Monday, August 15, 2011

NASRUDIN GANTI HADI AWANG?

Oleh Ibrahim Yahaya

Jika diambilkira daripada keberanian memperjuangkan Islam, maka Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP), Nasrudin Hassan, lebih layak mengepalai PAS daripada DS Hadi Awang mahupun DS Nik Aziz Nik Mat. Tidak payahlah dibandingkan dengan Mat Sabu yang baru-baru ini dilondehkan seluarnya kerana mendakwa polis melanggarnya sedang video yang dipamerkan oleh PDRM menunjukkan beliau jatuh motosikal. Inilah pemimpin PAS yang ada.

Nasrudin yang begitu lantang mempertahankan tindakan JAIS memeriksa apa yang agak pelik berlaku di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) seharusnya segera dinobat untuk mengambil alih jawatan tertinggi itu. Ini penting untuk mengembalikan imej parti itu yang sudah tercemar berikutan pengumuman DS Hadi bahawa matlamat PAS ini bukan memperjuangkan negara Islam tetapi negara kebajikan.

Bagi Nasrudin, akidah adalah soal masa depan ummah yang akan dihisab di akhirat kelak dan perlu ditangani oleh seluruh umat Islam, khususnya pemimpin.

Beliau mengulangi pendirian DPPP menyokong penuh tindakan JAIS memeriksa gereja yang didakwa mula memurtadkan 12 individu Islam walaupun dikecam pihak tertentu dalam parti itu. Beliau tidak gentar dan sanggup berlainan pendapat dengan pemimpin tertinggi PAS yang dilihat mahu mengambil 'hati' kawan terutama DAP.

Nasrudin kekal dengan pendirian tidak mahu menggadaikan maruah Islam hanya kerana kepentingan politik, dengan terus berikrar menjadi benteng mempertahankan akidah Islam.

Mungkin, Nasrudin mahu memikirkan untuk menyertai parti lain kerana PAS kini gagal menjalankan tugasnya untuk menjaga kepentingan Islam sepertimana yang selalu diwar-warkan oleh pemimpin itu terutama DS Hadi dan DS Nik Aziz.

3 comments:

Anonymous said...

Kami mahukan Ibrahim K_T_K gantikan Hadi Awang..barulah REAL Islam

Anonymous said...

Jangan mimpilah? Nasruddin ganti Hadi? Apa benda hang hisap ni? Hang gila kot. Nasruddin Trojan Umno.

Anonymous said...

Datuk Tiger Beer,
Nasrudin Haasan & Hassan Ali, mereka berdua ini adalah TROJAN BN/UMNO, banjingan sial laknat yang menjadi Tan Sri buah Kana. Beruk dua ini akan masuk kandang tak lama lagi.