Sunday, May 9, 2010

TIDAK PAYAH MENYIBUK DI SIBU


SIBU : Sampai semalam, sejurus selepas habis penamaan calon yang menyaksikan tiga orang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil P212 Sibu. Cuaca panas, tidak sepanas bahang PRK yang dilihat di sini masih lagi berjalan perlahan. Mungkin ada orang belum sampai.

Apapun, bandar Sibu aman dan masyarakat menjalankan tugas serta kerja masing-masing tanpa menghiraukan adanya PRK. Tidak heboh-heboh untuk menghadiri ceramah dan sibuk memasang poster atau kain pemidang. Mungkin ada orang belum sampai.

Pagi ini, berjalan kaki sepanjang Sungai Rejang daripada hotel menyelusuri jalan-jalan kecil yang dipenuhi dengan orang ramai. Singgah di pasar dan bersarapan dengan kuih gulung dan peneram. Sedap apatah kena dengan milo panas. Masyarakat di sini menikmati sarapan pagi dan berbual-bual mengenai kehidupan harian. Ketawa kecil dan besar. Gembira. Tiada kecoh. Mungkin ada orang belum sampai.

Selepas minum pagi, pusing-pusing di tepi pasar dan melihat pelbagai barangan dijual. Macam pasar di Padang Besar sebelah Malaysia dengan pelbagai barangan sedia dijual. Ada pelbagai jenis buah-buahan termasuk dari luar negara termasuk anggur dan epal. Manusia pun, pelbagai jenis termasuk mereka yang bertatoo. Keadaan aman dan harmoni. Mungkin, penyangak belum sampai.

Hakikatnya, jika ada orang sampai dan membuat kecoh atau memberi ceramah yang bersifat perkauman, keamanan di Sibu tidak kekal seperti sediakala. Jika ada penyangak datang membawa satu semangat memaki hamun dan mencerca kerajaan, maka keadaan akan menjadi kecoh. Yang terpengaruh dengan ceramah akan melenting atau mula membenci kerajaan. Yang tidak, pasti akan merasakan bahawa golongan penyanggak mahu menghancurkan keharmonian di sini.

Oleh itu, tidak payahlah membawa ramai penceramah yang hanya tahu untuk membelasah orang lain tanpa mempedulikan kehidupan aman sentosa masyarakat Sibu. Mereka hendak berniaga dengan aman. Biarlah calon BN melawan calon DAP dan calon bebas. Tiada kena mengena dengan PR yang diketahui mempunyai ramai penceramah yang hanya tahu untuk membawa tajuk ceramah yang entah apa-apa termasuk menghina pemimpin tertentu.

Ketika petugas calon BN sedang membantu masyarakat Sibu untuk mengetahui kedudukan kawasan mengundi pada PRK di pasar Sibu, ada 'tiga mamat' yang memakai baju oren dan ada lambang parti-parti PR sibuk mengambil gambar dan mengelilingi tempat itu. Nampak resah dan tidak tentu arah. Entah apa yang ingin dibuat tidak tahu. Kemudian mereka hilang dan datang semula dengan risalah berwarna hitam. Terus ambil gambar dan memerhati sepertilah mereka mahu mencari kesalahan.

Tidak payahlah datang, mereka yang tidak berkenaan. Orang Sibu tahu siapakah calon yang mereka mahu pilih. Orang lain tidak perlu menyibuk dengan ceramah dan lontaran fitnah yang tidak akan menguntungkan negara ini. Jimatlah duit tambang dan habiskan masa dengan keluarga termasuk berkebun untuk mengeluarkan peluh. Penyangak tidak perlu sampai.

(Renungan Rimau : Ada cerita kelakar ketika pengumuman calon. Mula-mula jurugambar minta tiga calon angkat tangan. Calon Bebas angkat tangan tunjuk tanda 'bagus'. Calon BN dan DAP pula tunjuk angka satu melambangkan '1Malaysia'. Kemudian calon DAP yang mula-mula sokong 1Malaysia tukar fikiran, gosok hidung dan kemudian angkat tiga jari. Calon DAP minta wartawan jangan pakai gambar dia angkat jari satu angka. Hantam sajalah labu....)

4 comments:

MAWAR BERDURI said...

salam tuan?

he he he ada tenguk pic calon Dap angkat tangan tu he he he...aduilah????

apa tidak nya apa saja isu pembangunan yang di bawa oleh BN, pakatan pun laung benda yang sama. habis modal dahhhh..uhuh

Anonymous said...

Siapa penyangak.....ini sifat juak2 UMNO mereka buat fitnah ok, derhaka ok, judi ok, arak ok,sekarang APCO apa ni ...tolong komen sikit...UMNO lah sebenarnya pengkhinat pengudi Melayu dan Islam....suka atau tidak tulisan kamu ni menjadi penipu kepada kebenaran.....Adios

jebat said...

Pertama kali saya menjengah ke Dunia Tiger...

Saya setuju benar Keamanan dan keharmonian penduduk setempat adalah Pentinga.
Kita harus sama sama menjaganya..

Kadang2 saya terfikir juga Untung jua ada PRK di Sibu banyak perkara dapat diperbaiki.
Kalaulah PRK itu di Kota Tinggi
alangkah baiknya. Tentu perkara berikut dapat pehatian kerajaan:

ELEKTRIK:
bekalan elektrik yang tak stabil lampu elektrik yang macam pelita di tiup angin dan bekalan leterik yang kerap terputus tentunya akan berakhir.

PERKHIDMATAN POS:
Perkhimata Pos yang lebeh baik dari sekarang akan dapat diadakan. Surat-surat bukan hanya 'dibaling' ke sebuah kedai.

... dan macam-macam lagi.

Wakil Rakyat kami yang ada (kecuali ADUN)dah tak larat nak turun padang..

Itulah nasib kami di pedalaman.

ibrahim yahaya said...

Sdr Mawar Berduri,

Ada. Bukan cerita bohong.