Tuesday, May 25, 2010

BAPA BOREK ANAK RINTIK

Posting Kedua - 8.30 malam

Tuduhan anak Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu, S.Vell Paari, yang mendakwa Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC, sebagai sesuatu yang biadab.

Timbalan Presiden Umno , Tan Seri Muhyiddin Yasin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu, meminta Vell Paari supaya tidak membuat tuduhan melulu terutamanya terhadap kepimpinan Umno.

Tan Sri Muhyiddin meminta Datuk Seri Samy menasihatkan anaknya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan sensitiviti parti-parti komponen BN yang lain.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN menghadiri majlis ramah mesra dengan guru-guru daerah Muar dan Ledang di Kompleks Sukan Pagoh, Johor .

Menurut Tan Sri Muhyiddin, beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan kenyataan yang mahu melihat kemelut dalaman MIC itu diselesaikan dengan secepat mungkin.

Bagaimanapun, katanya, sebarang penyelesaian terhadap permasalahan yang berlaku dalam parti itu mestilah berdasarkan kepada dasar keadilan dan ketelusan. - Berita Nasional jam 8 RTM.

Posting Asal - 10.58 pagi

(Gambar/grafik AgendaDaily)

KUALA LUMPUR 24 Mei - S. Vell Paari yang merupakan anak Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menuduh UMNO menggunakan 'pembunuhan politik' (political assassin) untuk memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Sambil merujuk kepada desas-desus mengenai kewujudan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) mendapat restu daripada pemimpin tertinggi UMNO, Vell Paari yang juga Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC menyelar UMNO kerana memulakan satu tindakan yang berbahaya.

''Adalah sesuatu yang berbahaya jika 'orang luar' terlibat (dalam urusan parti komponen). Lupakan dahulu bahawa bapa saya adalah Presiden MIC dan lihat isu ini dari perspektif demokrasi. Beliau dipilih oleh ketua-ketua bahagian.

''Jadi, apabila ada pemimpin yang tidak setuju dengan kuasa yang diberikan itu, adakah mereka menggunakan 'pembunuh politik' untuk menjatuhkan beliau?

''Apabila anda tidak gembira (dengan keadaan itu) anda gunakan orang dalam parti untuk melakukan perkara itu. Ia melemahkan asas demokrasi dan semangat BN serta keputusan ahli-ahli parti berhubung pemimpin yang mereka pilih,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today di sini hari ini.

Pada minggu lepas, bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan menubuhkan GAS yang akan dilancarkan pada 30 Mei ini selepas dipecat daripada parti berikutan desakannya supaya Samy Vellu segera berundur.

Pelancaran GAS dijangka dihadiri kira-kira 7,000 orang yang mempunyai hasrat sama mendesak Presiden MIC itu segera meletak jawatan.

Vell Paari turut mempersoalkan adakah benar tindakan masyarakat Cina dan India tidak memilih BN dalam pilihan raya umum lalu disebabkan kepimpinan MIC dan MCA.

''Ia tiada kena-mengena dengan soal kepimpinan dua parti ini (MIC dan MCA). Ketidaksamarataan yang berlaku hari ini merupakan penyebab kepada perkara itu,'' katanya.

Dengan menggunakan metafora BN sebagai sebuah bas, Vell Paari berkata, parti-parti komponen hanya penumpang dalam bas yang dipandu oleh UMNO itu.

''Parti-parti komponen hanya penumpang. Bas itu dipandu oleh UMNO,'' katanya yang membayangkan tindak-tanduk dan polisi UMNO menjadi punca masalah berkenaan.

Beliau turut mendakwa antara sebab utama BN kehilangan undi kaum India pada pilihan raya umum lepas adalah berikutan tindakan meruntuh kuil, isu menarik kembali lesen pengedar besi buruk dan penahanan pemimpin Hindraf.

Menurutnya, semua perkara itu bukan dilakukan oleh bapanya, namun Presiden MIC tersebut dipersalahkan atas kehilangan sokongan kaum India untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar.

Beliau menyeru semua ahli MIC dan masyarakat India supaya 'membuka mata' mereka terhadap perkara berkenaan kerana jika dibiarkan pada masa hadapan pemimpin parti-parti komponen akan menjadi 'kad menu' UMNO yang akan menentukan siapa yang patut menjadi presiden, timbalan presiden dan sebagainya.

Dalam pada itu beliau memberitahu, Timbalan Presiden, G. Palanivel akan mengambil alih jawatan presiden daripada Samy Vellu apabila bapanya meletak jawatan nanti. - UTUSAN.

(Renungan Rimau : Jangan salah faham dengan tajuk. Apa yang saya maksudkan bahawa jika bapa seorang ahli politik, kini anaknya pun hendak menjadi ahli politik sehebat bapanya. Tetapi hendak menjadi ahli politik kenalah berhati-hati dan jangan cakap sembarangan. Jangan tuduh menuduh. Tidak baik. Takut-takut ada orang kecil hati. Ada pula yang tersinggung nanti. Hati mau baik beb.)

3 comments:

Hang Sebat said...

Samy Vellu dan kuncu kuncunya lah yang sebenarnya liability kepada kaum India di Malaysia. Kalau tidak masakan begitu banyak parti serpihan kaum India di Malaysia? Mereka semuanya tidak berpuas hati dengan Samy Vellu yang bertindak selaku gangster dalam partinya dan cuba bertindak macam gangster dengan Barisan Nasional. Orang macam ini tiada tempat dalam masyarakat Malaysia yang cintakan aman damai.

Anonymous said...

DIY,
Bila Melayu berpecah dan lemah, budak hingusan India pun berani bersuara. BN patut lucut MIC daripada komponen kerana parti itu tidal relevan lagi. PPP juga patut diusir banyak masalah dan menjauhkan imej BN saja.
Orang Cina dah pun mula tinggalkan BN, orang India juga begitu.
UMNO mesti berani dan bertindak secara drastik jika mahu Melayu menyokongnya kembali.
PU lepas tidak satu pun kerusi majoriti Cina di Semenanjung Malaysia tidak memberi sokongn kepada BN bagi juga kaum India. MP-MP MCA, Gerakan dan MIC dipilih oleh orang Melayu. So UMNO patut bertanding semua kerusi majoriti Melayu bagi kerusi Parlimen dan DUN pada PU 13 nanti,

jebat said...
This comment has been removed by a blog administrator.