Jika Karpal Singh terima hudud, maka Nik Aziz dan Hadi Awang tidak perlu melangkah mayat. Sebagai orang Islam sudah tentulah kurang ajar jika kita melangkah mayat.
Pada zaman dulu, orang kata jika kucing melompat mayat, maka mayat itu akan bangun semula. Mungkin selepas ditanam, maka mayat itu akan bangun dari kubur untuk mencari musuh-musuh mereka. Jika mereka orang politik, mayat itu akan mencari musuh politik.
Karpal beberapa kali menyebut bahawa beliau tidak mahu menerima hukum hudud. Jika Pas nak buat, mereka perlu melangkah mayatnya dahulu. Ini bermakna tunggulah Penasihat Dap itu mati dulu atau terkorban kerana kemalangan jalan raya atau terjatuh dalam longkang. Barulah Pas boleh melaksanakannya.
Namun, jika Karpal boleh menerima hudud maka Pakatan pembangkang tidak mempunyai masalah lagi dan mereka boleh menang PRU13. Namun, ini bukanlah perkara mudah kerana ia membabitkan undang-undang dan mayat. Jadi Karpal sanggup menjadi mayat jika Pas ingin melaksanakan hudud. Dalam ertikata lain Karpal sanggup mati barulah hukum hudud boleh dilaksanakan.
Perjuangan Nik Aziz dan Hadi Awang untuk meneruskan hukum hudud semalam, sudah tentulah membinggungkan Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai orang yang boleh menyatukan semua parti pembangkang. Rupanya tidak, kerana mereka boleh tidur sama tetapi mimpi lain-lain.
Anwar Ibrahim sudah tentu juga mimpi yang lain. Mimpi apa Datuk Seri?
Monday, October 3, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
nampaknya najib dah tak perlukan undi orang melayu.
Post a Comment