Sunday, August 5, 2007

SAKSIKAN RTM DUNIA MALAM INI

Seperti biasa, malam Ahad (malam ini) 5 Ogos, anda akan dapat menyaksikan RTM Dunia jam 11 malam. Penerbitnya, Syahbudin Abdullah, telah menyediakan bahan menarik untuk tatapan anda.

Inilah coretan Syahbudin atau Syalala dalam blognya - Duniabudin.blogspot.com

"Untuk minggu ini RTM Dunia akan bawa cerita dari Turki. Kemenangan Recep Tayyip Erdogan dalam pilihanraya 22 julai lalu cukup memberangsangkan umat Islam. Parti AKP pimpinannya mendapat 47 peratus undi. Meningkat dari 33 peratus dalam pilihanraya 2002. Parti-parti pembangkang merosot, termasuk CHP yang diasaskan oleh Kemal Ataturk, atau pengasas Turki moden yang menerapkan nilai-nilai sekular dengan mengasingkan sama sekali golongan ulama dari pentadbiran.

AKP pimpinan Erdogan, meskipun pada dasarnya menyerupai parti sekular tetapi lebih memberatkan isu-isu Islam secara tersembunyi. Seperti kata orang bijak pandai, rahsia yang diketahui umum. Sebab itu mereka menang.

Dalam RTM Dunia yang membawa tajuk ``Turki: Pertembungan Islam-Sekularisma'' yang akan mengundang Profesor Dr. Redzuan dari Universiti Malaya sebagai tetamu minggu ini, akan mengupas laluan penuh duri dalam usaha Erdogan mengembalikan kegemilangan Daulah Uthmaniyah (empayar Islam terbesar sebelum perang dunia pertama) di Turki.

Dalam memperkatakan sudut gelap Kemal Ataturk yang mengembangkan fahaman sekular di Turki, kita jumpa akan bincangkan sudut cerahnya sebagai wira yang mempertahankan Turki daripada hilang dari peta dunia akibat keserakahan Britain dan kawan-kawannya.

Saksikanlah. Jam 11 malam Ahad 5 Ogos di RTM 1"
.


Untuk mengikuti sembang Syalala bacalah blognya [ DuniaBudin ] yang memaparkan cerita menarik dan menghiburkan.

1 comment:

PUTRAGABAN said...

Terima kasih banyak2 tokrimau. moga-moga2 ramailah penonton rancangan televisyen yang memberat kan ilmu pengatahuan. Itu perjuangan saya bagi mengalihkan sedikit peminat rancangan hiburan melampau...