Baru-baru ini, DIY turut dijemput bersama beberapa blogawan terkemuka mendengar penerangan daripada Pengerusi Sime Darby, Tun Musa Hitam mengenai kemelut yang dihadapi konglomerat itu. Pelbagai 'cerita dalam' dipaparkan termasuklah peranan Lembaga Pengarah untuk memastikan SB tidak terus kecundang, terlentang dan merugikan pelabur.
Kini, SB diterajui sementara oleh Datuk Azhar yang turut bertanggungjawab untuk memantau perjalanan operasi perladangan syarikat besar itu. TMH turut mengumumkan SB sedang mencari mereka yang layak untuk menerajui SB menggantikan DS Zubir yang diminta untuk bercuti. Cuti rehat?. Proses itu akan berjalan dan kemungkinan akan dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini.
Persoalannya, siapa dan apakah ciri-ciri terbaik calon untuk menerajui SB?
1. Warga tempatan yang bijak, jujur dan budiman.
2. Warga tempatan yang bijak, berwibawa dan tidak takut dengan sebarang tekanan.
3. Warga tempatan yang mengamalkan prinsip 'berani kerana benar'.
4. Warga tempatan yang sentiasa bercakap benar walaupun beliau terpaksa melepaskan jawatan. Gaji sudah tentu banyak dan mungkin lebih banyak daripada Menteri Kabinet.
5. Warga tempatan yang tidak takut sesiapa kecuali tuhan.
6. Warga tempatan yang mempunyai 'wisdom' dan selalu memikirkan kepentingan negara.
7. Warga asing yang bijak mengendalikan syarikat antarabangsa.
8. Warga asing yang memahami perjalanan politik dan perniagaan di negara ini.
9. Warga asing yang mempunyai perniagaan di negara ini.
10. Warga asing yang tidak akan mendengar pandangan ahli politik di negara ini semata-mata hanya memikirkan keuntungan syarikat.
11. Warga asing yang mahu gajinya besar tetapi berjanji akan memastikan SB tidak akan mengalami masalah dan menjadi muflis.
12. Warga asing yang rapat dengan kerajaan sekarang.
13. Calon yang anda fikir?
Sunday, May 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
bagi kat x CEO Petronas
kalau tak pun cari senarai Manager-manager yang mengawal perladangan siapa yang mampu menigkatkan pendapatan syarikat layak untuk dinaikkan pangkat.
- yang pasti seseorang yang tidak mempunyai syarikat proxy diluar.
(kebanyakan orang cina suka buat macam ni makan % apabila memang projek) melayu pun dah ada yang ikut.
- Tidak boleh mempunyai isteri lebih dari 2, he he
- mempunyai kepakaran untuk berkomunikasi dengan pembekal barang yang dibeli (terutama baja, racun dan peralatan-peralatan yang lain) untuk mendapatkan harga yang terbaik.
- Gaji bagi 1 Ringgit setahun, dan mendapat bonus apabila syarikat mendapat keuntungan yang lebih baik. (ikut cara apple) gaji sikit tapi dapat bonus banyak.
- Mempunyai inovasi yang dapat mencipta peluang yang baru.
m8
Musa Hitam pun perlu letak jawatan segera. Jangan buat muka tak malu selepas dah jahanamkan Sime Darby.
Majority rules
Tuan Guru Nik Aziz
Tan Sri Hassan Merican atau Datuk Idris Jala.
Assalamualaikum,
Sebetulnya isu ini adalah mudah iaitu ia berkait dengan integriti. Integriti sapa.....integriti daripada Musa Hitam sehinggalah kepada Zubir. Itu yang perlu diketengahkan. Sperkara lagi bila membaca hasil temubual Musa dengan Mingguan, dapat saya simpulkan bahawa Musa sebenarnya terlalu berpolitik dan cuba mempolitikkan keadaan. Kenapa hanya sekarang baru dia mempersoalkan itu ini dalam SD, baru bercakap soal bangsa, baru sedar tentang tanggungjawab kepada digniti bangsa...aneh! Tapi itulah Jawapan yang penuh dengan politik....maybe dia masih merasakan berada dalam era elegance silent, sedangkan hakikatnya sekarang jika integriti sudah dipersoalkan, adalah lebih baik beliau bersara. Ikhlas.
Sdr Kluangman,
Sori. Sdr pun faham.
Saya rasa mungkin terdapat "talent" dalam konglomerat perladangan Tabung Haji. Pertimbangkan nama-nama mereka yang telah memacu kejayaan ladang-ladang Tabung Haji serta kepelbagaian perniagaan Tabung Haji.
Jamil
DIY?
Amboi.. ce..ce...
Dh pandai pakai title Dato'
Ye la, bila lg nk megahkan diri, segan amendanya...pangkat tu.
tak yah DIY, paki la DATO' Ibrahim Yahya. kan sedap tu..
Sdr Anon 9.01 am,
Saya memang gunakan DIY singkatan kepada Dunia Ibrahim Yahaya. Malah sebelum blog Dunia Tiger saya menulis di Agenda Daily dengan DIY atau Dunia Ibrahim Yahaya. Akronim ini diteruskan sehinggalah dapat anugerah. Bolehlah gunakan yang mana berkenan di hati pembaca. Hantam sajalah...
Post a Comment