Tiada yang lebih menggembirakan bagi Perdana Menteri selain kemenangan calon BN. Robert Lau malam ini. Apakan tidaknya keputusan itu secara tidak langsung menguji sokongan masyarakat Cina kepada kepemimpinannya. Walaupun ia bukan gambaran sebenar tetapi keputusan berkenaan sedikit sebanyak 'memperlihatkan' sesuatu nada. Jika dulu di Hulu Selangor, kini di Sibu, Sarawak yang menyaksikan pengundi Cina melebihi 60 peratus. Selebihnya pengundi Bumiputera/Iban dan Melayu/Melanau.
Sejak penamaan calon pada 8 Mei, BN dan DAP memberi tumpuan ke kawasan Cina dengan mengadakan pertemuan kecil dan ceramah besar yang menarik bakal pengundi dan golongan atas pagar. BN menumpukan topik pembangunan yang berterusan dan 'track record' cemerlang manakala DAP mengajak pengundi membuat perubahan. Berubah untuk apa dan siapa? Untuk clan tertentu?
Tidak hairanlah Taman Rejang sering menerima kunjungan pemimpin kedua-dua parti bertanding termasuk perhimpunan besar-besaran yang turut dihadiri oleh PM dan isteri serta calon BN malam tadi. DAP juga mengadakan perhimpunan besar untuk memberitahu pengundi mereka seharusnya diberikan peluang. Untuk siapa dan mengapa? Sesetengah peniaga Sibu tahu akan jawapannya. Bukan rahsia lagi.
Dalam pada itu, kedua-dua pihak juga memberikan tumpuan ke kawasan rumah panjang untuk 'memikat' hati pengundi masyarakat iban. Ada yang menjadi dan tidak kurangnya menjadi satu tragedi. BN mempunyai kelebihan kerana mereka membantu bukan saja ketika PRK P212 tetapi berterusan sejak sekian lama. Bagi pembangkang pula ada kejadian mereka dilayan sambil lewa kerana tersalah 'masuk lubuk' dan membawa isu yang tidak relevan. Tidak sesuai dan merepek, bagi sesetengah pihak.
Bagi pengundi Melayu/Melanau sokongan mereka amat jelas daripada pemasangan poster dan pemidang BN di rumah-rumah dan kedai runcit. Ini pemerhatian di lokasi. Ada juga usaha PAS menerusi kegiatan ahlinya untuk 'berdampingan' dengan tuan rumah termasuk tinggal dengan mereka kerana tidak berjaya menempah hotel. Dah penuh..uhh..uhhh...uuuh....sedih. Hantam sajalah labu.....
Apapun, bagi yang datang bertandang termasuk penyangak dan tukang karut, sudah pasti banyak peristiwa dan kejadian menarik dilalui. Pemilik Rafie Cafe, Nur Islamic Centre, Restoran Kasturi dan Sri Meranti, mereka ketawa menuju ke bank dan berharap lebih PRK akan membawa rezeki. Begitu juga pemilik hotel dan peniaga di pasar.
Pagi ini, maka keluarlah beramai-ramai pengundi Sibu untuk memilih Ahli Parlimen mereka. Selamat mengundi. Perlu menjadi bukan satu tragedi.
Sunday, May 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Rakyat Sibu tlah buat satu pilihan yang tetap menolak penipuan dan politik wang.
Parti-parti komponen BN memperjuangkan kaum Cina, mesti waspada bahawa kaum itu telah menolak BN,
PRK Hulu Seelangor dan Sibu jelad kaum Cina telah menolak MCA, Gerakan dan SUPP.
Sibu juga menngorak langkah pertama untuk menghapuskan Fix Deposit BN di Sarawak dan Sabah.
Kalau senario ini kekal hinga PU 13, beesar kemungkinan Putrajaya akan melihat pucuk pimpinan baru dan pucuk pimpinan Negeri Sembilan, Perak, Terenganu, dan Sabah juga bertukar tangan.
PKR bukan semakin lemah dengan keluarnya beberapa orang MP dan ADUNnya untuk menjadi wakil Bebas dan pucuk piminan peringkat akar ummbi daripada gagasan itu. Sebaliknya PKR nampaknya semakin teguh dan jitu. Sokongan rakyat kepada PKR juga kelihatan semakin meningkat dari hari ke hari.
Media Arus Perdana hanya gemar melaporkan berita anggota PKR keluar parti tetapi tidak pula melaporkan anggota BN masuk PKR.
One sided reporting amat bahaya kerana ia tidak mengambarkan keadaan sebenarnya dan pihak BN tidak sedar kelemahan mereka.
RTM, kumpulan Media Prima, ASTRO dan BERNAMA kena lebih sensitif dengan senerio semasa. Media cetak juga perlu memberi perhatian micro terhadap perkembangan politik semasa. Jika stail lama juga diamalkan, besar kemungkinan DS Najib akan mencipta sejarah sebagai PM yang paling singkat dan Pimpinan BN yang pertama gagal mengekalkan tampok pentadbiran yang dikuasai sejak 1957.
1Rakyat
Post a Comment