Monday, October 26, 2009

TERBELAH DUA......AMACAM?

HUA HIN, Thailand 25 Okt. - Percanggahan di kalangan barisan kepimpinan Pas sampai ke kemuncaknya apabila Mursyidul Am parti itu mengeluarkan kenyataan supaya diadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi membersihkan pemimpinnya daripada golongan prokerajaan perpaduan.

Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, perkembangan terbaru itu juga membuktikan wujud perpecahan serius di dalam Pas sehingga kemuncaknya mendorong Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu EGM diadakan, biar pun akan menyebabkan parti berusia 58 tahun itu berpecah.

Perdana Menteri berkata, pemimpin-pemimpin Pas kini 'terbelah' - satu kumpulan mahu mencari pendekatan yang boleh membawa kepada perpaduan ummah, manakala sekelompok lagi tidak mahu perubahan dan jauh sekali ingin menuju penyatuan ummah.

''Ada pihak yang lebih mementingkan politik daripada ummah. Kita hargai pihak yang melihat UMNO sebagai mewakili orang Melayu, berjasa dalam perjuangan ummah dan menjaga kepentingan kaum-kaum lain.

''Secara prinsipnya satu kumpulan mahu bergerak atas konsep perpaduan ummah. Apa bentuknya belum diketahui lagi, mereka ini tidak mahu perpecahan," katanya kepada pemberita pada hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-15 di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kemelut dalam Pas yang membawa kepada cadangan diadakan EGM yang kemudian ditukar nama kepada mesyuarat khas bagi 'membersihkan' barisan pemimpin parti itu daripada gerakan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.

Perdana Menteri juga melihat ada kelompok di dalam parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu lebih mengutamakan kepentingan politik sehingga sanggup menolak agenda perpaduan ummah.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) menghargai pandangan kumpulan yang ikhlas demi perpaduan terhadap UMNO sebagai parti yang banyak berjasa menegakkan Islam di Malaysia.

Ditanya sama ada perpecahan di kalangan pemimpin Pas itu membuka ruang perbincangan dengan UMNO, Perdana Menteri berkata, selagi tiada kata sepakat di kalangan mereka, adalah sukar untuk dilangsungkan perbincangan secara formal.

''Jadi kita kita tunggu dan lihat perkembangan dalam Pas. Selagi Pas tidak dapat selesaikan masalah tersebut atas prinsip, kita tidak boleh buat apa-apa," katanya.

Perbincangan secara tidak formal, menurut Najib, tidak akan membuahkan hasil melainkan pemimpin Pas secara keseluruhannya bersetuju untuk berbincang dengan UMNO ke arah kerajaan perpaduan.

Sementara itu, ditanya mengenai kemelut dalaman MCA yang masih belum selesai, Perdana Menteri berkata, beliau telah cuba menasihatkan pemimpin utama dan naib presiden parti komponen BN itu supaya disegerakan jalan penyelesaian.

Katanya, masalah tersebut terpaksa diselesaikan berasaskan kepada pemuafakatan dua kumpulan kerana tidak ada satu kumpulan mendapat majoriti semasa EGM dilangsungkan baru-baru ini.

''Mereka terpaksa akur dan terima hakikat kalau bercantum barulah boleh mewakili keseluruhan MCA," katanya. - UTUSAN


(Renungan Rimau : Sebagai umat Islam kita perlu menyokong pihak yang menganjurkan usaha merapatkan barisan Melayu dan Islam. Bukan ada sesetengah pemimpin PAS yang mahu melihat Melayu dan Islam berpecah. Mahu melihat Melayu dan Islam lemah dan boleh dipijak orang. Politik, politik juga tetapi jika Melayu dan Islam tidak dihormati lagi, apalah gunanya. Apa punya pemimpin yang mengaku ulama tetapi tidak mahu bersatu dan mengeluarkan pelbagai fatwa. Halo...jangan mengelirukan minda oranglah. Apalah kau labu...)

4 comments:

Anonymous said...

Adakah dengan PAS bersekongkol dengan UMNO, Melayu dan Islam akan dihormati?

Sejarah telah membuktikan apabila PAS menyertai BN ketika UMNO lemah. Apabila UMNO pulih, PAS ditendang keluar dari BN. Perkara yang sama akan berulang. UMNO akan gula-gulakan beberapa pemimpin PAS yang bermasalah supaya mencetuskan idea UG dan seterunya menyertai BN. Apabila UMNO pulih atau PAS dilemahkan, PAS akan ditendang keluar sekali lagi dari BN.

Anonymous said...

Lain hulu,lain parang
Lain dulu,lain sekarang.

Lupakan dulu kisah lama yang dah jadi sejarah.

Buka buku baru...kita satukan ummah Melayu Islam.

Bukan soal kekuatan sesuatu parti yang diambil kira tapi kekuatan ummah dan perpaduan sesama kita yang akan menunjukkan kekuatan Islam dan Melayu.

Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar.

Unknown said...

salam DIY,(semoga seisi keluarga dilimpahi keberkatan),
PAS bukan setakat terbelah dua, tetapi berbelah-belah. mereka ni pun kosmetik je nampak elok, tapi dalamannya sama juga seperti parti-parti yang lain... retak seribu. ibarat itik berenang, badan di atas nampak 'cool' je, tapi kaki yang mendayung di bawah air kelam kelibut...

Pacar Merah said...

Salam,

PAS lahir sebagai parti alternatif kepada UMNO.

Sebagai parti alternatif PAS mesti berjuang menentang UMNO dan melemahkan UMNO; bukan berjuang bersama UMNO.

Kalau ingin bersama UMNO, bubarkan saja PAS dan semua ahlinya masuk UMNO.

Sebaliknya kalau mahu terus jadi parti alternatif, PAS mesti berada di luar UMNO,sama bersendirian atau berpakat dengan parti lain yang juga tidak sehaluan dengan UMNO.