Sunday, July 17, 2011

RAMAI SOKONG NAJIB

Oleh Helme Hanafi (AgendaDaily)

INI 'game' kalau hendak lawan angka, siapa ramai penyokong di laman sosial facebook. Bukan apa, sebab sekarang ini puak-puak pembangkang dok spin sakan kononnya mereka berjaya kumpul lebih 100,000 orang yang tuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak letak jawatan.

Al-kisahnya bila entah siapa buka akaun atas nama NGO untuk buat halaman 100,000 orang tuntut Najib Razak Letak jawatan ekoran demo Bersih.

Riuhlah puak-puak pembangkang kononnya halaman tersebut dapat sambutan, dan media-media pro mereka pun turut pukul canang.

Sayang sikit puak tu tak berani pula nak buat facebook test market video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini yang kata ramai orang patut 'dibersihkan' dulu oleh puak ini.

Seronoknya orang yang moralnya sangat diragui dengan bukti video yang tulen itu pun turut sama mengenakan t-shirt kuning.

Dengar cerita beruyun-duyun orang yang geli geleman tengok aksi lelaki dalam video panas tu.

Dah tu dalam menghebohkan angka mereka, tidak pula berani sebut di akaun facebook rasmi Najib, ada 787,000 ribu orang yang tekan butang 'like' yang boleh diterjemahkan sebagai 'endorse' kepimpinan Perdana Menteri itu.

"Mereka (pembangkang) hanya mahu tonjolkan yang buruk mengenai kepimpinan Najib dan menafikan atau sembunyikan maklumat mengenai yang baik.

Laman facebook yang sama mengenai Anwar hanya ada 320,600 sahaja, tidak sampai separuh daripada penyokong Najib di facebook," kata Timbalan Pengerusi Unit Media Baru Pemuda UMNO Mohd Razlan Mohd Rafii.

Menurut beliau, kalau hendak banding angka, bekas Perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, satu-satunya pemimpin politik di Malaysia yang orang tekan butang 'like' lebih 1.3 juta.

"Ada 1,341,258 yang sokong Dr Mahathir di facebook, dan antara komen mereka adalah menyokong penuh ketegasan Dr Mahathir ketika menjadi PM dalam bab pemecatan Anwar dan isu-isu berkaitan,"kata beliau.

Beliau pelik tengok matematik yang digunakan oleh pembangkang dalam bab angka di facebook ini.

"Jumlah lebih 787,000  yang sokong PM itu sebelum kita kempen, Unit Media baru boleh buat kempen besar-besaran, bukan susah. Tapi apa makna sokongan di facebook?

"Ini hanya semata-mata hendak bentuk persepsi sahaja, bagi kami yang lebih penting adalah sokongan dalam pilihan raya,"kata beliau ketika dihubungi Agendadaily.

Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau juga boleh membuka akaun di laman sosial Facebook bagi mengumpul berjuta-juta penyokong untuk mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, dakwaan pihak-pihak tertentu yang kononnya berjaya mengumpul 100,000 penyokong di laman sosial Facebook bagi menuntut Perdana Menteri berundur bukanlah memberi gambaran sebenar majoriti rakyat negara ini.

"Saya juga boleh buat tindakan yang sama dengan mengumpul lebih tiga juta penyokong meminta supaya Perdana Menteri jangan letak jawatan..," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pihak tertentu yang kononnya berjaya mengumpul beratus ribu suara rakyat yang mendesak Perdana Menteri berundur di laman sosial berkenaan pada Sabtu lepas iaitu pada hari perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur.

Menurutnya, kewujudan laman sosial itu boleh dipertikai dari segi kesahihan jumlah sebenar rakyat yang didakwa meminta Perdana Menteri supaya berundur.

Menurut beliau, tuntutan yang dibuat melalui laman sosial Facebook dan perhimpunan haram jalanan bukan cara sebenar untuk menjatuhkan kerajaan.

"Pembangkang sebenarnya mempunyai banyak masa untuk berkempen dan boleh dikatakan setiap hari mereka berkempen untuk menjatuhkan kerajaan melalui pembohongan, menyebar fitnah dan mengeksploitasi isu yang ada untuk memburukkan kerajaan.

"Antaranya ialah mereka mengeksploitasi gambar polis membuat latihan bagi menyurai dan menghadapi perhimpunan haram Bersih dengan menyebar fitnah gambar tersebut kononnya polis bertindak kejam terhadap mereka yang menyertai perhimpunan tersebut," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional Pahang mahu semua pemimpin parti komponen turun padang bagi menjelaskan segala tohmahan dan fitnah yang disebarkan pihak pembangkang.

"Rakyat dan semua pihak di peringkat akar umbi perlu diberikan penerangan yang jelas agar mereka memahami peranan serta tanggungjawab kerajaan Barisan Nasional," katanya.

4 comments:

Dot said...

ds najib tetap menjadi pilihan!!

The Eugenist said...

Salam..

Ahli UMNO ada lebih kurang 3 juta.. Nak dibandingkan dengan 100,000 org kononnya "Like" facebook PM letak Jawatan, sama seperti menyuruh rakyat Singapura bertempur dgn rakyat Malaysia..

Hesmel Faznee Faisal.

Taufiq Mubarak said...

Angka 100 ribu yang menuntut PM letak jawatan bukanlah besar jika dibandingkan dengan pengikutnya di FB yang berjumlah 700ribu lebih. Dr. M sendiri pengikutnya sejuta lebih. Pengundi di Malaysia berapa juta ? Takkan yang 100ribu yang dikira minoriti boleh menentukan nasib PM. Minoriti mengatasi majoriti ? Pelik.

Anonymous said...

Dalam laman against Najib, kebanyakan fake id. Org yg sama boleh buka 10 page. Yg pasti, dalam prk mutakhir ini, UMNO menang. Sokongan rakyat telah kembali.