Tidak menghairankan jika ada Ahli Parlimen pembangkang sekarang 'naik angin satu badan' dengan bos mereka, DS Anwar Ibrahim, menolak cadangan PM untuk menaikkan elaun MP dalam Bajet 2012 yang lalu. Ada juga yang tumpang sekaki turut sokong.
Apakan tidaknya, ketika mereka mengharapkan satu 'durian runtuh' akan datang, tiba-tiba ada pula 'mangkuk hayun' yang bertindak menolak cadangan itu semata-mata ia datang daripada kerajaan BN. Semata-mata untuk menunjukkan bahawa ada pemimpin pembangkang yang tidak mahu. Menolak cadangan PM itu, bagi mereka yang dianggap 'mangkuk hayun' itu adalah satu kejayaan.
Bagi mereka yang memerlukan kewangan untuk hidup, tindakan menolak itu sudah tentu memeritkan 'penderitaan' mereka sedangkan mereka semua tahu bahawa ada orang yang menolak itu memang sudah kaya. Buktinya ramai rakan mereka yang keluar PKR kerana tidak tahan dengan tindakan tidak memberi wang untuk perjuangan parti seperti yang dialami oleh bekas pemimpin PKR iaitu Zahid Arip, Hanafiah Man dan Lokman Muda. Mereka lama dah tahu.
Oleh itu, rasa marah yang membara ini pasti akan meletup satu hari nanti apabila mereka mempunyai bukti bahawa orang yang menolak itu sebenarnya berbuat demikian kerana sebab tertentu. demi untuk memastikan cadangan Menteri Kewangan itu ditolak dan mahu rakyat melihat merekalah yang tidak mahu sedangkan rakan-rakan lain 'semput' dan menderita. Ada antara mereka yang sudah pasti berfikir atau berkata-kata 'kamu kaya bolehlah tolak. kami yang tidak cukup duit ini tercungap-cungap' untuk meneruskan perjuangan, akan jadi abu.'
Maka, berfikirlah MP pembangkang lain dengan tindakan bos anda.
Tuesday, October 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Mungkin funding yang dema dapat sekarang dari pihak pihak ketiga (yang juga menyumbang kepada bersih dan malaysiakini) dah cukup lebih
Jadi apa nak heran
Dema buatlah satu lagi publisiti stage show stunt untuk rakyat.
MP MP lain yang tulin mesti sakit hati.
kelakar la lu ni, mcm ni punya pemikiran pun ada ke? hahaha.. TApi tak per gua taw geng2 bloger pro Umno mcm lu ni mmg otak sempit. Blog pun tak der isi, fakta, cuma retorik, fitnah memfitnah, khabar angin.. itu gua dah lali dgn puak2 mcm lu ni..
Tapi kali ni lagi terserlah daya intelektual lu. Lu ingat semua MP pembangkang tu mcm MP BN ke? Bukan main suka lagi MP BN bila dgr najib nak naik elaun ahli parlimen. Wah siap tepuk2 meja lagi depa. Rupanya tak cukup lagi elaun dia yang berbelas ribu tu..
Langsung dia tak pikir kesengsaraan rakyat bawahan. RAkyat bawahan menanggung kenaikan harga barang. GAji yang tak seberapa, kesusahan rakyat, semua tu dia tak penah pikir.. yang dia taw nak senang jer. inilah dia majoriti orang BN termasuk lu.
Gua sokong 1000% Anwar tak terima kenaikan tu. Bukan sebab dia banyak duit ke apa ke. sebab dia taw dlm keadaan ekonomi yg tak menentu sekarang ni mmg tak wajar terima kenaikan elaun yg menggunakan duit rakyat. Duit rakyat tu, ada duit bapak lu, ada duit gua, ada jugak duit lu..
Gua taw lu pun hidup tak der la mewah mana pun. Lu pun susah gak mcm orang lain. (Sorilah kalau gua silap). TApi kalau lu ni mewah, cuba lah lu rasa kehidupan orang lain yg susah, hidup kais pagi mkn pagi, dgn gaji yg tak seberapa, dgn nak tanggung kos sara hidup yang melambung. Baru lu taw mcm mana realiti kehidupan ni. BUkan pandai ckp jer.
Gua taw orang2 BN ni kalau bab duit mmg tak boleh kompromi. Duit segala2nya.. nak naik kan bendera masa kempen pilihanraya pun mesti ada upah, kalau tak tak nak buat kerja.. bukan gua tak taw!
Sebab tu la bila puak2 pembangkang dan anwar tolak kenaikan tu, lu rasa terlalu rugi ya amat2. perghhhh rugi gilaaaaa lu rasa..
Lu ni sepatutnya pikir masalah yang dihadapi rakyat. ekonomi sekarang ni tak menetu. Lutaw tak, unjuran KDNK 2012 dlm kajian terbaru RHB Research cuma 3.7 hingga 4 peratus je. Ini sebab ada kaitan dgn krisis hutan US. Kenapa lu orang2 UMNO bleh berangan2 KDNK boleh diunjur sampai ke 5 hingga enam peratus. Itu tak realiti.
Ini bermakna rakyat yag akan tanggung susah. Rakyat yang akan tangug derita. So amat tak patut kalau senang2 pemimpin nak bersenang terima kenaikan elaun.
Eh lu taw tak, dekat jepun pun bila berlaku krisis, elaun dan gaji pemimpin diorang dipotong taw.. sebab diarang taw rakyat masa tu tengah susah.. Lu plak pikir sebaliknya.. mmg lu ni betol2 otak udang la..
bodoh, bangang, bengap,
Salam,
Saya bukan dari golongan pembangkang, namun saya tak setuju dgn cadangan PM nak menaikkan elaun tersebut. Untuk apa, tak cukup lagi ke dgn apa yang ada? Mereka semua tu bukannya guna duit elaun untuk apa-apa urusan, kalau mereka perlukan duit mereka akan minta-minta dgn mana-mana kontraktor di tempat mereka nak lawat. Tok sah tipulah, saya kontraktor saya tahu.
Kesimpulannya tak payah naiklah, lebih baik bagi duit tu kepada mereka yang sepatutnya layak. Ramai lagi rakyat yang miskin di negara kita ni...
Tak yahlah naikan elaun mereka tu.Buat membazir duit rakyat jer. Mereka bukannya guna pun duit tu, kalau mereka nak pi melawat tempat, mereka akan minta duit ngan kontraktor kawasan tersebut.Saya kontraktor, saya tahu cerita sebenar.
Baik duit tersebut disalurkan kepada mereka yang benar-benar berhak. Ramai lagi rakyat yang miskin di negara kita ni...
Post a Comment