Oleh Ibrahim Yahaya
Nama Datuk Syed Faisal Albar atau Ahmad Jauhari Yahya pernah disebut oleh Rocky akan menjadi Pengarah Urusah Malaysia Airports Holding Berhad (MHB) sebelum diperbetulkan oleh Khazanah Nasional, kelmarin.
Bagaimanapun, maklumat yang diterima oleh DuniaTiger malam tadi, menyatakan AJY lebih suka dengan kehidupannya sekarang yang menjadi penasihat kepada beberapa syarikat berkaitan dengan tenaga. Kehidupannya sekarang lebih tenang dan tenteram.
AJY pernah menerajui Malakoff sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan syarikat berkenaan kerana mempunyai pendirian sendiri berhubung dengan perjalanan operasi syarikat yang diambilalih oleh seorang usahawan terkemuka. AJY juga pernah memegang jawatan Pengurus Besar Kanan Kumpula Teknika/Pengeluaran di NSTP.
Dalam pada itu, Datuk Syed Faisal dikatakan lebih berminat untuk menjalankan perniagaan atau bekerja sendiri jika beliau tidak ada lagi di Pos Malaysia Berhad. Pengalamannya di NSTP dan Pos sudah tentu menyediakan medan atau platform untuk beliau berniaga dalam bidang berkaitan dengan kedua-dua industri itu.
Jawatan Pengarah Urusan MHB kini disandang oleh Tan Sri Bashir Ahmad. Kontraknya dikatakan berakhir pertengahan 2012.
Thursday, August 18, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment