Monday, June 18, 2007

PROJEK LOCKER PELAJAR (2)

Petang ini, saya sempat berbual di telefon dengan Guru Besar SK Sri Petaling (SSP), Puan Hajjah Bibi Maria Hussain, mengenai Projek Locker Pelajar (PLP). Beliau yang kedengaran peramah dan dinamik, menyambut baik hasrat untuk membantu SSP.

Sehubungan itu, Puan Hajjah Bibi Maria berjanji akan membantu saya dari segi mendapatkan quotation untuk membina locker pelajar di samping mengenalpasti tempat yang sesuai bagi menempatkan almari atau locker berkenaan.

Saya yakin projek ini boleh dilaksanakan secepat mungkin demi kepentingan pelajar di sekolah berkenaan.

Oleh itu, bakal-bakal penyumbang budiman terutama syarikat GLC dan sektor swasta bolehlah bersiap-sedia untuk memperuntukkan sumbangan anda bagi merealisasikan projek ini.

Ia mungkin boleh dijadikan projek contoh, menggabungkan pembabitan sekolah dan sektor swasta, yang boleh diikuti Kementerian Pelajaran dalam melaksanakan projek locker pelajar di semua sekolah di seluruh negara.

3 comments:

Anonymous said...

Puan Hajjah Bibi Maria Hussain!?

Dia ni orang Kedah ke?

The name is awfully familiar.

ibrahim yahaya said...

Sdr Gurindam Jiwa,

Saya tidak pernah bertemu Puan Hajjah Bibi Maria tetapi hanya melihat daripada jauh ketika hadir satu majlis di sekolah itu.

Saya tidak pasti sama ada dia orang Kedah?

Kalau ada kesempatan nanti, saya akan bertanyakan soalan itu.

Anonymous said...

Projek Loker Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi telah pun bermula dengan Dokumen Terma dan Surat Akuan Penyerahan Loker telah diserahkan kepada ibubapa melalui pelajar untuk tindakan ibubapa selanjutnya.

Dokumen Terma ini amatlah asas dan boleh diperbaiki dari masa ke semasa.

Dipaparkan di sini bukan untuk apa, sekadar boleh dijadikan contoh. Saya percaya pihak PIBG SRAI BBB bersedia menerima apa-apa cadangan membina, terutamanya dari pakar-paakr undang-undang dan juga pakar-pakar bahasa seperti wartawan veteran kita di sini, ehem. ;-)

Projek Loker Sekolah
PIBG Sekolah Rendah Agama Integrasi
Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan