(Malaysia Bagus, 1Malaysia dan 1Malaysia)
SIBU : Masih belum panas. Malam tadi merayau-rayau di Pekan Sibu dan beberapa kawasan Melayu/Melanau di DUN Nangka yang memperlihatkan ceramah kecil-kecilan. DAP di Rajang Park, Pekan Sibu manakala PBB di beberapa tempat termasuk di Kampung Datuk. Mengikut kawan begitulah caranya di sini. Tidak kecoh dan tiada penyangak.
Poster pun masih kurang. Kain pemidang di pekan banyak 'dikuasai' oleh DAP. Parti itu mengajak orang Sibu untuk berubah. Mereka kata 'Jom Ubah' dan 'Change'. Ho Leng mahu minta orang Sibu berubah dan tukar. Nak tukar apa? Nak tukar daripada ada pembangunan kepada 'omong-omong kosong'. Janji kosong yang melambung-lambung. Jatuh terduduk. Hantam sajalah labu.
Mungkin PRK di sini tidak perlu banyak poster. Tidak perlu banyak pemidang. Terutama yang mengarut dan caci mencaci. Pemidang yang ikut perasaan tetapi tidak mendatangkan apa-apa faedah dan manfaat. Kata-kata hebat tetapi tiada makna.
Ini pertarungan antara calon BN, DAP dan Bebas. Orang lain tidak payah masuk campur. Tidak payah hantar penyangak untuk membuat kacau. Tidak perlu import penceramah yang suka membelasah pemimpin kerajaan. Adakalanya membuat tuduhan yang tidak berasas dan membawa cerita-cerita mengarut. Ramai tukang karut. Tukang karut politik.
Tetapi ejen kenit memberitahu DT, PAS turut menghantar lebih kurang 300 orang yang kini berkampung di Hotel Paramount. Wah, banyak duit bawa orang duduk di hotel. Mungkin lebih baik daripada berkampung di masjid seperti yang dilakukan di PRK Hulu Selangor. Berkampung itu termasuk tidur, guna tandas dan bersepah-sepah. Tidak elok untuk imej Islam yang seharusnya memartabatkan masjid. Bukan untuk tidur apatah lagi menggunakannya untuk 'membelasah' orang lain. Sultan pun sudah bertitah. Ikut perintah sajalah. Bukan menderhaka dan perangai macam si Kitol.
Pagi pusing-pusing di pasar. Keadaan aman dengan penjual sibuk memanggil pembeli. Jika semalam hari Ahad ramai orang, pagi ini kurang sikit. Hari minggu biasanya ramai orang dari kawasan pedalaman datang ke Pekan Sibu.
Mereka datang pagi dengan pelbagai cara termasuk bot dan van. Mereka pulang selepas makan tengahari atau pekena kopi atau minuman lain yang menyegarkan. Bagi yang letih, adalah tempat urut kaki. Urut untuk membolehkan urat kaki berjalan lancar. Urat kaki saja tauu.
(Renungan Rimau : Dapat SMS dari kawan lama yang berbunyi : "Nak tahu kenapa Sultan Selangor betul dan titah baginda wajib dituruti? Mudah saja...Tak payah belajar agama tinggi pun boleh faham...Rasulullah SAW berpolitik demi Islam tetapi PAS menggunakan Islam demi politik. PAS berlawanan dengan ajaran Rasulullah..Tu pasal tak boleh berceramah di masjid......)
Monday, May 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Tukar kerajaan dari BN kepada PR untuk mengelakkan diri menjadi mangsa kegananasan dan tembakan Polis Raja di Malaysia. terima kasih
Sudara kiedentech,
Tukar kerajaan senang !! Tapi akibatnya mungkin diluar yang kita jangkakan. Satu perkara lagi kalau nak tukar kerajaan pun tunggulah PRU nanti.
Tukar saorang wakil rakyat tak dapat mengeubah kerajaan...
Salam hormat ...
bukan polis yang ganas..jika semua rakyat mengikut arahan polis untuk pemeriksaan tidak akan berlaku di tembak polis..jika tak salah kenapa melarikan diri dari polis? semenjak PR wujud ramai rakyat Malaysia melanggar undang-undang dan melakukan kesalahan jenayah seperti yang berlaku sekarang? dulu sebelum ada PR jarang kita dengar remaja melarikan diri dari polis untuk pemeriksaan..TOLAK PR sokong BN..
RT,
Jujur cakap penulisan anda tiada kualiti dan tiada intelektual kapasiti. Peranan anda sebagai KP RTM pun dilihat gagal dan longlai. RTM telah diberi penambahbaikan dari segi peruntukan perjawatan dan struktur organisasinya sejak 2 tahun lalu, tapi kesan dan impaknya masih jauh untuk dilihat. Tidak perlu diulas soal rating sebab alasanya sudah tau - tanggungjawab sosial. Tapi ingatlah kalau tida siapa yg ingin menonton RTM, maka bagaimana hendak menyalurkan maklumat atau dakyah kerajaan kepada rakyat? Akhirnya terpaksa bergantung kepada Media Prima. RT, tolonglah, jangan rasa syok sendiri atau hidup di dalam tempurung. Buck up, RTM is still slow and sluggish.
(Kalau anda bloger yg jujur, tolong siarkan komen ini)
kalau tidak, saya akan gunakan cara lain bagi memastikan anda bertanggungjawab dengan tugas anda sebagai KP RTM.
GEMPAR!!!! Transkrip perbualan rahsia Anwar dan bomoh Benggali, Pajan Singh di mahkamah
sila datang ke Melayu Bersatu untuk membaca transkrip penuh
Pemikiran yang paling dangkal, kurang ilmu dan akal cetek. Inilah yang terjadi kalau pembangkang berhujah... satu rumusan yang ditanam dalam hati di sebabkan ajaran sesat di bawa oleh golongan yang inginkan sangat memerintah sehinggakan tidak menggunakan akal yang waras. Kepada saudara yang menjadi penyokong PR, muhasabahlah, kaji perlahan2, jgn jadikan nafsu amarah menguasai diri kita. Umno ada kekurangan, kerajaan BN ada kekurangan, tapi nilailah dengan mata hati yang di pandu keimanan kepada ALLAH dan RasulNYA yang inginkan kedamaian, mencari ketenangan daripada ALLAH s.w.t.., renungkan kembali, nikmat kesyukuran yang ALLAH beri kepada kita, sesungguhnya nikmat ini juga satu ujian yang ALLAH beri untuk menguji kita...
Datuk,
Next general election, harapan cerah untuk datuk mendapat kerusi.
Nampaknya harapan cerah untuk setidak-tidaknya kerusi DUN. Rapat-rapatlah dengan Datuk Ali isyallah nama datuk akan disenaraikan. Peringkat kebangsaan nama datuk kini in the good of Rais and also Najib. banyakkan lagi menulis memuji kerajaan pasti semakin crahlah nama Datuk. Saya pasti sokong Datuk.
silalah menonton ceramah saya bertajuk "ANWAR IBRAHIM TAGHUT YAHUDI APCO" di http://www.youtube.com/watch?v=4omw9YYzd6Q
Saya sokong pemerintah dan sultan yg adil.....tapi sekarang ni mana nak cari...coz pemerintah sekarang boleh halal kan yg Haram jadi Halal...Arak di merata2 tempat, judi bersepah2, sekarang ni utk mengelakan illegal gambling kita bagi lesen judi bola so rakyat 1malaysia boleh lah berjudi secara sah..di sisi kerajaan BN..tapi tetap Haram....Sekian Wasalam..
Post a Comment