Oleh Ibrahim Yahaya
Bagus juga mendengar Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, memperakukan kepentingan media sosial dan akan memperkukuhkan jenteranya bagi memenangi peperangan minda pada masa akan datang. Ia masih belum terlambat. Perlu disegerakan.
Peperangan menawan hati pengundi pada masa akan datang lebih kepada peperangan minda. Oleh itu, mereka yang ingin berperang perlu memilih senjata terbaik untuk menang dalam peperangan itu dan bukannya tersalah pilih. Selain PRU ia juga penting untuk memastikan rakyat mendapat maklumat yang benar dan tepat.
Walaupun, penggunaan media sosial ini sudah bermula awal 1990an tetapi kesannya tidak begitu nampak sehinggalah pada PRU pada 2004 dan 2008 di mana pembangkang menggunakan sepenuhnya termasuk menyalin apa yang dipaparkan dalam media sosial untuk membolehkan masyarakat di luar bandar membacanya. Tukang bawa bahan cetakan itu ialah anak-anak yang bekerja di bandar selain cetakan khas yang disebarkan.
Peperangan minda yang dibuat oleh media sosial sekarang termasuk blog dan web portal ada antaranya tidak etika kerana membuat berita separuh benar atau memutarbelitkan sesuatu maklumat sehingga mengelirukan pembaca. Akhirnya rakyat terpengaruh. ini amat bahaya.
Oleh itu, usaha segera untuk memperbetulkannya perlu dilaksanakan oleh mereka yang terbabit. Namun, tindakan memperbetulkan keadaan ini lebih dilihat sebagai 'ahli bomba' yang sentiasa berusaha memadam api yang dibakar di sana sini. Tugas sebagai ahli bomba itu perlu berakhir apatah lagi ia membabitkan pembohongan.
Web portal yang propembangkang dan sering 'menyerang' kerajaaan seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider kini dijadikan rujukan oleh sesetengah pihak walaupun segala butir yang dilaporkan masih belum tahu kesahihannya. Oleh itu, tidak hairanlah tindakan kedua-dua web portal ini memudahkan urusan serangan pembangkang terhadap kerajaan.
Apabila dibuktikan laporan itu bohong atau tidak benar, maka pembangkang pun menyatakan bukan mereka yang cakap tetapi disiarkan oleh Malaysiakini atau Malaysian Insider. Cuci tangan beb.
Yang mendapat bahananya ialah mereka yang diserang termasuklah pemimpin kerajaan dan agensi kerajaan dengan pelbagai isu yang dipaparkan seolah-olah betul tetapi sebenarnya penuh dengan pembohongan.
Persoalannya timbul mengapa badan seperti Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) tidak mengambil tindakan kerana ia membabitkan alam siber? Sudah tentu SKMM mempunyai jawapannya tersendiri dan ramai pihak yang sudah faham kekangannya.
Bagi kesalahan di alam siber bukan menjadi tanggungjawab SKMM saja kerana ia membabitkan pihak lain seperti Siber Security dan juga Kementerian Dalam Negeri. Jika tulisan di media sosial berbentuk seditious, maka pihak polis perlu menyiasat dan mengambil tindakan yang perlu. Begitu juga jika ia membabitkan orang perseorangan, maka individu itu boleh mengambil tindakan undang-undang segera.
Oleh itu, langkah UMNO untuk memperkemaskan jentera media sosialnya dengan memperhebatkan tulisan atau jawapan amat dialu-alukan bagi memastikan rakyat di bawah tidak keliru dengan sebarang pembohongan dan fitnah. Usaha ini perlu berterusan dan mendapat maklumat daripada pihak yang terbabit. Maklumat yang disampaikan harus mudah difahami oleh rakyat. Jangan berbelit-belit.
Web portal untuk menjelaskan perkara ini juga perlu diperbanyakkan untuk menyaingi Malaysiakini dan Malaysian Insider agar segala tuduhan atau dakwaan dapat dijawab dengan cepat.
Dengar khabar satu web portal yang diusahakan oleh wartawan-wartawan ternama akan beroperasi tidak lama lagi yang dikenali sebagai The MOLE. Ia untuk menyiarkan berita sah dan benar mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan selain menangkis fitnah dan tohmahan pembangkang. Web portal yang akan dirancang pelancaran peringkat awalan pada 16 September, sempena Hari Malaysia ini diterajui oleh Rocky Bru dan dibantu oleh Shamsul Akmar dan Firdaus Abdullah. Selamat berjaya. Kita menunggu.
Wednesday, August 17, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Kalau di Singapura , dah lama portal seperti Malaysia kini dan Malaysian Insider berkubur ..
Aku tak tahulah apa yang difikirkan oleh pemimpin pemimpin Malaysia terutama Melayu ...
Aku memang tidak pernah menyokong DAP tetapi aku dapat keberanian dan ketegasan mereka baik dalam mengambil tindakan dan menganiaya rakyat sendiri, contohnya kes Kg Buah Pala , Restoran Do Re Mi, kes tarhim , kes bazar, melalaklah korang , DAP tetap dengan cara mereka
Apakah pemimpin UMNO ada "GUTS" yang sebegitu ?
Kita faham lah nak jaga hati pengundi, soalnya sampai bila, adakah perbuatan menjaga hati itu akan dibalas ???
Aku yang rindukan kepimpinan Tun Mahathir ...
"Dengar khabar satu web portal yang diusahakan oleh wartawan-wartawan ternama akan beroperasi tidak lama lagi yang dikenali sebagai The MOLE. Ia untuk menyiarkan berita sah dan benar mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan selain menangkis fitnah dan tohmahan pembangkang."
Bagaimana caranya The MOLE hendak dibuktikan kesahihan berita yang sedia ada untuk menangkis fitnah.. jika ada minda yang tertutup dan pekat likat dengan kebencian...
~ OnDaStreet
Post a Comment