DIY membaca tulisan terbaru Big Dog dengan hati yang terbuka.
Bagi Big Dog, artikel dalam akhbar Sunday Star semalam bahawa bilangan pengundi Melayu yang menyokong BN kini berkurangan berbeza dengan pandangan sesetengah pihak sebelum ini. Betul ke? Bagi Big Dog tulisan Joceline Tan itu mempunyai agenda menidakkan peralihan besar pengundi Melayu kepada BN.
Bagi DIY, pada hari pengundi di mana akhbar The Star menggunakan gambar gadis Melayu bertudung memegang poster roket, ketika itu tertanya dalam hati apakah tujuan akhbar milik MCA itu yang sepatutnya membantu BN dalam memenangi Parlimen Sibu.
Apakah tujuan menyiarkan gambar gadis bertudung memegang poster DAP? Apakah The Star ingin menunjukkan bahawa DAP yang selama ini gemar memainkan sentimen perkauman sudah mendapat sokongan orang Melayu? Setidak-tidaknya gadis bertudung dalam gambar itu sudah berhijrah menyokong DAP. Hantam sajalah labu...
Umum tahu, The Star yang dimiliki oleh MCA sepatutnya membantu BN termasuk menyiarkan berita segala jenis bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada penduduk di Sibu terutama golongan peniaga yang kebanyakan kaum Cina.
Namun, apabila The Star membuat keputusan untuk menyiarkan gambar gadis bertudung memegang poster roket, sudah tentu akan menimbulkan rasa kurang senang pihak tertentu. Mungkin The Star ingin menunjukkan mereka bersikap 'neutral' atau berkecuali sedangkan orang kampung sudah tahu mereka dimiliki oleh MCA, salah satu komponen utama BN. Atau akhbar itu dimiliki oleh MCA tetapi yang mengendalikannya mempunyai fahaman lain. Mahu dilihat 'neutral' dan berkecuali. Hantam sajalah labu....
Monday, May 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
DIY,
Dalam sistem demokrasi, rakyat bebas membuat keputusan sama ada menyokong atau menolak mana-mana parti. Tidak ada undang-undang menyebut bahawa orang Melayu idak boleh sokong DAP atau parti lain selain parti yag dipimpin oleh orang Melayu.
Tahukah DIY bahawa ramai juga orang Cina sokong parti Melayu. Orang Melayu tidak yakin lagi UMNO bagitu juga ramai peninoto Melayu telah tidak menonton siaran RTM dan TV3.
Ramai orang Melayu tidak lagi langgani akhbar-akhbar Melayu. Orang Melalyu sekarang telah buka mata dan telingga itu pasal mereka menolak penipuan, amalan rasuah, judi dan pembohongan yang diamalkan oleh UMNO.
Sintimen kemelayuan yang cuba DIY mainkan tidak lagi diterima malah back fire. It is high time bagi you untuk sedar bahawa orang Melayu tidak lagi boleh diperkotakatikkan lagi. Orang Melayu sedar dengan menyokong DAP, UMNO akan tumbang secara sendirinya. Orang Cina dan India pun dah tolak BN yan diteraju oleh UMNO. UMNO tidak relevan lagi kerana pemimpinny telah jauh terkeluar daripada perjuangannya asalnya iaitu demi bangsa, agama dan negara. Pemimpin UMNO kini memperjuangkan diri sediri , keluarga, kroni dan pengampu seperti DIY.
Hidup Melayu.
Kalau sudah Cina, sudah tentu akan lebih rasis dan menyokong kaum mereka sendiri.
Kenyataan Soi Lek pun banyak yang rasis dan sama seperti parti ultra kiasu.
PKR=Illmuninati.
Anon, adakah dengan menyokong dap anda dapat membantu mempertahankan dan memperjuangkan hak bangsa Melayu?
BERHATI-HATI WAHAI RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA BANGSA MELAYU.
==============================================
Ada orang Melayu di-Malaysia yang malu mengatakan yang dia orang Melayu bila bersama dengan yang bukan Melayu terutama orang asing.
Mereka mereka ini adalah mereka dari golungan yang menyanjung kepimpinan negara-negara tertentu yang konon nya mengamalkan demokrasi, transparency, level playing field lah dan macam-macam lagi dan inginkan ia nya di-aplikasikan di-Malaysia.
Kalau suka sangat nak di-pimpin oleh pemimpin dari negara tertentu,
tukar aje kerakakyatan.
“hujan emas negeri orang hujan batu negeri sendiri.”
Nasihat saya kepada mereka-mereka ini “jangan menang sabung kampung dan bangsa tergadai"
Anon kat atas tu main bedal ja...kata hidup melayu..pirah!!cuba terangkan apa kepentingan melayu yang terjamin kalau pakatan menang..sedangkan PAS serta merta ja bgtau yg tidak termaktub dlm perlembangan PAS untuk negara Islam..siap Nicky Ajis kuaqkan kenyataan yg pelampau PAS yg mengkapirkan UMNO..mcmmana amanat hadi???
pada aku hg ni bukan la melayu pun..jgn belagak kalau hg dh kaya,hg kena pikiaq melayu2 lain yg terumbang ambing..tak salah kalau dikatakan pemimpin melayu ramai yg penyamun, tp apa slhnya kita sebagai rakyat gunakan kuasa kita untuk pimpin pulak pemimpin2 UMNO yg tak dgq cakap ni...bukannya dgn menyokong DAP boleh meguatkan saf umat Islam dan Melayu..ibarat marahkan nyamuk bakar kelambu...tu dungu namanya...
Kita kalau bini kita buat salah takkan la kita teruih pi cari bini baru...teguq dia,bimbing dia...lg byk pahala...buat apa la kita nk pi sokong DAP yang mana dh mmg dasar perjuangan depa nk menjatuhkan apa yg melayu pertahankan selama ni.sedangkan melayu sendiri tak penah nk ganggu gugat kesenangan yg depa kecapi dari dulu lg...jgn butakan hati nk kata cina akan naik kn melayu..dont ever think!!!
Orang Melayu masih tak sedar!
1. Kaum Cina dari MCA, Gerakan, PKR dan DAP sudah bersatu menyokong DAP utk cuba memerintah Malaysia.
2. Disebabkan kaum Cina adalah majoriti di kebanyakan bandar2 besar, mereka akan menang di kerusi2 parliamen bandar2. Kawasan luarbandar ditugaskan kpd kaldai2 PAS dan PKR utk meraih undi kaum Melayu utk menangkan Pakatan Rakyat.
3. Dgn itu Pakatan Rakyat akan menang PRU13 nanti. Seperti biasa DAP akan memerintah sebenarnya dgn disokong oleh badut2 dari PAS dan PKR.
4. Dgn kelebihan 2/3 di parliamen, DAP akan meminda Perlembagaan Malaysia dan akan mulalah mimpi ngeri orang2 Melayu di Malaysia.
Nauzubillah.
zainol_56,
minta maaf kerana saya tidak makan perbohongan, penipuan, kronisima dan ampu mengampu serta rasuah.
Sila saudara buat kira-kira sedikit, berapa banyak kerusi parlimen dan berapa kawasan yang ditandingi oleh DAP. DAP tidak dapat tubuh kerajaan jika mereka menang semua kawasan yang ditandinginya. DAP perlu PAS, PKR untuk tubuh kerajaan. Bagitu juga UMNO perlu MCA, MIC, Gerakan, PBS, Parti Bumiputra Sarawak, SUPP dan lain-lain. Cuba lihat berapa banyak kawasan majoriti Melayu dimenangi oleh parti-parti bukan Melayu dalam BN. Mengapa tidak mempersoalkan hal ini - Melayu sokong Cina, Melayu sokong India. Jika Melayu sokong Cina/India dari parti BN ok tetapi DAP tak ok. Ini tak adil dan tak demokratik. PM sendiri wujudkan 1malaysia iaitu semuAa banga adalah sama (Rakyat Malaysia).Pleas ask yourself (sincerely) mengapa UMNO kini lebih mementingkan orang Cina dan India? UMNO berangapan bahawa orang Melayu tidak perlu dibantu kerana orang Melayu akan terus mereka kekal taat kepada UMNO. That is totally wrong. Pernahkah you terfikir bahawa MCA, Gerakan dan MIC pada satu hari nanti tinggalkan BN maka UMNO akan terkapai-kapai mencari orang Melayu yan tidak diindahkan sekarang unuk mengekalkan kuasa Melayu di negara ini. Jika senarion ini belaku, ia sudah terlewat. UMNO sepatutnya kekalkan ketuanan Melayu dengan berani mempertahankan kawasan majoriti Melayu dan hak-hak Melayu seperti termaktup dalam Perlembagaan negara. Mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan, menengakkan bahawa kebangsan, Jika ini semua diamlakan oleh UMNO, orang Melayu tidak akan rasa terpinggir dan meraka akan kukuh dan jitu menyokong UMNO selama-lamanya.
Hidup Melayu
Diy, org melayu terutama skali org muda sudah menjadi semakin realistik ttg perjuangan melayu.pd mereka lebih baik perjuangkan nasib org malayu secara kompetitif dr mencipta pelbagai keistimewaan yg belom tentu dinikmati sebhgian org melayu di kampong atau di flat ppr.mereka mahu berpijak di bumi nyata dan bersaing di arena global.bkan menidakkan usaha umno dan mengiyakan motto dap ttp. Apa yg lebih penting survival org melayu secara menyeluruh dn bukannya segelintir pembesar,ketua bhgn,pemuda sesetgh parti politik shj.
Salam,
Datuk,
Orang Melayu sokong MCA/Gerakan/MIC ok tetapi DAP tak ok.
Sila buat kajian :
1. Mengapa Melayu sokong DAP?
2. Mengapa Cina tinggal BN?
3. Mengapa Pakatan Rakyat makin diminati rkyat?
Anak Melayu
saudara diy,
joceline telah membuat kesilapan besar dalam tulisannya dalam the star. suruh dia baca portal malaysia aktif. orang cina sebenarnya yang lari dari bn kepada dap. malah orang melayu/melanau dan iban di rumah panjang masih setia bersama bn, walaupun pm tak pergi melawat dan mengumumkan peruntukan yang berjuta-juta kepada perkampungan mereka. saya berada di sana dan melihat keseluruhan score sheet prk sibu. lain kali, jangan buat andaian joceline, semak fakta terlebih dahulu!
To Hidup Melayu dan yang lain lain, sekadar renungan
Pertama, saya doakan saudara Hidup Melayu dan lain lain terus hidup untuk melihat nasib bangsa saudara
Kedua, sejarah itu tercipta kerana adanya peristiwa, dan peristiwa itu sepatutnya telah mengajar kita untuk lebih berwaspada.
Ketiga kita harus melihat sejarah wujudnya DAP, dan mengapa kita harus berhati hati : kerana DAP tidak pernah sesaatpun mengubah prinsip perjuangan mereka. Mungkin orang orang lama seperti kami terlalu phobia kepada DAP kerana pengalaman pengalaman kami, apatah lagi DAP tidak pernah menoleh kebelakang dalam perjuangan mereka. Kalau orang orang Melayu merasakan mereka sudah boleh menerima DAP , maka Melayu sudah pun kalah, bukan dimedan pertempuran, tapi didalam rumah sendiri, dan inilah yang diingini oleh DAP, Melayu sudah membentang permaidani merah untuk mereka.
Keempat , PKR ditubuhkan dengan menjadikan Melayu itu tunjang perjuangan mereka, dengan bangsa bangsa lain tidak dipinggirkan. Tidakkah itu yang diperjuangkan oleh UMNO dan rakan rakan dalam BN selama ini? Lihat apa sudah jadi dengan PKR? Sekali lagi Melayu terpaksa tunduk dan menjadi anjing peliharaan DAP.
Kelima , Parti Aslam Semalaysia? Paling teruk. Setelah agama dan bangsa di lacurkan sehina hinanya, sekarang Parti Aslam SeMalaysia lintang pukang seperti sedang dilanda gempa bumi. Tak pernah konsisten dengan prinsip dan hala tuju perjuangan. Parti Aslam Semalaysia dilihat tak lebih daripada PELACUR TUA kehilangan pelanggan. Yang penting ada pelanggan. Akhirnya jari tetap akan tertuding ke UMNO jua
Keenam , UMNO memang ada cacat celanya, tapi tetap konsisten dalam perjuangannya. Mungkin "Hidup Melayu" tidak sanggup menerima hakikat bahawa UMNO telah banyak menyumbang kepada bangsanya, sehingga dicemburui oleh kaum kaum lain. Walaupun UMNO tahu, Melayu yang satu waktu dahulu disuapkan makan kini mula membubuh racun pada makanan itu, UMNO tetap memperjuangkan bangsanya, kerana UMNO tahu orang orang Melayu tetap meletakkan harapan padanya, walaupun dilontarkan kata kata hina, caci dan maki hamun, kerana UMNO sedar itulah sifat Melayu.
Ketujuh , orang orang Melayu dihantar kemana sahaja untuk menuntut Ilmu dengan harapan satu hari nanti dapat menyumbang bakti kepada agama, bangsa dan tanah air.Walaupun ada segelintir Cerdik Melayu memilih jalan menongkah arus, UMNO tetap meneruskan perjuangan kerana tahu dalam setandan kelapa itu pasti ada yang komeng. Aku yakin UMNO akan terus memperjuangkan agama, bangsa dan negaranya selagi ada kudrat
Kelapan , ramai cerdik pandai Melayu menjauhkan diri daripada UMNO dengan alasan yang pelbagai. Golongan ini terus meletakkan beban ke atas UMNO, segala keburukan itu datangnya daripada UMNO, segala kebaikan itu adalah mereka. Mereka adalah golongan yang pandai bercakap tapi lari bila ada beban yang perlu dipikul. Mereka lebih suka menghentam, mereka lebih suka menuding jari, mereka lebih suka menunjukkan kesalahan orang lain, kerana mereka ini sudah selesa. Mereka membiarkan orang orang kampung yang mereka anggap bodoh mempertahankan kenekmatan mereka. Ingatlah, apa yang anda dapat bukan kerana anda hebat sangat, tapi kerana EKHSAN.
Kesembilan , Melayu Melayu hebat seperti "Hidup Melayu" yang menganggap UMNO itu bangsat sangat, yang menganggap mereka sahaja yang hebat, Aku cabar tubuhkan satu lagi parti alternatif kepada orang orang Melayu yang sudah muak dan menganggap parti parti Melayu yang ada sudah tidak boleh diletakkan harapan, kerana aku yakin ramai Melayu diluar sana yang juga seperti saudara , muak dengan UMNO.
Kesepuloh , bukti ahli ahli UMNO itu tidak sedungu yang disangka, mereka bersatu menyingkirkan pemimpin yang gagal . Dan tindakan ini , yang sudah pun bermula akan diteruskan, cuma UMNO ini sangat berhemah dalam tindakannya.
Kesebelas, kalau "Hidup Melayu" rasa tidak mampu untuk membela Melayu, jadilah orang Melayu yang lebih bertanggung jawab.
SAMPAI BILA PUN DAP TETAP MUSUH KU
KERANA NEGARA INI ADALAH TANAH TUMPAH DARAHKU, NEGARAKU ADALAH TANGGUNGJAWABKU
To Anak Melayu
1. Mengapa Melayu sokong DAP?
Melayu yang mana? Melayu PAS ? Melayu PKR? These are the desperate Malays ...
2. Mengapa Cina sokong DAP?
Cina yang Mana? the desperate, the opportunist and the chauvanist Chinese ?
3. Mengapa Pakatan Rakyat makin diminati Rakyat?
Rakyat yang macam mana? yang opportunis? rakyat yang rebelious? rakyat yang hipokrit? rakyat yang keliru? rakyat yang mudah dibohongi? rakyat yang lupa atau yang tak tahu sejarah? atau rakyat yang percaya membuta tuli?
PERCAYALAH ANAK MELAYU.. CUMA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG AKAN TOLONG BANGSA MELAYU JUGA .. SEBURUK BURUK MELAYU BILA KITA MATI MEREKALAH YANG AKAN MEBACAKAN DOA UNTUK KITA ...
MELAYU AKHIR ZAMAN
Whiteorange,
Doa yang diterima oleh Allah apabila sesrang itu mati ialah doa daripada anak-anaknya. Bukan doa orang Melayu UMNO,PAS< PKR atau DAP.
Masa hidup tidak amal ibadat biar siapa sekali pun berdoa tidak akan sampai.
Tidak ada dalam mana-mana kitab, doa orang Melayu akan diterima Allah. For your info: Islam adalah agama Allah yg universal dan orang Melayu adalah satu bangsa dari kepulauan Melayu sahaja.
Anti Rasis.
Post a Comment