Sunday, August 19, 2007

MELAYU DAPAT PROJEK, CINA DAPAT UNTUNG

Membaca permintaan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting, dalam berita MalaysiaKini agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memberi kontrak kepada usahawan Cina kerana mereka turut membantu kaum lain, membuat saya tersenyum. Hanya tersenyum bukannya ketawa.

Tersenyum kerana kenyataan itu menggambarkan seolah-olah usahawan Cina tidak pernah mendapat peluang daripada GLC. Untuk pengetahuan semua, selama ini jika syarikat Melayu yang mendapat kontrak daripada GLC, mereka akan "menghulurkan" kontrak itu kepada usahawan Cina. Ini kerana ada syarikat Melayu itu hanya berminat untuk membuat keuntungan segera saja ataupun hanya mahu menjadi broker. Percayalah yang banyak mendapat untung ialah usahawan Cina. Ia berlaku sejak dari dulu lagi.

Tidak payahlah buat permintaan seperti itu. Ia semacam menggambarkan bahawa GLC tidak membantu langsung usahawan Cina. Ada, cuma tidak dipaparkan saja. Percaya dan yakinlah, memang ada.

Dalam ucapan di majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA di Kuala Lumpur, hari ini, DS Ong meminta kerajaan memberi kontrak secara tender terbuka supaya orang Cina berpeluang memperolehinya. "Tidak kiralah mana-mana kaum, kerana yang perlu dibantu, kita kena bantu. Orang kata orang Cina kaya, tetapi ramai lagi yang perlu dibantu."

Bagi saya, usahawan Cina tidak memerlukan bantuan kerana mereka adalah golongan yang pandai dan bijak mencari peluang. Bijaksana dan bijaksini. Yakinlah, mereka mampu menghidu keuntungan. Mereka tahu dimana ada projek yang baik. Percaya dan yakinlah. Merekalah sebenarnya yang menjalankan projek-projek yang diberikan oleh GLC kepada syarikat Melayu. Merekalah yang menjadi tauke kepada syarikat Melayu.

Saya mengetahui bahawa sebuah syarikat pengiklanan menghantar pegawai Melayunya untuk mendapat kontrak besar daripada GLC yang kebetulan ketua GLC itu adalah kawan baiknya. Pegawai Melayu itu memainkan peranan penting dan kontrak besar itu diperolehi oleh syarikat pengiklanan berkenaan. Adakalanya nama syarikat itu Melayu tetapi ia dikuasai sepenuhnya oleh usahawan Cina. Percaya dan yakinlah bahawa ini yang berlaku selama ini di Malaysia.

9 comments:

Anonymous said...

Janganlah timbulkan isu isu cara-cara Ali Baba yang biasa digunakan oleh dua pihak bumiputra dan kaum Cina dlm menjalankan kerja kontrak kerajaan. Cara-cara itu memang salah dan tidak patut diamalkan sungguhpun pihak Cina mendapat keuntungan tetapi kehilangan maruah diri sendiri. Pihak bumiputra, tenguklah ke masa hadapan yang lebih jauh sikit. Sanggupkah awak tenguk anak cucu sendiri masih menjalankan perniagaan semacam ini apabila kami tiada lagi...

Anonymous said...

i just could not understand why the malays tend to blame the chinese for the AliBaba system. It is not the Chinese that created this system, on top of that, these projects are given out to the Malay contractors and since they have no desire to take up the project and instead sub it to a chinese, who's fault is it?

The malays only have themselves to blame.

Chicken Feet aka KaKiaYam said...

Thats the problem I find with this blogger. He only sees things in one dimensional. You talk as if you are trying to educate people on this ali baba issue, when the whole world already knows what's happening. The problem is that you see the whole issue as a chinese versus malay issue.

Well, these chinese are just business man. If they can tender these contracts in an honest manner, why not? Instead of blaming the chinese of being screwd and cunning, may as well blame the gov of having these stupid NEP policy. By the way, these non-Bumi companies are doing a good job in these contracts. Even though more than half of the tender amount goes to line the pockets of the GLC bastards, and the Bumi front (and hence the inflated price), they still managed to make profit and do the job too!

You should be glad that there are chinese businessman around, otherwise most of these projects money will go down the drain without anything in return.

It seems to me you are blaming other people strength for your own weakness. Typical fella...

Anonymous said...

Tidak semua Ali Baba business salah. Ada kalanya main contractor mempunyai kepakaran yang terhad dalam sesuatu bidang. Sebab itu mereka out-source kepada pihak yang mempunyai kepakaran.

Yang salah ialah apabila projek diserahkan kepada seorang individu atau ketua cawangan atau ketua bahagian dan mereka ini jual projek kepada orang ketiga. Mereka ini tiada syarikat ataupun kakitangan. Mereka ini hanya mendapat keuntungan atas angin.

Kalau masih kata Ali Baba itu tak betul.... terpulanglah. Itu berdasarkan dari prespektif mana ianya dilihat.

Anonymous said...

a racist posting
dont be too full off yourself malays
malaysia is considered the most racist country in the world.and our people are racists.we practice racial politics and racial segregation.malays detest the chinese and the chinese hold their grudge.the example is right here in this blog

Anonymous said...

Apa gunanya kalau kita semua hidup sebagai katak dibawah tempurung? Berpura-pura di setiap tingkat kehidupan sehingga tahap cara kita cari makan. Percaya dan yakinlah, usahawan Cina makin bekurangan. Kebanyakan orang Malaysia dari kaum Cina hidup sengsara tanpa bantuan dari mana-mana pihak. Buka mata tengok sendiri kederitaan dan keseksaan kebanyakan orang Malaysia yang berkaum Cina.

Anonymous said...

Balas tajuk "Malayu Dapat Projek, Cina dapat Untung". Saya sentuju bahawa selama ini keadaan sedemikian berlaku tetapi ia semakin berkurangan pada zaman sekarang sebab Usahawan Melayu sekarang lebih cerdik and pandai berniaga...Cara Ali Baba mesti dihapuskan bukan saja pasal maruah Melayu tetapi masa depan negara. Bangunan-bangunan kerajaan yang bocor sini and bocor sana telah memalukan negara dan inilah punca dari cara-cara Ali Baba dimana kaum Melayu jual kontrak dengan harga yang agar tinggi kepada kaum Cina and usahawan cina terpaksa menggunakan bahan-bahan yang quality rendah bagi mengelakkan kerugian maka berlakulah masalah bangunan bocor. Alangkah baiknya jika kontrak kerajaan diberi kepada syarikat yang terdiri daripada Melayu,Cina and India? Saya juga setuju bahawa kebanyakan syarikat nama Melayu dimiliki oleh cina seperti syarikat yang dimiliki seorang ahli politik melayu tetapi share holdernya kebanyakan orang cina....ini merupakan satu budaya yang biasa berlaku keatas ahli politik sekarang...adakah ini dikatakan memalukan maruah??? Di dalam Dunia perniagaan tidak meletakkan maruah sebagai objektifnya tetapi keuntungan perniagaan merupakan sesuatu yang penting seperti syarikat kereta Rolls Royce yang dipunyai kerajaan England masa dulu tetapi ia terpaksa dijual kepada pemilik bukan orang England kerana mengalami kerugian...adakah yang ini dikatakan orang England kehilangan maruah???

PUTRAGABAN said...

Teruk kau kena hentamtokrimau. Tapi tak apa. Orang buat kerja memang selalu kena hentam. Kalau takut kena hentam jangan buat kerja. Orang Melayu takut kena hentam sebab tu tak mau buat kerja. Dapat kontrak bagi orang lain buat. sesetengah pendapat diatas ada benarnya. Maruah kita bukan hanya dimalukan oleh orang bawah, tapi orang atas juga ada tak betulnya.. Kesiannn

Anonymous said...

Tuan hanya betul 10% sahaja.

Why.... itu semua kroni-kroni BN yang dapat projek kerajaan....

Rakyat cina yang lain..... jangan harapkan dapat projek... kalau dapat pun untung mesti tak cukup makan.

Sebab itu lah ramai kontraktor cina dah bankrap sekarang.

Setiap pandangan harus lihat dengan teliti......

Jangan selalu anggap orang cina kaya..... sebenarnya masih ramai yang miskin.

Yg kaya biasa orang yg kaitan dengan BN/MCA/Gerakan.

So... jangan tiupkan angin tak baik.

Harap saudara memikirkan orang cina yang tak kaya.

OK