Tuesday, July 5, 2011

MEREKA SEMAKIN ANGKUH

mereka semakin angkuh
rasa semakin kukuh
mampu belit penuh
tapi hodoh

tidak lagi bersuluh
membanting tubuh
memakai baju lusuh
kutip hasil hutan dibasuh
suhu panas membancuh
kerja terik berpeluh
khidmat pengasuh

mereka semakin sombong
kuat melolong
tinggi hidung
rasa terulung
laju menonong
enggan hitung

tiada pokok perlu diredah
rasa bukan di bawah
umpama sampah
bersepah rendah
mereka rasa gagah
kuat menyanggah
kuat membelah
hukum tiada endah

ini bukan ruangnya
buat ikut selera
membabi buta
cetus angkara
mahu derhaka
di tanah Merdeka
tempuh gegak gempita
tentangan menyala
demi bumi tercinta
tidak rela

DIY, BSAS - 5.7.11

2 comments:

Anonymous said...

Ni ditujukan ke UMNO ke, Perkasa ke atau BN?

Anonymous said...

Datuk marah ke? Jangan marah, nanti cepat tua.

Sajak Samad Said lebih bermutu nampaknya, sampai PDRM pun nak dengar dia baca. Sajak Datuk, PDRM nak dengar ka?

sri hartamas