Wednesday, May 12, 2010

DR RAIS KERJA KUAT DI SIBU

Dr Rais menemui pengundi di Taman Rejang, Sibu, semalam.

Jika ada orang menuduh kerajaan BN banyak memberi bantuan terutama ketika PRK, DSU Dr Rais Yatim ada jawapannya. "Mengapa tidak?" katanya. Bagi beliau, kerajaan sejak dari dulu lagi memberi bantuan kepada rakyat dan ketika PRK ia adalah proses bantuan berterusan. Apa yang pelik?

Tidak hairanlah bantuan yang diberikan dalam bentuk program naik taraf jalan raya, pemberian komputer untuk sekolah, pembentongan bagi mengelakkan banjir, klinik 1Malaysia dan banyak lagi yang selama ini dapat membantu rakyat jelata. Persoalan Dr Rais pula ialah apa yang diberikan oleh pembangkang. Janji kosong dan kata nista?

Bagi orang yang ada ilmu pengetahuan dalam perundangan ini yakin bahawa perundangan negara membenarkan kerajaan membantu rakyat pada bila-bila masa tidak kira masa PRK. Yang penting bantuan itu benar-benar ikhlas dan berterusan bukannya sekadar ketika pilihan raya yang 'dijanji' oleh sesetengah pihak. Janji bulan dan bintang.

Oleh itu, pengundi Sibu sudah pasti akan mengetahui siapakah calon yang terbaik untuk mewakili mereka terutama memastikan semua yang dirancang oleh Kerajaan Pusat dan Negeri dapat diteruskan. Tidak guna bantuan itu terberhenti di tengah jalan kerana tindakan 'menghalang' pihak tertentu kerana mereka memenangi PRK kali ini.

Minta dijauhkan kerana tindakan mereka yang gemar menimbulkan perasaan sakit hati masyarakat tertentu. Umpamanya tulisan di pemidang DAP "No to Taib" yang memaparkan bahawa mereka mengambil kesempatan PRK ini untuk meminta masyarakat Cina menolak TS Taib yang telah banyak berjasa kepada rakyat di Negeri Kenyalang itu.

Dalam pada itu, DSU Dr Rais mempunyai banyak program di Sibu termasuk menghadiri Majlis Pelancaran RTM Menerusi Satelit di pedalaman Sabah dan Sarawak pada malam ini.

Pelancaran RMS adalah satu lagi detik permulaan baru bagi perkembangan telekomunikasi dan saluran maklumat di negara ini. Sesungguhnya RTM MENERUSI SATELIT (RMS) ke pedalaman adalah titik sentuhan sebenar pelaksanaan gagasan 1Malaysia.

Rakyat tidak kira golongan mendapat manfaat secara keseluruhan daripada kemakmuran negara terutama memperolehi maklumat terkini.

Menerusi Satelit ini, RTM akan menjadi pemangkin kepada pengembangan pemikiran masyarakat yang kreatif dan inovatif. Secara tidak langsung akan mengubah cara hidup rakyat dengan penyebaran maklumat dan pengetahuan yang lebih meluas kepada masyarakat.

Pemancaran menerusi satelit lebih praktikal berbanding penambahan menara transmisi baru dimana hampir 90 juta ringgit dapat dijimatkan. Ini bagi memastikan isyarat yang jelas dapat diterima dikaca televisyen penduduk Sarawak.

Dalam pada itu, Perkhidmatan dan liputan satelit serta jalur lebar yang disediakan tidak akan bermakna jika tiada peralatan dan kemudahan untuk menggunakannya.

Justeru usaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) ini akan disokong oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membekalkan dekoder ke seluruh kawasan pedalaman Sarawak.

Seribu unit bakal diagihkan kepada pelajar, pertubuhan bukan kerajaan NGO, pemimpin dan penduduk rumah panjang menerusi Program Komputer 1 Malaysia bagi merealisasikan insiatif tersebut.

Ini sejajar hasrat KPKK meluaskan kemudahan jalur lebar, khusus kepada masyarakat luar bandar. Dimensi baru dunia teknologi maklumat negara bermula Mac lalu dengan pelancaran perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi HSBB oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan matlamat merubah Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi.

Enam inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan N-B-I dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi - HSBB diperkenalkan.

Antara yang menjadi kenyataan, mewujudkan pusat jalur lebar komuniti PJK yang menyediakan perkhidmatan jalur lebar ke rumah kepada 614 ribu orang di 246 lokasi melibatkan kos RM60 juta.

Kedua, penubuhan pusat internet rakyat di 138 premis Jabatan Penerangan yang memberi liputan jalur lebar kepada 400 ribu pengguna.

Ketiga, e kiosk di pusat kemasyarakatan dan pejabat di seribu 105 mukim bernilai RM40 juta.

Keempat liputan selular awam di mana 873 menara telekomunikasi baru akan dibina termasuk 278 menara di Sabah dan Sarawak.

Kelima RM1 billion daripada dana khidmat sejagat atau UPS, dengan persetujuan penyedia perkhidmatan untuk mengagihkan komputer riba kepada pelajar yang kurang mampu di seluruh negara.

Keenam, memperkenalkan pakej jalur lebar berserta netbook oleh Telekom Malaysia dengan bayaran dikurangkan daripada RM50 kepada RM38. Bagi kawasan USP, bayarannya ialah hanya RM20.

5 comments:

Anonymous said...

Hiddup Fatuk Brahim.
Ada chance kontrek disambung lagi.
kalau kita tak tolong bos siapa lagi nak tolong. Kalau bos happy harapan kita untuk terus kekal sebagai Ketua Pengarah RTM pun mudahlah.
I garu belakang you, you garulah belakng I,
Selamat berjuang Datuk demi perut sendiri.

jontek-jontek said...

Nak mengampu biarlah jangan nampak dek orang...malu...

kami org Jelebu pun nak buang dia dalam pru nanti!

Anonymous said...

Sempena berlangsung Badmnton Piala Thomas /Uber, RTM dan TV9 sama-sama menyiarkan siaran langsung. Cuma nak minta Datuk cek balik kualiti audio RTM. TV9 jauh lebih baik. Petang/malam ni boleh test kalau tak percaya.Pengacara dah hebat, ikon pengacara sukan terunggul negara (Hj Hasbullah)namun audio kurang memuaskan membuat saya tukar channel ke TV9 (Tabah & Abu Bakar Atan)

jebat said...

Salam,

Biar apa pun saya berdoa moga moga PRK akn beralih ke KOta Tinggi tak lama lagi.

Ini bukan doa saya saorang
Tapi kebanyakkan penduduk

KAPAKTAJAM said...

Mmg Dato' ni kerja kuat dan tahu nak buat kerja. Teruskan Dato'.