Monday, October 10, 2011

JANGAN PESONGKAN FIKIRAN RAKYAT

Seorang ustaz yang condong kepada pembangkang mempersendakan slogan 1Malaysia. Dia berkata rakyat didahulukan ialah "ambil piti rakyat dan kemudian mereka sapu". dia bagi contoh, "rakyat kena bayar insurans keta beribu-ribu, patutnya tak payah bayar. duit ada buatlah jalan tu, rakyat takyah bayar insurans. tak payah bayar cukai". dia seterusnya berkata, "pencapaian itu maksudnya, apabila piti rakyat dah banyak, dia orang capai lah. itulah pencapaian". MasyaAllah. Inikah ustaz yang kita mahu dia berceramah di pelusuk negara? Minta dijauhkan. Mungkin rasa benci dan sakit hatinya kepada kerajaan sekarang amat meluap-luap. Tidak payahlah memesong rakyat.

Apapun, perturunkan mengapa BN perlu dikekalkan menjadi kerajaan pada PRU13 nanti. Terlintas di kepala pagi ini. Mungkin tidak tersusun, tetapi perlu diperjelas dan diperingatkan segera untuk rakyat agar jerung-jerung besar tidak memesongkan fikiran mereka. Jika ada yang lain sila tambah.

1. BN mempunyai sejarah mentadbir negara dengan baik dan profesional - negara makmur, stabil dan ekonomi bertambah. Pentadbiran negara dipikul oleh semua kaum yang mempunyai wakil dalam Kabinet. Menjadi sebuah negara contoh dan lebih maju daripada negara yang pernah merdeka dari Malaysia. Kerajaan mempunyai rancangan lima tahun yang dinamik dan mempunyai halatuju yang jelas dalam semua bidang.

2. Pelbagai pembangunan dilaksanakan di seluruh negara termasuk di luar bandar. Membelanjakan wang beratus juta demi memastikan rakyat mendapat infrastruktur dan kemudahan kehidupan yang baik termasuk di Sabah dan Sarawak. Ketika menyediakan lebuhraya bertingkat di bandar yang menelan berjuta ringgit, kerajaan tetap membina jalan raya dan kemudahan lain seperti hospital untuk rakyat di luar bandar.

3. Sejak dari dulu lagi pemimpin BN sentiasa memikirkan kesejahteraan rakyat dan memastikan semua pihak mendapat pembelaan dari segenap sudut. Kerajaan sentiasa memikirkan idea dan program baru untuk memastikan rakyat mendapat faedah dan manfaat dalam jangka pendek/jangka panjang. Sanggup mengubah atau memperbaiki sebarang program yang tidak berkesan atau tidak sesuai pada waktu dilancarkan.

4. Menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya terutama membabitkan golongan yang memerlukan terutama di luar bandar. Pendidikan menjadi antara fokus utama bagi memastikan rakyat negara ini berilmu dan mendapat pekerjaan yang baik. Kerajaan menyediakan kemudahan pendidikan dengan membina sekolah, kolej, institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Menyediakan bantuan buku teks kepada golongan yang memerlukan. Terbaru ialah memberi pendidikan percuma kepada pelajar rendah dan menengah.

5. Menyediakan keadaan yang kondusif untuk menggalakkan perkembangan perniagaan untuk usahawan tempatan dan luar negara. Negara yang stabil membolehkan ahli perniagaan menjalankan perniagaan dengan baik di samping memperkembangkan segala kemudahan untuk pelanggan. Daripada perniagaan ini maka kerajaan boleh mendapat pendapatan menerusi pelbagai cukai. Selain itu, pelabur asing datang ke negara ini untuk melabur yang menjanjikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

6. Menyediakan dasar pertanian yang teratur yang dapat membantu golongan petani mendapat hasil yang baik. Membantu petani untuk memasarkan barangan mereka di dalam dan luar negara. Menyediakan kemudahan pinjaman kepada petani dan penternak untuk memperbesarkan perniagaan mereka dari semasa ke semasa. Golongan nelayan juga dibantu dengan pelbagai kemudahan termasuk pemberian subsidi diesel dan kemudahan lain oleh Agro Bank.

7. Menyediakan peruntukan keselamatan yang berpatutan untuk melindungi negara ini. Ini membolehkan rakyat hidup dalam keadaan selamat dan menjalani kehidupan seharian dengan penuh yakin. Sentiasa memikirkan program bagi memastikan rakyat selamat dan terbela sepanjang masa.

8. Bajet yang dibentangkan oleh kerajaan bukan omong-omong kosong. Mereka berjanji dan mengotakannya. Perhatikan Bajet 2012 yang dibentangkan untuk kesejahteraan rakyat. Lima fokus utama yang akan diberi penekanan di bawah Bajet 2012 iaitu meligat pelaburan; mengungguli modal insan; transformasi luar bandar; memperkejap perkhidmatan awam; serta meredakan inflasi dan mengimarah kehidupan rakyat.

Belanjawan kali ini begitu menyeluruh sehingga menyentuh secara langsung golongan akar umbi melalui pemberian pelbagai insentif yang tidak dijangka termasuk bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, selain manfaat keseluruhan RM7,560 untuk pemilik teksi bajet bagi meringankan beban mereka. Turut menerima insentif Bajet 2012 ialah warga emas, peneroka Felda, nelayan, wanita dan belia.

9. Banyak lagi yang boleh diperturunkan....bacalah manifesto BN untuk PRU13 nanti.

6 comments:

Jeepers Creepers said...

kalau kerajaan tak ambik cukai semua boleh. lepas tu nak bayar duit gaji penjawat awam, nak buat jalan, api air rumah rakyat semua nak pakai duit apa?

pakai duit poket dia ke?

sebenarnya kalau dilihat ceramah pembangkang ni, banyak yang tak logik.alasan yang mereka berikan sebenarnya mengarut dan boleh dikatakan alasan bodoh.

kalaulah semua orang boleh berfikir dengan waras, rasanya dah lama pembnagkang pupus kat negara ni.

Anonymous said...

betul tu. sya stju....

Anonymous said...

terima kasih PM....

ibrahim yahaya said...

agak-agaklah jika hendak memesongkan fikiran rakyat.

Anonymous said...

cuba faham dahulu maksud pesong tu..yg terpesong hanya manusia yg x guna hukum agama untuk memerintah, buat maksiat n jd pengikut syaitan...klu anda rasa ustaz yg terpesong, dimana anda untuk menyelamatkan masyarakat dari negara Malaysia yg bergelumang maksiat setiap detik..fikir-fikirkan.,.

Anonymous said...

Pokoknya kalau bagi semua makan free, rumah duduk free, campur duit allowance RM1k tiap2 bulan nak beli rokok dan makan angin hujung minggu, itu pun dema takkan bahagia. Akan asyik cari salah je.

Itulah mentaliti pesong.

Hanya dia seorang saja yang boleh tersentak dan tersedar dan nampak sendiri.

Kaum2 maacam ini kena curahkan kasih sayang semuga hati dan mata dema semua terbuka.

Sebab itulah kita semua kena didik anak anak dan generasi muda sekarang untuk berterimakasih, untuk apa-apa saja yang diberi. Mak bagi nasi sepinggan untuk makan kena ajar budak tu cakap terimakasih. Bagi susu secawan kena cakap terimakasih. Duit sekolah kena terimakasih.Pasal generasi sekarang tak berterimakasih sangat jangan peduli dema, buluh tua susah nak lentuk balik - ini semua kisah kecik2 tak di didik betul.

Yang penting itu adalah yang muda sekarang..... tu kena ajar betul.....nanti besar nanti dema akan berterimakasih dan menjaga balik ibubapa dengan baik serta di jalan dan akhlak yang benar.

Kalau kita selalu berterimakasih, walaupun untuk apa2 saja, tabiat itu akan bawa kita ke kesedaran dan keinsafan

Cheers
:)