Saturday, May 22, 2010

HARI KELUARGA PEMASARAN RTM

DIY kini berada di Sunway Lagoon bersama dengan ahli keluarga Bahagian Pemasaran RTM daripada pelbagai bangsa yang mengadakan Hari Keluarga mereka.

Suasana gamat di mana setiap anggota keluarga mengambil bahagian dalam Sukan Air yang diadakan bagi merebut pelbagai hadiah yang disediakan. Mereka mengambil bahagian secara sporting dengan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Ini mengingatkan DIY ketika menganjurkan Hari Keluarga Berita Harian pertama di Subang yang mendapat sambutan di luar dugaan. DIY, Mahfar Ali dan Nazar Abdul bekerja kuat untuk merealisasikan hasrat murni itu. Apatah lagi ia mendapat restu dan sokongan Datuk AKJ. Walaupun pada mulanya, usaha itu ditentang terutama dengan kutipan RM5 tetapi akhirnya semuanya pulang dengan senyuman kerana mendapat pelbagai hadiah melebihi RM300. Lebih banyak pulangan daripada pelaburan mereka.

Sebenarnya hari keluarga organisasi ini perlu diadakan setiap tahun bagi merapatkan hubungan antara petugas dan keluarga mereka. Suasana muram dan masam tidak akan mewujudkan produktiviti dan kreativiti. Mereka perlu menggalakkan sikap proaktif dan hubungan mesra antara petugas menerusi suasana mesra ini.

OLeh itu, semua organisasi terutama yang mempunyai petugas berbilang kaum perlu mengambil inisiatif menganjurkan perhimpunan merapatkan hubungan petugas setidak-tidaknya dua kali setahun bagi 'meredakan keadaan' yang tegang. Mendekatkan yang jauh dan merapatkan lagi yang renggang.

Ketika majlis Hari Keluargalah kita akan dapat melihat 'keadaan sebenar' seseorang individu sama ada seorang yang suka bekerja sebagai 'satu pasukan' atau mereka yang hanya memikirkan diri mereka sendiri. Ini secara langsung mendidik mereka untuk menjadi 'ahli pasukan' yang mantap dan sedia bekerjasama dalam apa keadaan sekalipun.

Dalam pada itu, DIY berdoa agar Hari Keluarga Pemasaran ini akan membawa banyak rahmat dan berkat. Semoga usaha Sdr Roffee dan barisan pengurusannya akan mendapat pelbagai pengalaman. Bolehlah anjurkan Hari Keluarga RTM pada masa akan datang.

2 comments:

Anonymous said...

Datuk,
Ingin saya kemukakan satu soalan demi kepentingan umat.

Mengapa dan kenapa RTM, sebagai sebuah agensi kerajaan dan datuk sebagi seorang profesional media, tidak menyiarkan berita kelohan rakyat mengenai lesen judi bolasepak piala dunia?

Terima kasih,

Anak Mat RTM

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Soalan ini seperti juga macam soalan seorang pemimpin PAS dulu mengenai mengapa lesen judi di Genting dikeluarkan oleh kerajaan. Soalan itu sudah dijawab di Parlimen.