Thursday, August 11, 2011
KHALID GARU DAHI TAK GATAL
Gambar AgendaDaily ini menggambarkan 1001 cerita mengenai TS Khalid Ibrahim ini. Ini memaksa beliau menggaru dahinya yang tidak gatal atau mengalihkan anak peluh. Diluah mati emak, ditelan mati bapa...begitulah kedudukannya sebagai ahli politik yang mahu menjaga hati kawan-kawan. Apatah lagi renungan Ronnie Liu itu pasti mendebarkan Khalid berhubung sama ada mahu bercakap benar atau tidak mengenai isu serbuan JAIS ke gereja yang menurut Datuk Dr Hassan Ali, ada bukti untuk memesongkan akidah orang Islam. Namun, jika Khalid mengaku sebagai seorang Islam yang memperjuangkan Islam, beliau perlu memikirkan nasib rakyat Islam di Selangor berbanding untuk memikirkan percaturan politik terutama menjelang PRU 13.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kami mendoakan semoga Allah memberikan Taufik dan Hidayah Nya kepada YB Khalid utk terus berkhidmat dgn gigih dan jujur dan diberikan kesihatan yg baik utk mentadbir negeri.... AMIN
Post a Comment