Monday, June 18, 2007
HANG NADIM MODEN (7)
(MERCEDES BENZ KLEEMANN)
HARI INI ADALAH HARI PENENTU KEPADA NASIB HANG NADIM.
INI KERANA PADA HARI INILAH JAWATANKUASA DASAR AUTOMOTIF NASIONAL AKAN BERMESYUARAT UNTUK MEMPERTIMBANGKAN PERMOHONAN LESEN IMPORT R & D (R&D AP) DARIPADA KLEEMANN ASIA PASIFIK SDN BHD (KAP).
R&D AP INI PENTING UNTUK MEMBOLEHKAN KAP YANG DITERAJUI OLEH AZAD DAN KHAIRUL MEMBAWA MASUK KERETA MERCEDES BENZ YANG SUDAH DIBELI DARIPADA KLEEMANN DENMARK UNTUK DIPAMERKAN DI NEGARA INI.
IA JUGA LANGKAH PERMULAAN UNTUK MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI IBU PEJABAT DAN HAB KLEEMANN DI RANTAU ASIA PASIFIK.
JIKA MEREKA MENDAPAT KELULUSAN, MAKA BERMULALAH PERJALANAN PERNIAGAAN KAP YANG SERBA MENCABAR SEJAK FEBRUARI LALU UNTUK MEMBUKTIKAN USAHAWAN MALAYSIA KHASNYA MELAYU MAMPU BERSAING DAN BERJAYA DALAM PEMASARAN KOMPONEN UNTUK KERETA BERSTATUS PREMIUM.
MARILAH KITA BERDOA AGAR NASIB AZAD DAN KHAIRUL, YANG MENCARI REZEKI DI BUMI SENDIRI, AKAN TERBELA OLEH PEMIMPIN NEGARA YANG SENTIASA MEMIKIRKAN UNTUK MEMBANTU USAHAWAN MALAYSIA TERUTAMANYA MELAYU SEJAK MERDEKA LAGI.
INILAH HADIAH TERBAIK UNTUK HANG NADIM SEMPENA MENYAMBUT 50 TAHUN KEMERDEKAAN.
APATAH LAGI, USAHA DUA ANAK MUDA INI, YANG TIDAK SERIK MENGHADAPI ONAK DAN DURI, MAMPU MEMBUKTIKAN HASRAT PERDANA MENTERI, DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI AGAR MELAYU MEMPUNYAI TOWERING PERSONALITY DAN TIMBALANNYA, DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK AGAR MELAYU MENJADI GLOKAL, AKAN TERCAPAI. INSYAALLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamualaikum,
Semoga pemimpin kerajaan menyokong apa yang mereka laung-laungkan agar orang melayu menjadi usahawan bumiputra GLOKAL yang mempunyai 'towering personality'. Kedua-dua anak melayu ini telah membuktikan keupayaan mereka menyahut cabaran pemimpin PM & TPM kita. Kini semuanya ditangan pemimpin kerajaan. Jangan sampai pemimpin kita di label "Indah Khabar Dari Rupa", "Cakap Tak Serupa Bikin". Kehadiran KAP akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan disamping memberi persaingan positif kepada industri permotoran di malaysia.
Post a Comment