Wednesday, December 26, 2007

MIC BELA MASYARAKAT INDIA

Semalam, kawan bertanya kepada saya mengapa kurang menulis mengenai politik sejak beberapa hari lalu? Apatah lagi tidak menulis mengenai tindakan "orang Gerakan" yang membelasah UMNO baru-baru ini, yang turut disiarkan di news portal Malaysiakini dan blog persendirian. Saya tidak sebut pemimpin, kerana jika ia pemimpin sudah pasti memahami dan menghayati apa yang dilaksanakan oleh BN selama ini. Orang yang tidak menghayati prinsip BN ini tidak layak menjadi pemimpin parti dalam BN.

Saya hanya menjawab kepadanya bahawa "saya sudah malas hendak melayan kumpulan sewel" yang menimbulkan perkara yang tidak betul semata-mata untuk mencari publisiti murah. Biarlah pemimpin MIC menjawab segala tuduhan mereka. Yang terbaru, pemimpin beberapa parti India - MIC, PPP dan IPF - sudah duduk semeja untuk membela nasib kaum mereka. Langkah terbaik membela nasib masyarakat India dan salurkan kepada BN.

Ketika ini, lebih baik saya menyiarkan gambar orang kahwin dan usaha merapatkan hubungan antara orang Melayu di Malaysia dan Indonesia seperti dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Biarlah jadi blog orang kahwin. Setidak-tidaknya menyiarkan berita baik untuk diketahui orang ramai.

Saya juga memuji sikap Ketua Pemuda MIC yang berani menyuarakan isi hatinya mengenai perjuangan parti itu membela nasib masyarakat India sejak 50 tahun lalu. Menurutnya, jika MIC tidak membantu BN membela nasib orang India, tahap pencapaian masyarakat itu sudah pasti berada di takuk lama. Katanya, usaha membantu kaum India berterusan dan adakalanya ada juga yang masih perlu dibela terutama golongan miskin. MIC, katanya, tidaklah seperti dakwaan pembangkang iaitu tidak berbuat sesuatu dan beliau mual dengan sikap pembangkang yang sentiasa mengambil "peluang keemasan" untuk membelasah MIC dan UMNO tatkala isu mengenai masyarakat India ditimbulkan.

5 comments:

Anonymous said...

MIC buat apa-apa atau tidak itu bukan MIC yang perlu pertahankan tetapi yang orang India yang diwakilinya. Pencapaian ekonomi adakala sangat rendah kerana tiada bantuan dan ianya boleh dicapai secara tersendiri.
MIC patut tidak 'menelan' duit orang miskin dan beratnggung jawab atau apa yang dilakukan selama ini. Kalau u pernah hadiri mesyuarat samsen MIC you akan tahu.
Kalau Sami itu orang bermaruah dia akan letak jawatan dan tidak bersembunyi dibelakang BN.
Kenapa baru semua sibuk nak athu masalah orang India di Malaysia. Itu kan tugas utama MIC. Atau pun ianay hanya tigas tanpa sebarang kuasa untuk membuat sebarang tindakan..memandangkan dalam BN semua kena angguk apa ketua cakap...Kalau tidak ..silap silap kena tikaman kerislah..... Dan itulah yang dilakukan oleh Samy selama ini pun. Tak ada dibenarkan orang lain bercakap...Akibatnya kini...kenalah belasah oleh semua....

. said...

Isu HINDRAF dll sudah meleret. Perkaranya simple saja, tetapi cara kita menanganinya menjadikan isu ini berpanjangan. Betul cakap Dato', elok kita pergi kenduri kawin, ambil gambar pengantin dan siarkan dalam blog. Tak pening kepala! hehehe

Anonymous said...

Hmmmm....Kamu ingat kami ini kumpulan sewel..Hmmmm betulkah?Orang pi luar negeri belajar phdlah...guna wang sendirilah.Universiti luar negei tak cakap pun kami ini sewel.Oh...kalau orang cakap benar dalam kamus kamu sewel ye.....Hmmm....beri komen itu bair betul sikit nanti masuk ISA pula.

Anonymous said...

sejak kebelakangan ni

PPP hantam MIC
MIC hantam PPP
PPP hantam Gerakan
Gerakan hantam PPP
MIC hantam Gerakan
UMNO hantam Gerakan
Gerakan hantam UMNO
MCA hantam Gerakan

nampak nyer BN sudah pecah belah
macam maner nih ?

ibrahim yahaya said...

Sdr Nobisha,

Masa kita kahwin dulu-dulu, blog macam ni belum ada. Kalau tidak sudah tentu satu dunia akan lihat gambar kita kahwin.

Tahniah kerana belajar lagi. PHD saya pun hendak kena siap cepat. Bayar duit sendiri...kalau lama, lagi banyaklah kena bayar. Orang lain dapat biasiswa atau ibu bapa boleh bayar. Saya, bayar sendiri..