Monday, October 17, 2011

SHAFIE AFDAL BERSUARA...

Rakyat Malaysia tidak akan selama-lamanya tertipu dengan budaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering mahu dilihat sebagai pemimpin yang unggul tetapi realiti jelas menunjukkan sebaliknya.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, rakyat semakin bijak menilai perwatakan licik Anwar yang pandai memainkan sentimen rakyat melalui ucapan berkobar-kobar di pentas ceramah tetapi gagal membuktikan kredibiliti sebagai seorang pemimpin.

"Sebab itu kita selalu kata, jangan menilai manusia ini (Anwar) melalui kata-kata atau ucapannya yang memang begitu sedap didengar, tetapi kita perlu menilai segala perbuatan dan amalannya.

"Memang mudah berjanji apa sahaja untuk mendapat kuasa tetapi rakyat boleh menilai antara kebenaran dan pembohongan," katanya ketika berucap menutup Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Perak di Dewan Merdeka, Kuala Kangsar pada Sabtu.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta para pemimpin komponen BN negeri.

Shafie menegaskan, Anwar serta pemimpin pakatan pembangkang gagal menghalang momentum sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya mengotakan janji-janji melalui pelaksanaan dasar yang mengutamakan kepentingan rakyat.

''Perdana Menteri menterjemahkan segala janji dengan mendukung kepentingan rakyat dan formula kejayaan inilah yang semakin menggusarkan pembangkang," katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, pakatan pembangkang juga tidak dapat menafikan kemampuan kerajaan BN dalam mewujudkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini sehingga mendapat pengiktirafan dunia luar.

Tidak hairanlah, kata beliau, keharmonian tersebut cuba dirosakkan oleh pakatan pembangkang dengan memainkan isu serta sentimen negatif untuk membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan.

''Sekejap setuju, sekejap tidak setuju dan mereka berbalah sesama sendiri. Cukup jelas mereka tiada kesepakatan sehingga menjadikan perjuangan masing-masing sebagai bahan eksperimen untuk menarik sokongan.

''Kita perlu bertanya, bagaimana mereka ini mahu membina sebuah kerajaan yang kononnya memperjuangkan suara rakyat sekiranya suara pemimpin-pemimpin mereka sendiri tiada kesepakatan?," tegasnya.

Sementara itu, Majlis Penerangan Perdana itu mendapat sambutan luar biasa apabila dihadiri lebih 12,000 orang iaitu jumlah tertinggi yang dicatatkan setakat ini sejak program itu dilancarkan September lalu.

Bertemakan penjelasan isu-isu semasa termasuk Bajet 2012, majlis itu dihadiri rakyat pelbagai lapisan termasuk ahli 120 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), 800 pertubuhan belia sekitar Perak, wakil agensi kerajaan serta komponen Barisan Nasional (BN) negeri.-15/10/2011. AGENDADAILY.

(Renungan Rimau : Apabila bercakap mengenai politik, DS Mohd Shafie Apdal selalunya serius dan jarang-jarang berjenaka. Ketika membuat penggulungan ucapan di Perhimpunan Agung UMNO, ketika Naib Presiden lain memasukkan elemen lawak jenaka dalam ucapan mereka, DS Shafie lebih suka melontarkan idea bernas dan pandangan dalam setiap ruang ucapannya. Beliau serius untuk memajukan politik bangsa. Untuk itu, jika beliau mempunyai pandangan terhadap Anwar Ibrahim, orang yang pernah menjadi ketuanya satu masa dulu, eloklah ambil perhatian sepenuhnya).

2 comments:

ibrahim yahaya said...

Saya difahamkan ramai pemimpin Sabah mengingatkan beliau mengenai beberapa sikap pelik DSAI ketika beliau rapat dengannya dulu...tetapi beliau tidak begitu percaya ketika itu. Kini, beliau faham. Masih belum terlambat.

Anonymous said...

Shafie, mmg bagus kau balik sana semporna kasi betul akidah org2mu d sana, moden sudah tp masih syirik, penuh khurafat, tahyul n bid'ah. Islam pd mykad je. Klu guna al-Qur'an dan AsSunnah..jauh sekali dr Islam. Jahiliyyah!!