Tuesday, August 2, 2011

ORANG INDIA BUKAN BODOH

Oleh Ibrahim Yahaya

Seorang penulis di web portal, Malaysiakini menyatakan bahawa orang India tidak akan lagi diperbodohkan oleh BN pada pilihan raya umum akan datang. Apa yang ditulis tidak penting kerana sebagai individu, beliau pasti tahu apa tujuan penulisannya. Namun yang penting ialah pengundi India pasti bijak dalam memilih calon BN pada masa akan datang kerana pelbagai usaha dibuat oleh kerajaan sekarang bagi membantu mereka.

Melihat kesungguhan PM untuk membantu masyarakat India termasuk mengarahkan Sime Darby, konglomerat perladangan untuk membantu pekerjanya yang terdiri daripada kaum India, memperlihatkan bahawa kerajaan ikhlas membantu golongan yang memerlukan. Tanpa mengira kaum, PM mahu segala bantuan ini diberikan kepada rakyat yang memerlukan dan sudah tentu ini merisaukan pembangkang terutama penulis upahan mereka. Cara terbaik mereka ialah menceritakan perkara yang tidak benar atau separuh benar.

Maka dibuatlah pelbagai tulisan yang menunjukkan bahawa masyarakat India tidak mahu tertipu lagi dengan BN sedangkan mereka sendiri tahu bahawa dalam Pilihan Kecil yang diadakan sebelum ini, pengundi India sudah mula balik ke BN. Mereka perlu melihat angka-angka ini sebelum menulis artikel yang seolah-olah dilihat mahu menegakkan benang yang basah. Ataupun mereka ini sebenarnya dalam keadaan bersikap 'denial' dengan kesungguhan masyarakat India untuk beralih kepada BN pada masa akan datang. Ini kerana pelbagai perkara yang terjadi dalam negeri di perintah oleh dap dan sekutunya.

Apa yang terjadi di Pulau Pinang memaparkan bagaimana masyarakat India dan Melayu ditipu oleh pemimpin anak beranak di negeri itu yang tanpa segan silu membuat sesuatu yang bercanggah dengan apa yang mereka selalu katakan. Kerajaan negeri itu membuat sesuka hati dengan pengendalian tanah menyebabkan ramai penduduk yang marah dengan tindakan dap itu. Kini parti dua beranak itu menyusun strategi untuk memecah-belahkan orang Melayu dan mencari penyokong kuat mereka untuk menghancurkan kumpulan yang lain. Kini mereka bercadang untuk mencari lebih ramai calaon Melayu untuk diketengahkan sebagai calon dalam PRU13 bagi mencapai cita-cita pemimpin dua beranak itu. Kaedah ingin ditiru seperti dilaksanakan di negara jiran.

bersambung....

No comments: