Sunday, July 10, 2011

DS NAJIB KENA BANYAK SABAR

Oleh Ibrahim Yahaya

Hari ini, dalam pertemuan dengan pelbagai NGO, DS Najib Razak meluahkan isi hatinya terhadap penyangak yang menganjurkan perhimpunan semalam. Dalam laporan berita TV3 tengah hari ini memaparkan mengikut DS Najib, jika mengikut hatinya mahu juga mengenakan tindakan ISA terhadap penganjur perhimpunan haram yang degil menyebabkan nama negara tercemar dan menyusahkan rakyat.

Namun, katanya, beliau tidak mahu mengikut emosi sebaliknya mahu ahli UMNO/BN dan NGO bersatu-padu menentang golongan pengacau ini secara berterusan. Satu tanggungjawab besar bagi mereka untuk memastikan semua rakyat bersatu menyokong kerajaan sekarang. Mereka hendaklah memberitahu rakyat kerajaan sejak dari dulu lagi tidak jemu-jemu membantu rakyat di bandar dan kampung. Kerajaan juga sentiasa mendengar keluhan rakyat terutama dalam menghadapi kehidupan harian.

Bagi penulis, pendekatan DS Najib yang sentiasa bersabar dalam menghadapi penyangak ini bukannya memaparkan kerajaan lemah tetapi sesuai dengan Gagasan 1Malaysia iaitu mendahulukan rakyat. Memastikan rakyat sentiasa selamat. Penyangak memang mahu kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka terutama ISA. Ini memberi ruang dan peluang mempolitikkan ISA dan mendapat simpati rakyat. Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai pelbagai kes di mahkamah. Apatah lagi mereka yang tercemar dengan pelbagai kes dan isu peribadi/parti. Sabar adalah satu senjata menyatakan kepada mereka bahawa berhentilah membuat provokasi melampau sehingga menyusahkan rakyat. Bagi mereka, kejayaan pada Bersih 2007 perlu diulang untuk mendapat publisiti dan mengheret rakyat membenci kerajaan.

Pendekatan kerajaan untuk membenarkan PDRM menjalankan tugas mereka mengawal penyangak pehimpunan haram ini memperlihatkan tindakan pencegahan seperti sekatan jalan raya menghindarkan perkara yang lebih buruk berlaku. PDRM juga mengambil tindakan terhadap semua pihak tidak kira pemimpin pembangkang atau parti kerajaan setelah nasihat dan peringatan diberikan.

Hasilnya perhimpunan haram yang diwar-warkan akan menghimpunkan ratusan ribu orang hanya mencatatakan tidak lebih daripada 20 ribu hingga 30 ribu saja. Walaupun bilangannya tidak seramai Bersih pada 2007 tetapi perhimpunan haram itu memberikan kesan ekonomi Dan sosial kepada negara. Kesan pelancongan umpamanya bukan saja membabitkan jumlah pelancong menurun tetapi Akan mengambil masa yang lama untuk membentuk keyakinan pelancong yang mungkin mengambil masa enam bulan.

Dalam pada itu, ada sesetengah pihak yang melabelkan kesabaran itu sebagai kerajaan lemah sehinggakan penyangak menjadi besar kepala. Yang menyedihkan pengikut taksub mereka yang menganggap sesorang pemimpin gagah dan berani. Ada juga menyatakan kelewatan ini menyebabkan ada pihak yang menghina Raja-Raja Melayu. Pasti kerajaan Akan mengambil tindakan terhadap golongan pelampau ini. Golomgan yang beranggapan begini perlu sedar bahawa pendekatan sabar ini akan pasti membuahkan hasil setidak-tidaknya tidak ikut menari rentak pembangkang yang mahukan publisiti murahan.

4 comments:

Anonymous said...

Rasa saya elok juga apa yang berlaku baru2 ini. Setidaknya kita tahu mereka sanggupo sampai ketahap mana, cuba menghancur Negara ini.

DAN

Kita dapat kenal muka2 siapa mereka ini sebenarnya. Satu contoh, AMBIGA!

THEN WE ALL CAN WORK FROM THERE..

Investigate their true backgrounds and connections etc. (merisik sampai ke seluar dalam dia pakai sekarang).

Salam..

Unknown said...

BERSIH terpaksa diteruskan kerana Ambiga telah diberi wang pendahuluan dari dana asing yang ingin melihat negara ini terkujur.

AWAS! mereka tidak akan berakhir di sini.

ihsan isa said...

Hanya ada dua golongan yang menyokong kerajaan Najib Altantuya.

Pertama: Mereka yang berkepentingan dalam BN

Kedua: Mereka yang jahil dan bodoh serta tidak dapat membezakan antara yang hak dan yang batil.

Yang pasti golongan kedua ini paling sukar nak dicerdikkan. Termasuklah penulis blog ini.

Wassalam

ihsan isa said...

Hanya yang kotor tidak mahu bersih. Hanya ada dua golongan utama yang masih menyokong kerajaan Najib Altantuya.

Pertama: golongan yang ada berkepentingan

Kedua: Golongan yang jahil dan bodoh serta tidak dapat membezakan antara yang hak dan yang batil. Tak dapat memgbezakan mana yang benar mana yang salah. Mana yang Islam, mana yang sekular.

Yang pasti, amat MALANG bagi golongan kedua ini. Dunia melepas, akhirat pun belum tentu.