Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedia menyiarkan rakaman polis mengenai keganasan yang dilakukan oleh peserta perhimpunan haram pada 9 Julai lepas, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Menurutnya polis tidak seharusnya menyimpan rakaman video yang memaparkan kekasaran yang dilakukan oleh peserta perhimpunan haram itu terlalu lama sehingga menjadi satu "elemen kontra" kepada pasukan itu.
"Pandangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya polis mendedahkan rakaman video mereka mengenai salah laku peserta perhimpunan haram itu perlu disambut baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perkampungan Budaya Orang Asli Kaum Mah Meri Pulau Carey dekat sini Isnin.
Dr Rais berkata Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sanggup menyiarkan rakaman video itu demi kesahihan dan keadilan.
Beliau juga berkata polis tidak semestinya "sentiasa senyum dan gosok belakang orang."
"Kalau polis sudah begitu, orang awam tidak gentar. Kita tidak mahu polis terlalu senyum atau terlalu lembut sampai orang kata bagaimana nak mempertahankan negara," katanya.-18/7/2011 (AgendaDaily).
Tuesday, July 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Seharusnya apa yang PDRM tu hendak Rakyat gentar denganya ataupun hormat dengannya?
Dengan pembunuh, pencuri, perogol, perusoh memang diperlukan mereka gentar tetap dengan rakyat biasa haruslah diambil hati supaya menghormati PDRM dan bersama-sama dapat mempelihara keamanan negara.
Janganlah PDRM jadi macam STASI atau KGB sahingga semua rakyat gentar. Tu bukan peranan PDRM, kan?
Post a Comment