Wednesday, October 12, 2011

CARI SEGERA PEMBELOT

Oleh Big Dog
(sebahagian tulisan mengenai Musang berbulu ayam
)

Sebenarnya ini bukanlah misteri besar kerana sememangnya ada pegawai pegawai kanan Kerajaan Persekutuan dan mereka yang baru bersara, memang cenderung kepada politik Pembangkang, terutama PAS dan perjuangan anti-nasionalis Anwar Ibrahim. Agensi sperti Biro Tata Negara yang satu masa dahulu menjadi ‘alat’ kepada Anwar untuk jangka tempoh yang cukup strategik, masih lagi dipenuhi oleh pegawai pegawai yang taat kepada perjuangan yang didoktrinasikan oleh ‘Saudara’.

Kementerian Kewangan juga terdapat pegawai pegawai tinggi yang masih simpati sekiranya tidak mendukung apa yang dibawa oleh Anwar, walaupun bekas Menteri Kewangan itu telah di’nyah’ dari pejabat strategik itu 13 tahun dahulu. Pendoktrinasikan pegawai pegawai kerajaan melalui agensi seperti BTN dari tempoh lewat 80an berterusan selama lebih 10 tahun, jauh menempatkan mereka yang kini berjawatan strategik dalam pelbagai kedudukan dan jawatan.

Ia bermula sewaktu Anwar menjadi Menteri Pelajaran dan siri latihan oleh agensi seperti BTN lebih diintensifkan. Beliau menggunakan pengaruh beliau dalam JPA untuk menentukan pegawai pegawai yang dilihat sebagai berpotensi untuk menjadi loyalis disusun untuk kenaikan pangkat seterusnya, dalam percaturan strategik ini. Ianya menjadi lebih ketara apabila beliau mengambil alih jawatan Timbalan Perdana Menteri pada lewat 1993.

Anwar menggunakan sepenuhnya segala sumber, kuasa dan pengaruh agensi seperti BTN sebagai agen pendoktrinasi ‘Kadre Anwarista’.

Mereka sebenarnya bukan lagi ‘Musang berbulu ayam’. Mereka sebenarnya ‘Gunting dalam lipatan’. Guna-tenaga mereka dalam membantu perjuangan politik songsang Pembangkang adalah jelas. Anasir anasir ini yang perlu diberikan perhatian serious. Paranoia ‘memburu jembalang’ ini mungkin berasas kuat dan kita sebenarnya tidak ada masa lagi.

‘Pertahanan Putrajaya’ ini sebenarnya perlu datang dari menentukan mereka dalam Putrajaya itu sendiri tidak belot dan bersubahat untuk menguntungkan mereka yang sebenarnya boneka Barat yang begitu ketagih mahukan kuasa.

(Renungan Rimau : susah juga nak cari musang ini. di Indonesia, musang ini digunakan untuk menghasilkan kopi luak tetapi di Malaysia musang ini digunakan untuk menimbulkan 'masalah' dan memberi peluru kepada musuh. oleh itu, marilah kita cari musang-musang ini yang mungkin boleh dicam menerusi permainan silap mata.)

1 comment:

Anonymous said...

Salah seorang orang paling kanan dan paling disayang oleh Anwar Ibrahim ialah Dato Abdul Laif Mirasa, Ketua UMNO Bahagian Bagan. Pembelot UMNO ini patut disingkirkan dan kerajaan perlu menyiasat sumber kewangan dari Syarikatnya LIMO yang disalurkan kepada Anwar Ibrahim melalui agen2nya.