Tuesday, August 9, 2011

HASSAN ALI DAN PAS

Oleh Ibrahim Yahaya

Jika Datuk Dr Hassan Ali dipecat dari PAS kerana mempertahankan tindakan JAIS baru-baru ini, parti yang sudah menukarkan matlamat perjuangan daripada mahu mendirikan negara Islam kepada negara kebajikan, akan musnah dan berkubur.

Jika dulu ramai ahli PAS boleh menerima pertukaran matlamat perjuangan parti itu kepada negara kebajikan kerana memahami bahawa untuk memerintah, mereka perlu bekerjasama dengan PKR dan dap, tetapi kini mereka pasti tidak akan mahu menerima penjelasan pemimpin PAS yang dilihat berdolak-dalik demi untuk menang pilihan raya.

Jika Dr Hassan dipecat, maka ini memperlihatkan PAS rela menggembirakan hati kawan-kawan dalam parti politik daripada memikirkan seorang pemimpinnya yang sanggup berjuang bermati-matian demi Islam. Pemecatan Dr Hassan mungkin dilihat sebagai jalan tengah untuk menyelesaikan isu serbuan terhadap gereja tetapi mereka lupa isu yang sebenarnya ialah tindakan untuk memurtadkan umat Islam.

Dr Hassan sejak awal lagi mempertahankan tindakan Jais dengan menyatakan mereka mempunyai bukti bahawa ada usaha untuk menarik umat Islam untuk bertukar menganut Kristian. Malah soal selidik yang dibuang dalam tong sampah oleh pengurusan gereja memaparkan bagaimana mereka mengemukakan soalan-soalan untuk memesong akidah orang Islam. Jika tiada sebarang yang rahsia mengapa perlu dibuang dalam tong sampah? Pasti mereka akan mereka-reka jawapan mengapa borang itu dibuang.

Sudah tentulah pengikut PAS yang selama ini menyangka bahawa parti itu benar-benar memperjuangkan Islam akan kecewa dan berpatah arang kerana pemimpin mereka lebih mementingkan untuk menang pilihan raya daripada menegakkan perjuangan Islam. Adakah mereka rela umat Islam masuk agama lain setakat ini kerana jumlahnya kecil dan berbaik-baik dengan kawan-kawan dalam dap dan pkr demi untuk memenuhi cita-cita menjadi Menteri Kabinet selepas PRU 13 akan datang? Atau ada yang sudah pasang badan untuk menjadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri? Nauzubillah.

Lebih mengecewakan lagi apabila pemimpin PAS banyak mendengar arahan pemimpin dap seperti Teresa Kok dan Ronnie Liu di Selangor yang terang-terang membuat pelbagai perkara yang menjelekkan dan menyakitkan hati umat Islam seperti pengumuman ladang babi moden terbesar di Selangor. Selain itu, isu penjualan arak di kedai runcit yang diperjuangkan oleh Dr Hassan juga dilihat sebagai kompromi entah apa-apa antara pemimpin PAS dan dap. Yang memilukan ialah apa yang berlaku di Kedah di mana kerajaan negeri menarik balik larangan supaya tiada kegiatan hiburan di negeri itu, semata-mata mendengar bantahan rakan dap yang teramatlah marah.

Pengikut PAS ini sudah pasti mendesak Dr Hassan menubuhkan satu parti baru yang memperjuangkan Islam dan mereka beramai-ramai berhijrah ke parti yang mahu mengikut matlamat asal perjuangan PAS. JIka tidak, mereka mungkin ada pilihan lain untuk menyertai UMNO, parti yang umum tahu sudah memperjuangkan Islam sejak dulu lagi.

Baca bantahan PEMBELA mengenai isu gereja.

No comments: