Monday, October 24, 2011

JAWAPAN UNTUK SI BANGGANG...

Ada orang marah saya apabila saya minta supaya sokong UMNO. Dengan menggunakan pengenalan diri 'jawapan bodoh untuk si banggang' beliau menyatakan:

maaflah saudara kerana apa yang dipertontonkan oleh umno/bn terlalu menyakitkan hati.saudara fikirlah mana ketua mic dapat duit untuk kenduri anaknya yang mencecah 4juta?bagaimana dgn skandal bmf yg mencecah lebih 2billion?bagaimana skandal pkfz dgn ling liong sik menjadi billionair?bagaimana bini menteri perdana boleh membayar rm130k untuk tidur hanyasemalam saja sedangkan ada rakyat yang nak mencari rm130 sebulan pun susah.bagaimana seorang menteri perdana boleh pergi bercuti menggunakan pesawat sewakhas yang kosnya melebihi ratusan ribu ringgit sedangkan lain2 pm dulu kalau mereka bercuti,mereka menggunakan perkhidmatan pesawat biasa yang kosnya jauh lebih murah.bagaimana pejuang2 agama,bangsa dan negara ini boleh menafukan hak rakyat kelantan yang lebih 90% adalah berbangsa melayu.bagaimana kerajaan yang memperjuangkan agama ini boleh menafikan hak anak2 orang islam yang ingin belajar ugama di sar dengan tidak memberikan peruntukan perkapita pelajar kepada pehak sekolah.itu hanya sekadar apa yang sempat ditulis disini,sedangkan berpuluh ribu lagi perkara2 yang menghancurkan hati rakyat.tuan tgklah anak2 menteri yang memandu pelbagai kereta mewah yang mencecah jutaan ringgit,berapa gaji menteri?tuan lihat anak bekas seorang mb boleh pergi menemui kekasihnya menggunakan kelikopter,berapa pencen bapa dia?dengan segala jenayah yang macam haramjadah ni tuan masih nak memujuk kami untuk menyokong umno.astagfirullah.....

Ini jawapan segera saya :

jangan sempitkan pemikiran kita dengan perkara yang tuan anggap besar tetapi secara bandingannya apa yang dibuat oleh UMNO terlalu kecil perkara itu. saya selalu menyatakan bahawa UMNO adalah parti keramat tetapi yang mengotorkan itu ialah individu yang menyertainya tetapi mahu segera kaya. mungkin seperti mana yang tuan sebutkan itu. tapi yang penting, lihatlah bagaimana UMNO dan BN membantu rakyat Malaysia khususnya dan Melayu amnya. jangan menidakkan perkara ini dan asyik memandang kepada dua tiga individu seolah-olah anak pembangkang tidak pernah membuat sesuatu. tolonglah tengok apa yang jadi kat Selangor dan cuba bagi tau saya apa yang saudara tahu. bagi saya jawapan bodoh datang orang yang bodoh.


lagi satu saya ada maklumat juga bagaimana pemimpin Pas satu ketika dulu apabila diberi peluang untuk memerintah Terengganu membeli kereta mewah daripada kawan saya. jangan cuba hendak menuduh pemimpin UMNO saja tetapi di sekeliling kita penuh dengan najis.

4 comments:

r0 said...

Datuk,

Title entry ini memang sangat baek. Bagus sebab org yg baca satu pihak ni memang otaknya sentiasa mereng...

Anonymous said...

Betul tu... UMNO dan BN banyak bantu rakyat.

Anonymous said...

Mmg parti UMNO tu hebat tapi pemimpinnya yg tamak yg menghancurkan parti...berubahlah kalau nak menang..PM kena tegas...hukum sume yg gila kaut kontrak...rampas hartA mereka baru rakyat akan confident...saya pun ahli UMNO tapi masak benar dgn perangai org yg rebut jawatan Dan gila projek ni..

Anonymous said...

iya lah tu...kat penang sekarang rumah melayu kena roboh dapat ganti flat rumah india dapa rumah teres tu semua kerja org umno