Hari ini, tiga rakan DIY termasuk yang dikenali sejak 1980an menerima anugerah DIMP yang membawa gelaran Dato' daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang di Balairong Seri, Pekan, Pahang.
Mereka ialah Zulkifli Mahmud dari Maltrade, Zaini Hassan (Penolong Ketua Pengarang Utusan Malaysia) dan Ku Kamal yang kini menyandang Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Pertahanan. Tahniah dan nampak hebat dengan tanjak Pahang.
DIY yang mengiringi DRH menerima DIMP, berpeluang bertegur sapa dengan Pengarah Urusan London Biscuit, Puan Liew yang bergelar Dato' mulai hari ini. Sempat juga meminta beliau yang menikmati jamuan semeja dengan DIY mengiklankan produk di RTM.
Dalam pada itu, ada juga Dato' baru yang berperangai macam budak-budak kerana memotong barisan untuk mengambil gambar di hadapan singgahsana. Mengapa berperangai begitu? Tidak elok kerana kita perlu berperangai dengan baik apatah lagi sudah menjadi 'orang bergelar'.
Beliau yang berdiri di belakang DIY dan DRH terus meluru ke hadapan untuk mengambil gambar dahulu. Potong 'Q'. Jurugambar yang berada di situ pun terkejut dan tersenyum. Memalukan dan perlu pergi kelas protokol, 'sopan santun' atau kelas sivik sebelum menerima anugerah.
Monday, May 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
....begitulah jugalah rasanya kami rakyat kecil yang sentiasa dipotong Q oleh 'orang bergelar' dan tidak bergelar
Perangai macam ni boleh dapat Latok ka!
.....wawa
Maaf Dato', Jangan tersinggung,
Dato' ke tidak ke bukan ukuran.
Ada Dato' yang berperangai baik dan terpuji.
Ada Dato' yang murah hati dan suka menolong orang.
Ada Dato' yang berpaerangai macam hai---. Walhal terpulang masing masng. Besi puan kalau di celup emas akan anmpak berkilat macam emas juga. Tapi takkan lama.
Walhal terpulang kepada kita sendiri menilainya.
Inilah hala tuju kehidupan masa kini
JEBAT - (mahu bergelar LAKSEMANA)
YBhg. Datuk
Sampaikan salam tahniah saya kepada Dato' Rohaiza Hashim di atas penganugerahan DIMP baru-baru ini.
Sekian, wassalam.
JONLABUYABEDABEDU.
Sdr Jon,
Terima kasih.
Post a Comment