Friday, June 29, 2007

HANG NADIM MODEN (11)

(Posting Asal - 8.30 pagi- 29.6.2007)


Apakah jawapan pihak berkuasa berhubung permohonan Kleemann Asia Pacific Sdn Bhd (KAP)untuk mendapatkan permit import R & D seperti yang dilaporkan baru-baru ini?

Cubalah anda fikirkan jawapan yang diberikan bagi menidakkan usaha dua anak Melayu untuk membabitkan diri secara aktif dalam industri automotif negara. Tunggu jawapannya.


(Posting kedua - 9.30 pagi - 30.6.2007)

1. KAP gagal dalam permohonan mereka.

2. Alasan yang diberikan pihak bertanggungjawab ialah Kleemann sudah pernah berada di Malaysia dan pihak prinsipal telah membuat R & D di negara prinsipal.

3. Namun pihak berkuasa tidak faham bahawa KAP amat berbeza dengan Kleemann dulu kerana syarikat dulu mereka dilantik sebagai distributor atau pengedar tetapi KAP kini adalah syarikat usahasama hasil perkongsian pintar untuk menjadikan Malaysia sebagai hab dan HQ Kleemann di Asia Pasifik. Sudah tentu ada pemindahan teknologi atau transfer of technology dan ia bukan di Malaysia saja tetapi di seluruh Asia Pasifik.

4. Mengapa tiada pemimpin negara yang nampak perkara ini? Sayang sekali. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Mengapa? Mengapa? Can someone please answer all the questions? Perrrgggghh.

2 comments:

kiff said...

walaupun jawapan belum diperolehi, saya optimis masa depan yang cerah akan ditempuhi oleh dua orang anak muda ini. saya tahu bukan mudah untuk mendapat kepercayaan orang luar untuk membuat usahasama dan usaha ini tidak patut dipersiakan.

Fauziah Ismail said...

Salam Tiger,
I've decided to tag you for a noble effort. Let's make it a reality. Please visit my blog to find out about it.
Thank you.