Wednesday, June 6, 2007

HANG NADIM MODEN (1)


(Azad (duduk) dan Khairul (berdiri kanan))

Perhatikan perkembangan ini di Malaysia hasil kecemerlangan dua anak muda Melayu yang mendapat kepercayaan dan keyakinan syarikat automotif antarabangsa.

1. Pertama kali dalam sejarah automotif negara syarikat tempatan diberi kepercayaan untuk menjalinkan usahasama dengan syarikat pengeluar kenderaaan mewah berstatus premium. Kleemann Asia Pacific Sdn Bhd (KAP) adalah syarikat usahasama melalui perkongsian pintar antara syarikat pengeluar jenama Kleemann dari Denmark dan syarikat tempatan. KAP menjadi syarikat tempatan pertama dan tunggal menjalinkan kerjasama dengan syarikat automotif luar yang membabitkan kenderaan berstatus premium serta menjadikan Malaysia sebagai hab untuk pasaran Asia Pasifik.

2. Pertama dalam sejarah automotif negara ini, syarikat tempatan diberi kepercayaan untuk memasang kenderaan berjenama Kleemann di Malaysia bagi pasaran tempatan dan Asia Pasifik yang akan diusahakan di Pantai Timur. InsyaAllah.

Saya berharap rakyat Malaysia berdoa agar usaha ini akan menjadi kenyataan tanpa sebarang gangguan atau halangan daripada pihak tertentu. Ini sejajar dengan nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar bangsa Melayu memiliki Towering Personality, di mana mereka duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain. Ini menepati saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak agar Melayu menjadi Glokal, hebat di peringkat antarabangsa tetapi bertunjangkan kebangsaan.

2 comments:

Anonymous said...

Apa yang berlaku kepada Azad dan Khairul adalah fenomena dan budaya yang sentiasa berlaku dalam suasana bisnes dan politik Malaysia yang kita cintai ini. Inilah yang terjadi bila bisnes dicampuradukkan dengan pengaruh politik. Ayat yang selalu didengar dari mereka ialah "what is it there for me?" Tiada yang benar-benar jujur dan ikhlas. Masih adakah orang dalam politik di Malaysia ini yang ikhlas ??

ibrahim yahaya said...

Sdr yang dimuliakan,

Itulah harapan saya agar ada ahli politik yang mempraktik apa yang disuarakan. Jangan cakap lain, buat lain. Tolonglah bantu ramai Hang Nadim Moden di negara ini yang ada antaranya terbantut akibat sikap tamak dan rakus sesetengah pihak. Biarlah orang lain juga berjaya dan jangan hanya mementingkan keluarga sendiri. Jika keluarga kita sudah gagal berilah peluang kepada usahawan Malaysia lain terutamanya Melayu yang berkemampuan. Tolonglah.