Saturday, June 16, 2007

PROJEK LOCKER PELAJAR (1)


(Sekolah Kebangsaan Sri Petaling, Petaling Jaya)

Sekolah ini amat istimewa kepada saya. Bukan kerana bersekolah di sini tetapi tiga anak saya memulakan pendidikan rendah mereka di Sekolah Kebangsaan Sri Petaling. Sehingga ini, tiada sumbangan besar yang saya berikan kepada SSP. Hanyalah sumbangan kecil untuk penganjuran sukan sekolah atau sumbangan lain yang diminta oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.

Oleh itu, saya berfikir untuk memulakan satu projek berfaedah untuk SSP. Buat masa ini, saya terfikir untuk melancarkan Projek Locker Pelajar (PLP). Itupun jika ada sokongan pengurusan dan PIBG sekolah serta ibu bapa pelajar. Mungkin juga diperlukan penaja yang budiman. Kalau dah ada dalam perancangan, baguslah. Masa akan datang, mungkin ada cadangan lain yang lebih bernas lagi untuk SSP. Saya yakin, PLP boleh berjaya kerana guru besar SSP sungguh dinamik. Lihatlah bagaimana tempat menunggu berbumbung SSP sekarang memberi keselesaan kepada pelajar dan ibu bapa. Melindungi pelajar daripada panas dan hujan. Pengurusan yang cukup dinamik dan berpandangan jauh.

PLP ini timbul apabila melihat anak saya yang akan berdiri tegak setelah memikul beg sekolah yang penuh dengan buku teks dan latihan. Macam robot. Adakalanya tidak boleh berpusing. Berat ke? Soalan simpati. Sudah tentulah daddy. Mengapa beg berat? Banyak buku yang perlu dibawa.

Yang berbadan besar sudah tentulah tiada masalah. Bagaimana pula dengan pelajar berbadan kecil seperti Iyra (sebutan Aira). Sungguh kesihan. Janganlah merosakkan tulang belakang. Pasti menyakitkan.

Pembinaan almari atau locker seperti di sekolah-sekolah negara maju sudah tentu meringankan "beban" yang dibawa oleh pelajar. Mereka boleh menyimpan buku-buku di locker mereka sendiri. Hanya buku yang diperlukan untuk membuat kerja rumah dibawa balik ke rumah. Yang lain, boleh ditinggalkan atau "ditukar" mengikut jadual kelas mereka. Ada pendapat yang menyatakan locker di sekolah juga adalah tempat simpanan peribadi pelajar selain di bilik mereka di rumah.

Jika sekolah di negara-negara maju boleh menyediakannya, mengapa di Malaysia tidak boleh dilaksanakan. Mungkin ada sekolah di negara ini sudah mempunyai locker pelajar tetapi tidakkah ia boleh diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara. Ada duit ke? Bagaimana pandangan dan pendapat YB Menteri Pelajaran?

4 comments:

Anonymous said...

Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi kini sedang mengimplimentasikan Projek Locker Pelajar.

Diuruskan oleh PIBG. Ibubapa dikenakan bayaran RM40 untuk setiap anak yang belajar di situ pada tahun ini, dan diminta mengganggapkan RM40 itu sebagai wakaf, kerana locker itu akan menetap di sekolah itu, sampai bila-bila. Tiada bayaran lagi sampai bila-bila.

Buat masa ini, banyak bilik darjah yang sudah pun siap dipasang locker itu oleh kontraktor.

Dipastikan locker untuk Tahun 1 dan Tahun 2 adalah rendah-rendah sahaja.

Memang ada yang merungut apabila terpaksa mengwakafkan RM40 untuk setiap anak yang bersekolah di situ. Apatah lagi kalau anak itu di Tahun 6. RM40 untuk guna setahun sahaja. Yang anaknya di Tahun 1, insyaAllah, RM40 boleh digunapakai selama 6 tahun.

Namun ada seorang ibu tempoh hari yang datang dan mengwakafkan RM1,000 untuk projek locker ini. Anaknya seorang sahaja yang menuntut di sekolah itu.

ibrahim yahaya said...

Sdr Gurindam Jiwa,

Saya yakin dan percaya projek yang baik seperti ini sudah pasti ada sekolah di negara ini yang melaksanakannya demi masa depan pelajar.

Mungkin saya boleh mengambil pendekatan yang diambil oleh sekolah Sdr untuk SSP.

CheAyu said...

Sokong.

Diharap setiap sekolah akan adakan loker untuk setiap murid. Saya kesian tengok anak2 ke sekolah mengheret beg yang berat2.

Siapa yang perlu dipersalahkan bila statistik masa depan menunjukan ramai remaja Malaysia kena osteoporosis, sakit pinggang, sakit tulang belakang, dan lain-lain sakit tulang dek sebab beg sekolah berat?

Ibubapa dan pihak sekolah kena perihatin dan buat sesuatu sekarang!

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dgn projek ini.Wajar dilaksanakan di semua sekolah.Jika semua sekolah bergabung,maka harga yang lebih murah dapat diberikan oleh kontraktor;cuma janganlah ada 'perbalahan' oleh para kontraktor untuk melobi bagi mendapatkan kontrak untuk 'supply' locker tersebut.Mungkin pihak sekolah boleh memberi tawaran/ peluang kepada ibu bapa yang bekerja sbg kontraktor & mempunyai anak belajar disekolah tersebut untuk membuat sumbangan atau membuat pada harga yang rendah.Wassalam.