Tuesday, August 16, 2011

PEMBANGKANG - CHECKMATE?

Oleh Ibrahim Yahaya

Penulis pernah mendengar kenyataan seorang pemimpin India bahawa, "Sejak negara merdeka, mana ada pemimpin macam ini yang banyak membantu orang India. Beliau ikhlas dan terlalu baik." Kenyataan itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak. Dua perkataan penting di sini ialah IKHLAS dan TERLALU BAIK.

Jika diperhatikan tindakan yang diambil oleh DS Najib sejak memegang tampuk kerajaan, tiada siapa yang dapat mempertikaikan bagaimana ikhlasnya untuk mendahulukan rakyat. Semua yang memerlukan diberi bantuan dan adakalanya menimbulkan rasa kurang senang di kalangan bangsa dan anggota partinya sendiri.

Bagi anak Pekan ini, sudah tentulah merasakan beliau adalah PM bagi semua kaum dan untuk itu sesiapa saja yang memerlukan perlu dibantu. Oleh itu, tidak ada pihak yang perlu marah jika kerajaan membantu orang Melayu jika didapati mereka yang paling ramai memerlukan bantuan. Begitu juga kepada kaum Cina dan India.

Istilah TERLALU BAIK pula lebih ditumpukan kepada sikapnya terhadap mereka yang pernah menfitnah beliau. Kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang pemimpin Melayu yang dapat melihat bagaimana DS Najib sentiasa mengambil sikap toleransi jika ada pihak yang memfitnahnya dengan pelbagai perkara. Malah ada yang bersifat seditious.

Sikap DS Najib ini sudah tentulah menimbulkan pelbagai masalah terutama apabila fitnah itu dipercayai oleh orang ramai. Tanpa jawapan atau tindak balas, ramai yang percaya dengan sebarang tohmahan yang dilemparkan. Namun, bagi DS Najib, jika fitnah itu tidak mendatangkan kesan terlalu buruk, beliau mengambil sikap berdiam diri.

Umpamanya, ada pemimpin pembangkang sedikit masa lalu ada menyatakan DS Najib pernah menghunus keris seraya berkata mahu membenamkan keris itu kepada golongan tertentu dalam satu perhimpunan bangsa Melayu, tetapi Presiden UMNO itu hanya berdiam diri. Seorang pemimpin Melayu berkata kepada penulis bahawa beliau ada di perhimpunan yang dimaksudkan itu dan DS Najib tidak pernah mengutarakan ayat itu. Mengapa DS Najib berdiam diri? Jawapannya TERLALU BAIK dan merasakan fitnah itu tidak memberi kesan kepadanya.

Pengumuman PM malam tadi dalam satu Majlis Berbuka Bersama Media yang dianjurkan oleh Bernama, memperlihatkan sikap ikhlas untuk memastikan pilihan raya di negara ini berjalan dengan baik tanpa sebarang prasangka. Ini kerana walaupun pelbagai jawapan yang diberikan oleh kerajaan dan SPR, pihak pembangkang masih lagi membuat pelbagai dakwaan dan tuduhan yang dilihat sebagai langkah preemptif jika mereka mengalami kekalahan nanti. Mudah untuk menyatakan sistem pemilihan tidak betul.

Untuk itu, DS Najib mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen dalam masa yang terdekat bagi menambah baik sistem pilihan raya negara agar tidak timbul syak wasangka pada masa hadapan. Menurutnya, jawatankuasa itu yang dianggotai wakil rakyat BN dan pembangkang adalah bukti kerajaan komited dengan sistem pilihan raya yang bersih.

Jawatankuasa itu akan berbincang serta mencari kata sepakat mengenai bentuk penambahbaikan yang perlu dilaksanakan SPR sebelum dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Inilah keikhlasan DS Najib untuk menangkis pelbagai tohmahan bahawa kerajaan tidak inginkan proses yang bersih dalam memilih kerajaan. Kerajaan cukup komited untuk meneruskan sistem demokrasi berparlimen. Pembangkang...tiada helah lagi...Checkmate?

2 comments:

Anonymous said...

Rasanya apa saja yg PM DS Najib buat dan akan buat utk membuang persepsi negatif yg telah ditanam oleh PAS/PKR/DAP agak susah untuk difahami. Allah SWT telah telah menutup pintu hati dan mata PAS/PKR/DAP untuk melihat kesungguhan yg di laksanakan oleh DS Najib.. Mungkin ini kifarah Allah terhadap PAS, parti yg sekian lama berjuang diatas paksi penubuhan negara Islam tetapi sekarang berubah kearah kebajikan ( bunyi macam sistem komunis sahaja)..

Tapi tak apalah yg baik yg dilakukan oleh PM akan terserlah jua satu hari nanti InsyaAllah..


Pok Nik Kota Bharu

kiedentech said...

menyerahkan tanah tanpa pertumpahan darah

Pulau Singapura kepada Lee Kuan Yew
Pulau Batu Puteh kepada Singapura
Pasir untuk Perluasan Pulau Singapura
Bukit untuk dijadikan empangan air Singapura

Terbaru
Stesen Keretapi Tanjung Pagar Kepada Singapura

Akan datang
Pulau Pisang Kepada Singapura

Semua ini adalah angkara pengkhianatan PAS PKR dan DAP
kita semua mesti melawan mereka habis-habisan