ANGKASAPURI : Hari ini, berlangsungnya mesyuarat dengan rakan-rakan dari Indonesia termasuk TVRI dan ANTARA di Wisma TV sebagai persediaan Mesyuarat JCICM antara Indonesia dan Malaysia di peringkat pegawai kanan (esok) dan peringkat Menteri pada Selasa.
Turut hadir di mesyuarat persediaan ini Ketua-ketua Pengarah agensi di bawah KPKK termasuklah Datuk Abdullah Morad (Jabatan Penerangan), Raja Rozaimie (Filem Negara) dan Hasnol (Bernama) serta pegawai kanan RTM.
Sudah pasti RTM akan mengemukakan pelbagai pandangan dan cadangan mengenai hubungan antara kedua-dua organisasi terutama dalam meningkatkan industri penyiaran di rantau ini. Antaranya ialah penerbitan dokumentari yang membabitkan seni budaya selain pertukaran berita serta rencana. Program Warta Serumpun boleh disiarkan semula dengan konsep yang lebih menyeluruh dan memperbanyakkan bahan berita kedua-dua negara.
Harap mendapat pelbagai kebaikan daripada mesyuarat pada hari ini.
Sunday, May 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
asalamualaikum dato,
Harapannya agar kedua negara perbanyakan lagi slot yg ada elemen sejarah bangsa di tv masing2. Generasi muda hari ini seolah kurang didedahkan dgn corak hubungan silam hingga terbentuknya masyarakat kedua negara hari ini. Contohnya org melayu bugis, jawa, minang dll di kedua negara perlu tahu hubungan persaudaraan mereka. Org cina & india di M'sia kuat jatidirinya kerana mereka melihat negara China & India itu paksinya.
Is the police investigation into Aminul Rashid's death hampered by tainted statements?
read all about it at marahku.blogspot.com
jangan terpedaya dengan mainan malaysiakini.
Salam Datuk,
Saya rasa kita perlu buat sesuatu..generasi hari ini terutama yang tidak bersekolah disek kerajaan..(sek Jenis Keb) tidak mengetahui asal usul sejarah negara kita..Nama Malaysia sebelum ini ? sejarah kepuluaan melayu ?..generasi hari ini mempertikaikan pelbagai isu kerana fahamam sejarah mereka 'ZERO'..minta Datuk sampaikan sesuatu kepada pihak yg sepatutnya agar isu ini diselesaikan seberapa segera...jika tidak PRU yg akan datang BN akan kecundang lagi..biarlah kita berani semasa kita masihn ada kuasa..jgn kita berani ketika kuasa sudah hilang ditangan kita...
Post a Comment