindakan pemimpin Pas menukar perjuangan daripada menubuhkan Negara Islam kepada Negara Kebajikan.

Ramai ahli Pas yang merasakan parti itu sudah lari daripada perjuangan sebenarnya dan mereka mahu 'mengajar' pemimpin yang berani membuat keputusan itu terutama Timbalan Presiden yang mengeluarkan kenyataan pelik-pelik kebelakangan ini terutama menyatakan komunis adalah pejuang sebenar dalam menuntut kemerdekaan. Lebih teruk dari itu beliau menidakkan kepentingan Tunku Abdul Rahman. Hilang akal ke?

Oleh itu, mahu tidak mahu, Pas perlu menggoreng semula isu Hukum Hudud untuk menarik balik perhatian ahli dan golongan di atas pagar agar terus menyokong parti itu. Setidak-tidaknya dapat mengekalkan semula Kelantan.

Taktik menggunakan isu Hukum Hudud diibaratkan senjata pelbagai segi yang boleh 'pukul sekeliling' jika salah membuat reaksi terhadapnya. Jika BN salah membuat kenyataan ia sebenarnya akan menimbulkan masalah kepada BN.

No comments: