Friday, July 8, 2011

CADANGAN UTAMAKAN NEGARA

Oleh Ibrahim Yahaya

Mengapa PM, DS Najib Tun Razak tidak mahu penganjur BERSIH mengadakan perarakan di jalan raya sebaliknya mencadangkan membuatnya di stadium? Sudah tentulah kita boleh menyenaraikan 1001 faktor yang menyokong kenyataan PM itu terutama dari segi kesan yang tidak baik kepada negara.

Antaranya ialah boleh menimbulkan pelbagai masalah kepada rakyat terutama kepada pengguna jalan raya dan peniaga di jalan yang dilalui. Apabila jalan itu dipenuhi oleh orang ramai sudah tentulah kenderaan tidak boleh bergerak kerana pemandu akan berhati-hati tidak melanggar peserta perarakan. Jika perlanggaran berlaku sudah tentulah pergaduhan akan tercetus dan ketika itu ada yang berfikir cedera di balas cedera atau maut di balas maut. Ini kerana tabii manusia apabila ramai, mereka akan berani dan sudah pasti mahu membalas dendam terhadap mereka yang membuat sesuatu kepada rakan, tidak kira di pihak benar atau bersalah.

Bagi peniaga pula, sudah tentu mereka takut untuk membuka kedai kerana bimbang sesuatu yang akan berlaku terhadap diri dan kedai mereka. Ini akan merugikan peniaga berkenaan yang mengharapkan Sabtu sebagai hari untuk mendapat keuntungan yang lebih. Jika perarakan tidak terkawal, bukan saja keuntungan tidak diperolehi malah kedai mereka juga akan menjadi sasaran. Bayangkan seorang peniaga tiba-tiba marah dengan gelagat peserta perarakan yang menjejaskan perniagaan mereka. Sudah tentu mereka yang berarak akan bertindak balas terhadap peniaga berkenaan. Ini seperti juga kejadian melanggar peserta tadi di mana emosi akan menjadi pendorong kepada peserta perarakan untuk melakukan perkara yang tidak diingini.

Bagaimanapun, jika ia diadakan di stadium, sudah tentu tidak membabitkan orang lain melainkan mereka yang hadir. Ketika itu, mereka boleh melolong atau melalak mengenai apa saja melainkan perkara yang ditegah dalam undang-undang dan Perlembagaan. Umpamanya seperti menghasut orang lain untuk membenci sesuatu kaum atau agama. Ataupun menghina Raja-Raja Melayu atau mempertikaikan hak keistimewaan sesuatu kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Sudah tentulah keadaan akan terkawal kerana stadium itu 'mereka' punya selepas mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa stadium.

Cuma mereka tidaklah boleh berarak di jalan raya menuju ke stadium yang sudah tentu boleh menimbulkan masalah. Untuk itu, buat perangai seperti kita hendak menonton bola dengan menaiki kereta masing-masing atau bas ke stadium. Selepas meletakkan kereta atau bas di tempat yang disediakan, masuklah ke dalam stadium untuk menjerit atau melolong mengikut rasa hati. Ketika itu, orang lain boleh melakukan apa saja yang mereka hendak buat termasuk berniaga dan berehat.

Namun, bagi penganjur Bersih, mereka tidak putus-putus asa mencari jalan untuk memastikan pendekatan perarakan itu boleh dilaksanakan walaupun hanya dalam tempoh yang pendek saja. Apabila mereka mahukan Stadium Merdeka, semua orang tahu bahawa inilah kesempatan untuk berarak dari setiap penjuru di bandaraya sebelum bertemu di Stadium Merdeka. Ini adalah pendekatan untuk menyatakan bahawa jika stadium dibenarkan maka mereka sanggup menerima pelawaan itu tetapi pilihannya ialah Stadium Merdeka.

Untuk ini, penganjur perlu fikirkan semula apa yang disebutkan oleh PM yang hanya sekadar membuat perbandingan kebaikan berada di stadium daripada berarak di jalan raya. Jangan pula mahu memutarkan belitkan bahawa PM tidak menunaikan janji untuk membenarkan mereka bersorak di stadium sedangkan sebelum ini bersetuju. Apa yang PM sebutkan itu hanyalah sebagai perbandingan dan terpulangkan kepada mereka untuk melakukan yang terbaik untuk negara. Jika melakukannya di Stadium Merdeka boleh menimbulkan masalah yang sama seperti mengadakan perarakan, carilah stadium lain yang lebih rasional dan tidak menimbulkan masalah.

Jangan berdolak-dalik dan menggunakan kenyataan PM itu untuk memburukkan keadaan. Untuk itu, penganjur perlulah memikirkan kaedah terbaik agar keadaan huru-hara tidak berlaku di negara ini. Melainkan mereka mempunyai perancangan begitu.

1 comment:

Anonymous said...

Assalammualaikum Datuk TIGER.....

Salam berkuku....ngauman ku simpan....

mcm ni la datuk tiger , semua puak-puak bangsat ni kalau masuk ke ISA jangan kasi keluar lagi la.

Yg mana masih student tu kalau tertangkap pun akan menerima nasib yg sama sekiranya tertangkap menyertai perhimpunan haram. Masa tu mereka akan berkata bahawa kerajaan bertindak kejam, betul? itu lah ungkapan mereka setiap kali apabila kerajaan bertindak secara drastik.

Apalah salahnya jika pemerintah ala Tun Mahathir di jalankan...contohnya siapa yang berbunyi lebih polis collect bawak terus simpan kat ISA. Itu adalah jalan yg terbaik dan langkah perlu kerajaan.

Tetapi malangnya , segalanya telah terlambat, sebb Rakyat semakin bengap dan kuat termakan hasutan DSAI The YAHUDI PEOPLE.

Jadi saranan saya untuk perhimpunan yg akan datang , elok lah kerajaan membendung awal perkara seumpama ini.

Sekian.