Ini rahmat bulan Ramadan. Bagi sesetengah orang kenyataan Dr Che Rosli Che Mat seorang ahli Parlimen Pas menyatakan yang benar mengenai Lynas Corp di Gebeng, pasti menimbulkan tanda tanya. Ada yang merasakan Dr Che Rosli akan menyangkal kenyataan itu dan memperbetulkannya nanti. Kita tunggu.
Apapun, kenyataan Dr Che Rosli menyatakan bahawa loji nuklear Lynas Corp itu selamat dan menyelar kenyataan MP PKR Kuantan, Fuziah Salleh yang disifatkan menakut-nakutkan orang ramai adalah langkah berani dan bertanggungjawab.
Sebagai seorang pakar terlatih nuklear, satu tentulah Dr Che Rosli perlu menyuarakan yang benar walaupun terpaksa menyanggah MP dari pakatan politiknya. Sebagai orang Islam sudah tentulah Dr Che Rosli mahu menyatakan kebenaran apatah lagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Bercakap bohong lama-lama mencuri, bercakap benar lama-lama bersinar.
Menurutnya, beliau berdiam diri selama ini kerana ia dibawa oleh rakan politik dalam Pakatan, Fuziah. Tetapi, baginya apa yang dilontarkan oleh Fuziah selama ini perlu diberhentikan. Dalam ertikata lain perlu diperbetulkan. Inilah rahmat Ramadan.
"Saya berdiam diri selama ini tetapi ini tidak adil. Mereka membuat pandangan mengenai isu ini dalam Harakah," katanya. Beliau terpanggil untuk membetulkannya kerana merasa malu dan menyifatkan tuduhan itu tidak betul.
Apapun tahniah Dr Che Rosli.
Semoga terus kekal dengan kenyataan berani itu walaupun pahit atau menerima tekanan pada masa akan datang. Takutlah pada Allah dan bukannya pada manusia.
Thursday, August 25, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalam. Dato, apa yang pasti Dr Che Rosli tu memang wakil rakyat yang berpemikiran yang lebih terbuka berbanding ahli PAS yang lain. namun, dalam PRU13, mungkin senasib dengan Hassan Ali...
Pas boleh balik kampung.
Post a Comment