Thursday, May 10, 2007

TRAGEDI JALAN MAAROF

Ketika sesak di Jalan Maarof, Bangsar, lewat petang ini seorang remaja keluar daripada kereta. Bergegas meluru ke tiang LRT. Berselindung di sebalik tiang daripada pandangan pemandu dan penumpang kereta ke arah Kuala Lumpur. Seterusnya.....melakukan tindakan tidak senonoh di khalayak ramai. KENCING seperti seekor anjing liar (seperti tidak pernah ke sekolah atau belajar pendidikan moral atau ibu bapa tidak pernah menegurnya).

Maka pemandu kenderaan dari arah Kuala Lumpur ke Kampung Abdullah Hukum yang sudah tentu "menyaksikan" lagak anjing liar itu membunyikan hon. Apabila selesai melakukan tindakan biadap itu, remaja berkenaan terus berlari mengejar kereta ditumpanginya yang sudah bergerak ke hadapan.

Beginikah perangai generasi muda sekarang? Macam mana nak jadi negara maju? Rancanglah aturcara membuang air anda. Barulah mentaliti kelas pertama.

Saya, Cynta dan Iyra menyaksikan Tragedi Jalan Maarof ini. Apabila kereta kami melepasi tiang LRT itu, Iyra pun mengeluarkan statement of the day ........."got a lot of water daddy". Tamat.

7 comments:

zewt said...

hahaha... got a lot of water.

well, gelagat sebegitu semakin banyak terutamanya di kota KL. Ini adalak kerana kesesakan lalu-lintas berlaku semakin kerap. walaupun kelakukan sebegitu tidak patut terjadi, tapi, apabila tidak dapat menahan lagi.... terpaksa la.

ahm said...

nasib baik di berdiri, kalau berlari....

suatu masa nanti bila dia sudah ada anak ia pula akan terkejut bila melihat anaknya kencing berlari... what goes around comes around, worst that it's snowballed

ibrahim yahaya said...

Sdr Zewt,

Memang betul membuangnya lebih baik daripada menyimpan kerana jika suka menahan kencing ia boleh mengakibatkan batu karang.

Persoalannya tempat yang dilakukan ialah di khalayak ramai.

Jika kita tahu bahawa "terpaksa membuangnya" di pertengahan jalan, maka buanglah dahulu sebelum membawa kenderaan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Ahm,

Kalau berlari ketika melakukannya...memang sah dia boleh dikategorikan sebagai manusia paling pelik di dunia.

Saya setuju kalau bapak kencing berdiri anaknya akan kencing berlari. Perrrgggh.

Unknown said...

Saudara Ibrahim, you silap tu. Saya ada di situ waktu tu. Itu bukan remaja, itu memang anjing liar. Anjing sekolah, tapi tak pandai.

ibrahim yahaya said...

Sdr dimuliakan,

Minta maaf kerana silap.

Saya nampak macam remaja. Benda lain rupanya.

Anonymous said...

yang masuk dalam tandas awam pun ramai kencing bediri..pastu tak basuh pulak tu...yang peliknya yang pakai kepiah kat kepala pun kencing berdiri...x caya cuba pi tgk tandas awam kat hiway...sure anda nampak senario sebegini....