Oleh Ibrahim Yahaya
Jumlah kakitangan kerajaan sekarang ialah lebih 1.4 juta orang. Ini yang terbaru seperti yang disebutkan oleh seorang Timbalan Menteri semalam. Jumlah ini ramai dan mereka memberi sumbangan yang baik selaras dengan perkembangan semasa - rakyat didahulukan. Yang malas akan dipantau dan diperhatikan. Menerusi Biro Pengaduan Awam (BPA)dan ruang-ruang terbuka sekarang termasuk boleh menghantar e-mail terus kepada KSN, semua orang boleh menyuarakan masalah mengenai kakitangan awam.
Tidak hairanlah kerajaan baru-baru ini memberi bonus separuh bulan kepada mereka mengenangkan jasa perkhidmatan yang diberikan. Malah CUEPACS minta setengah bulan lagi selepas raya. Itu kena serahkan kepada PM dan Kabinet untuk menentukannya.
Sebagai kakitangan kerajaan mereka perlu menyimpan rahsia dan menyokong kerajaan sepanjang masa. Jika ada masalah, sudah tentulah mereka mempunyai forum tertentu atau organisasi seperti Cuepacs atau kesatuan sekerja lain. Malah di peringkat jabatan, mereka mempunyai forum untuk berbincang di antara petugas dan pengurusan. Ini mampu memperbaiki perkhidmatan dan segala macam masalah. Yang penting semua ikhlas dalam memperbaiki perjalanan kerja dan kemudahan yang diperlukan. Ketika di RTM, banyak perkara yang dapat diselesaikan menerusi pertemuan pengurusan dan kakitangan.
Setelah mereka bersara, sudah tentulah mereka bebas untuk bersuara dalam lingkungan undang-undang tanpa menjatuhkan air muka seseorang atau pihak tertentu. Pesara kerajaan juga bertanggungjawab untuk menjaga rahsia dan sentiasa bertanggungjawab apa yang mereka lakukan selama ini sebagai kakitangan kerajaan. Dalam ertikata lain, jika mereka tidak bersetuju perkara ini boleh dibincangkan bersama ketua pentadbiran atau jabatan. Jika itu pun tidak sesuai dengan mereka, boleh membuat pilihan untuk berhenti kerja atau berhijrah ke swasta. Ini satu tindakan yang bijak dan berani.
Walaupun kakitangan kerajaan majoritinya terdiri daripada bangsa Melayu, namun dua kaum utama lain juga ada menyertainya dan mereka juga diberikan kesempatan memegang jawatan tinggi. Ada yang menjadi ketua setiausaha dan memegang jawatan tinggi dalam pasukan berpakaian seragam seperti polis. Sebagai kakitangan kerajaan tidak kira kaum dan bangsa, mereka perlu menyokong segala tindakan kerajaan atau pun sebagai pembuat dasar, buatlah dasar yang terbaik untuk rakyat. Yang penting mereka perlu memahami apakah dasar yang dilaksanakan itu benar-benar membantu golongan yang memerlukan.
Sebagai pembuat dasar, mereka perlu memahami apa yang ingin dilakukan oleh kerajaan iaitu mengutamakan rakyat terutama Bumiputera seperti dalam Perlembagaan. Antaranya ialah membantu golongan usahawan Bumiputera yang berusaha gigih untuk mengejar rakan mereka. Sebagai contoh Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menitikberatkan usaha membantu golongan Bumiputera agar berjaya dalam bidang perniagaan. Bagaimanapun, dasar itu tidak pernah menidakkan kepentingan orang lain malah banyak kali kerajaan menggalakkan diadakan usahasama antara pelbagai kaum. Malah dasar ini juga dilihat secara tidak langsung menguntungkan usahawan bukan Bumiputera juga. Dasar ini juga tidak menyekat kedatangan pelaburan asing berikutan usaha kerajaan membuat beberapa kelonggaran berhubung FDI ini.
Namun jika bekas pegawai kanan kerajaan mula mengkritik mengenai DEB, sesuatu yang tidak kena kepada kerajaan atau diri beliau sendiri. Dalam ertikata lain jika DEB dilaksanakan tanpa tujuan apa-apa atau pun secara suka-suka untuk membantu orang Melayu, maka ia boleh dianggap sebagai satu kesalahan. Tetapi jika ia bermatlamat untuk membantu orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan, sudah tentu semua pihak perlu memahaminya dan tidak membuat tuduhan bahawa kerajana berat sebelah. Malah lebih malang jika mereka yang pernah terbabit dalam membantu kerajaan membuat dasar berputar 360 darjah menyalahkan dasar itu. Yang terbaru ialah bekas pegawai kerajaan yang bernama Navaratnam yang menyalahkan DEB menyebabkan kurangnya pelaburan asing.
Penulis malas hendak mengulas orang macam ini dan eloklah baca ROCKY untuk mengetahuinya. Orang ini mungkin mengeluarkan kenyataan untuk mempengaruhi kaum yang sama dengannya. Tetapi penulis yakin, orang India kini tidak bodoh dan boleh berfikir dengan baik usaha yang dibuat oleh kerajaan dan tidak terpengaruh dengan kenyataan Navaratnam itu.
Wednesday, August 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment