Tuesday, August 14, 2007

HORMATLAH SIKIT....BERPADA-PADALAH

Setelah melakukannya, beliau cuba menyalahkan orang lain.

Ini dilaporkan oleh Ng Ling Fong dalam Malaysiakini mengenai seorang pelajar Malaysia yang dikatakan menghina Negaraku, menuduh Harian Metro sebagai punca berlaku kontroversi berhubung isu berkenaan. Alangkah peliknya?

Dalam artikel Malaysiakini, Wee Meng Chee, 24, anak kelahiran Johor itu mendakwa, laporan dalam HM "tidak beretika, subjektif dan mengelirukan" dan telah menimbulkan persepsi negatif terhadapnya di mata masyarakat. "Saya telah menjadi mangsa Harian Metro. Laporan tersebut keterlaluan. “Lirik saya tidak mengkritik (sesiapa), Saya hanya menceritakan (bagaimana saya melihat negara saya) tetapi mereka telah menyalahlaporkan semua kenyataan saya itu," katanya dalam temubual melalui telefon dengan Malaysiakini baru-baru ini. Harian Metro melaporkan bahawa Negarakuku nyayian Wee telah menghina Islam dan lagu kebangsaan, sehingga mencetuskan perdebatan hangat di seluruh negara.

Wee yang kecewa dengan apa yang berlaku, mendakwa akhbar tersebut telah memfitnahnya dan mengakibatkan tekanan terhadap keluarganya. “Kini mesej yang disiarkan melalui YouTube kata orang Melayu mahu mengebom keluarga saya, membakar rumah saya, membunuh ahli keluarga saya dan lain-lain. “Harian Metro berkata saya menghasut (rakyat), tetapi sebaliknya saya fikir akhbar tersebut yang menghasut rakyat," katanya.

Dikenali sebagai Namewee di Internet, Wee menjadi tumpuan selepas tersiarkan rap video selama enam minit itu di YouTube yang disaksikan oleh lebih setengah juta orang. Antara liriknya yang menyentuh agama Islam dan secara sedar memaparkan gambar masjid ialah di bawah ini seperti diterjemahkan oleh rakan saya:

"Pagi pukul lima
Ada "morning call" panggilku bangun (latar belakang gambar masjid)
Adakalanya beberapa tempat nyanyi sekali
Dengarnya macam saling membalas lagu cinta
Suaranya lebih kurang sama macam R & B
Walaupun kadangkala nadanya lari
Walaupun kadangkala suaranya pecah
Ada bunyi macam ayam jantan.
Tapi bangun lebih awal daripada ayam.
Ini macam baru boleh kita siap diri untuk ke sekolah ke kerja"


Saya ada terjemahan keseluruhannya. Apakah pandangan anda mengenai perkara ini? Saya menyiarkan sepenuhnya jika perlu. Yang menghairankan ada juga pemimpin Melayu yang menyalahkan tindakan sesetengah pihak membantah tindakan menghina Negaraku ini. Apa nak jadi?

Ada dua jenis manusia yang meluahkan kemarahan mereka.

Pertama orang yang betul-betul marah dan kedua orang kreatif tetapi salah menggunakan otak mereka. Umpamanya jika kita marah, sudah pasti kita akan mengeluarkan apa yang terbuku di hati. Apakah ini perasaan dan luahan kaum tertentu di negara ini? Tidak hairanlah pembangkang kini mengambil pendekatan diffusion dengan memarahi kerajaan terlebih dahulu berhubung teguran tindakan menghina itu. Pendekatan propaganda songsang katakan. Mereka seolah-olah ingin melindung luahan hati seorang pelajar Cina terhadap negaranya, rakan Melayu dan Islam. Tidak payah melindung perasaan itu dan teruslah meluahkannya.

Kedua ialah orang yang kreatif tetapi akibat marah, mereka meluahkannya walaupun hasil karya itu seperti najis. Ini yang dilakukan oleh Sasterawan Negara, Datuk Shanon Ahmad terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, satu ketika dulu. Beliau menghasilkan buku SHIT atau dalam bahasa Melayu - tahi atau najis.

2 comments:

PUTRAGABAN said...

kalau semua kesalahan boleh dihapuskan dengan minta maaf. kita tak perlu ada penjara dan mahkamah.

Anonymous said...

Negaraku adalah lagu kebangsaan Malaysia.
Bila lagu kebangsaan dirosakkan? kenapakah orang Melayu sahaja yang marah?
Orang China dan India seronokkah lagu kebangsaan kita dirosakkan?