Wednesday, September 30, 2009
MENGAPA TS ISA SAMAD DIPILIH?
1. Rakyat didahulukan. TS Mohd Isa adalah calon yang diinginkan oleh rakyat di Bagan Pinang. Jika rakyat khas pengundi di kawasan BP yang mahu TSMIS, mengapa perlu dipilih calon lain. Jika terpilih, TSMIS yang akan mewakili mereka bukan orang lain.
2. Jasa TSMIS. Hanya orang Bagan Pinang yang tahu jasa bakti TSMIS yang disumbang dan dicurahkan oleh bekas MB NS, APAR dan ADUN selama lebih 20 tahun. Ini termasuk pelbagai bantuan keperluan sosial penduduk di kawasan ladang.
3. Perjuangan TSMIS. Banyak yang diperjuangkan oleh TSMIS di Port Dickson termasuk peruntukan tanah terutama bagi penghuni ladang yang berpendapatan rendah. Ada perkara yang diperjuangkan terbantut di tengah jalan kerana faktor tertentu dan inilah masanya untuk TSMIS meneruskan perjuangan itu. Perjuangan inilah yang diharapkan oleh pengundi BP.
4. Penyatu perpaduan. TSMIS adalah lambang penyatuan kaum di NS terutama di Port Dickson. Beliau berjaya menyatukan pelbagai kaum di kawasan itu dan mempereratkan hubungan ini.
5. Penjinak pemimpin pembangkang. TSMIS berjaya menjinakkan ramai pemimpin pembangkang di NS termasuk Hu Sepang dari parti DAP. Hu dikatakan meminta TSMIS menubuhkan parti baru yang boleh dinaungi oleh semua kaum ketika beliau menghadapi kemelut dalam UMNO. TSMIS menolak cadangan itu. Beliau setia kepada UMNO. Bersambung...
Tuesday, September 29, 2009
ISA SAMAD CALON BN
Tan Sri Mohd Isa Samad dipilih sebagai calon BN di PRK Bagan Pinang.
Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Majlis Hari Raya Bersama Perdana Menteri di Port Dickson petang ini..
Penamaan calon akan diadakan pada 3 Oktober dan jika ada pertandingan, hari pengundian ialah pada 11 Oktober ini.

Monday, September 28, 2009
DR MAHATHIR PENJAGA MALAYSIA
JERLUN 27 Sept. - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir percaya bapanya tidak lokek untuk mengutarakan pandangan bila-bila masa tidak kira dilantik secara rasmi sebagai penasihat kerajaan dan UMNO atau sebaliknya.
Beliau berkata, sebagai bekas Perdana Menteri yang memberikan khidmat selama 22 tahun, Dr. Mahathir semestinya amat sayang terhadap parti dan kerajaan.
Oleh itu, kata beliau, bapanya itu tentu sedia memberi nasihat jika diminta kerana tidak mahu apa yang diperjuangkan selama ini terhakis dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa.
''Pada hemat saya, kalau tidak pegang jawatan rasmi sekalipun, kalau diminta nasihat, sudah tentu beliau memberikan nasihat sama ada secara rasmi atau tidak,'' katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Jerlun di Wisma UMNO Jerlun di sini hari ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu ditanya mengenai cadangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) supaya Dr. Mahathir dilantik sebagai penasihat kerajaan dan UMNO.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia bagi membolehkan bekas Perdana Menteri tersebut menyampaikan pandangan secara tertutup agar tidak dieksploitasi oleh pihak ketiga.
Beliau juga berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menimbangkan perkara itu secara serius bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan dan dijadikan modal politik untuk mengelirukan rakyat.
Mukhriz berkata, meskipun masalah yang timbul sekarang adalah baru dan berbeza berbanding sewaktu Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, namun dengan pengalaman yang luas menjadi ketua negara, tentu ada perkara yang boleh dicontohi untuk kebaikan bersama.
(Renungan Rimau : Mengapa umur Tun Dr Mahathir Mohamad panjang? Orang kata kerana beliau ditugaskan untuk 'menjaga' Malaysia daripada dirosakkan oleh sesetengah pihak. Kehadirannya sudah tentu akan membantu Perdana Menteri kita sekarang dengan pandangan dan nasihat yang ikhlas dan telus. Sebagai Negarawan, TDM juga boleh memberikan pandangan yang mungkin berbeza tetapi untuk kepentingan negara. Bagi mereka yang terasa pedas, anggaplah nasihat TDM sebagai nasihat seorang bapa kepada anaknya. TDM pun sudah puas menasihatkan pemimpin PAS. Mereka masih tidak berubah.)

Sunday, September 27, 2009
ESOK KITA MULA BEKERJA ....YAHOOOO
Esok kita akan mula bekerja. Perrrrgh.
Bagi yang masih bercuti teruslah berhariraya dan yang akan bekerja, selamat menjalankan tugas.
Jangan 'beraya' ketika bekerja.
Apapun raya yang lalu akan meninggalkan seribu kenangan.
Yang terpaksa 'keluar' duit tu, banyaklah bersabar. Jangan lupa 'ikat perut'.
Selamat menjalankan tugas.

Monday, September 21, 2009
MAHASA MENINGGALKAN KITA
Mahasa Jusoh, 86, ibu Menteri Besar Perlis meninggal dunia jam 8 pagi ini.
MB, Dato' Seri Dr Mohd Isa Sabu memaklumkan kepada RTM ketika di temui di program SPM Majlis Bersama Rakyat di Kampung Paya Guring, Pauh, Perlis.
RTM mengucapkan takziah kepada Dato' Seri dan keluarga.
Jenazahnya akan dikebumikan selepas Asar.
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang soleh.
Al-fatihah.

Sunday, September 20, 2009
SERI PERDANA MILIK RAKYAT
(TDM dan PM di rumah terbuka di Seri Perdana. Gambar NST)
Jumaat lalu, sifu saya, AKJ menulis dalam blognya yang memuji usaha untuk membuka semula Seri Perdana kepada orang ramai ketika Aidilfitri.
Tulis beliau, "Khabarnya Seri Perdana akan dibuka semula kepada pengunjung pada Hari Raya tahun ini. Ia ditutup selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkannya. Eloklah begitu. Setidak-tidaknya bolehlah rakyat jelata merasa, walaupun buat seketika, berada di rumah paling berkuasa di bumi Malaysia."
Ketika bertemu saya di Majlis Berbuka Puasa Media dengan Perdana Menteri di Kilang Utusan Melayu Bhd di Bangi, AKJ turut menyatakan bahawa tindakan yang dibuat oleh Dato' Sri Najib Tun Razak itu baik sejajar gagasan 1Malaysia.
Negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini memuji usaha membuka 'Seri Perdana'. "Saya gembira Perdana Menteri sekarang memutuskan untuk menganjurkan Sambutan Hari Raya di sini (Seri Perdana). Tiada majlis seperti ini selama lima tahun. Orang ramai suka untuk datang ke sini kerana ini adalah tempat yang mereka suka lihat. Tempat ini milik rakyat," katanya.
Anda tak pergi Seri Perdana ke?
Friday, September 18, 2009
RAYA DATANG LAGI KE RTM
RTM akan menghibur dan memberikan pelbagai maklumat kepada penonton dengan menyiarkan 100 program seperti drama, dokumentari, program muzikal, perutusan Aidilfitri oleh pemimpin negara pada Hari Raya ini.
Bertemakan 'Raya Datang Lagi' program menarik ini akan disiarkan di TV1, TV2 dan 34 stesen radio di seluruh negara. Antara program menarik Memoirs of Aidilfitri, Nasyid Khas (Tamil), Nur Ar-Rahman, Panggilan Rayyan, Qasidah Mutarid, Malam Raya, Ronda-ronda Raya, Solat Sunat Aidilfitri, Ewah Raya dan Respons Raya.
Selamat Menonton.
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin daripada DIY.
(Sidang Media 'Raya Datang Lagi' untuk menerangkan program menarik di TV1, TV2 dan radio)
(Hj Keliwon (Timbalan Pengarah Radio), DIY dan Hj Suhaimi (Pengarah Urusan TV)
(Datuk Yusuf Haslam turut hadir pada sidang media itu)
(DJ RTM memaparkan bakat terpendam mereka)
(Jelitawan BPA RTM yang turut bersama. Pegawai Khas KP (berbaju batih merah) berdiri segak mendengar sidang media)

Thursday, September 17, 2009
OKTOBER - BULAN BAHASA KEBANGSAAN (1)
Pada 6 Oktober ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, akan melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching Sarawak.
Majlis pelancaran itu akan dipenuhi dengan pelbagai acara termasuklah deklamasi puisi, tayangan video mengenai perjalanan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan, lafaz ikrar dan penyerahan skrol ikrar kepada TS Muhyiddin.
BBK ini adalah rentetan program kerajaan untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Malaysia di kalangan rakyat seluruh negara. Ia membabitkan agensi kerajaan dan sektor swasta selain penekanan diberikan kepada generasi muda.
Program memartabatkan bahasa ini bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an.
Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996); Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1966 - 2005 dan Mingu Sastera (1987-1998)dan Minggu Sastera (1987-1988).
Akhirnya pada tahun 1999 gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).

KELAB CHE DET HANTAR MEMO
Hari ini, bertempat di hadapan bangunan Perkim, Jalan Ipoh, Kelab Che Det akan menghantar memorandum kepada MIC mengenai penghinaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mereka sudah tentu amat kesal tindakan Peter Slipper untuk berlaku 'kurang ajar' kepada Negarawan Negara apatah lagi 'budak ini' pernah berkhidmat dengan salah sebuah GLC iaitu Tenaga Nasional Berhad.
Inilah contoh kepada orang yang tidak mengenang budi. Setelah berkhidmat dengan syarikat yang dimiliki kerajaan, beliau tergamak 'menghina' pemimpin yang telah banyak berjasa kepada rakyat negara ini. Menghina beza dengan kritik.
Apakah Negarawan Malaysia tidak boleh memberi pandangan bahawa Datuk Seri S Samy Vellu sudah terlalu lama dalam MIC sehingga orang India meluat melihat beliau? Apakah perlu Samy Vellu ingin mempertahankan dirinya? Apakah tidak mustahil Samy Vellu yang menyebabkan masyarakat India kini bosan dan menyokong pembangkang?
Ketika ini, ramai petugas kerajaan juga 'terang-terang' menentang kerajaan. Mereka ini bolehlah disifatkan sebagai adalah golongan yang tidak tahu mengenang budi kerana merekalah sepatutnya mempertahankan kerajaan yang memerintah sekarang.
Tidak hairanlah banyak maklumat yang keluar di media pembangkang yang memberikan maklumat terperinci mengenai pelbagai kontrak yang ditawarkan. Ini termasuk jumlah dan syarikat yang memperolehinya. Jagalah rahsia kerajaan.
Gambaran yang diberikan dalam media pembangkang seolah-olah semua projek yang ditawarkan oleh kerajaan tidak telus dan penuh muslihat. Inilah kerja pembelot yang ingin menjatuhkan kerajaan dengan 'bersekongkol' dengan pembangkang.
Mereka ini perlu dilemparkan jauh di tengah lautan.

Wednesday, September 16, 2009
PETER SELIPAR 'KURANG AJAR"
Blogawan Rocky hari ini mendedahkan 'budak yang kurang ajar' itu namanya Peter Sugumaran dari Paya Besar, Pahang.
Dalam ceritanya kepada Malay Mail, beliau dilaporkan tidak tahu apa yang dicakapkannya.
Itulah, pepatah Melayu ada menyebut "sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa".
Oleh itu, sebelum membuat syor atau buka mulut tolonglah tengok siapa yang kita hendak 'perli, sindir, kias' atau 'ingin dimalukan'. Fikir dulu.
Yang hendak dimalukan itu ialah Negarawan Malaysia bukan orang yang jual kacang puteh tepi jalan. Jangan sakitkan hati orang Melayu macam saya.
Orang Melayu lain yang tidak hormat Negarawan Malaysia itu tidak apelah, sebab mereka pun sudah lupa dengan jasa TDM.
Jika lupa jasa TDM itu cerita lain tetapi jangan kurang ajar.
Rakyat Malaysia pun ada yang marah dengan tindakan kurang ajar tu.
Pergi rumah TDM dan segera minta maaf.
Jangan lupa cium selipar yang beliau pakai.
Mungkin lebih wangi daripada 'hati sesetengah pihak yang busuk'.

Tuesday, September 15, 2009
BIAR KURANG MAKAN JANGAN KURANG AJAR
(Itu budak banyak kurang ajar.....nanti kita bagi dia mandi..busuk punya orang)
(Saya pun pening macam mana mahu bagi budak Muniandy itu mandi? Dia sudah besar. Apa mahu pakai? Baldi ka.. atau guna senduk lauk. Pening pening)
Naik kereta pergi Pekan
Temu Si Bugis dan Banjar
Biar kita kurang makan
Jangan kita kurang ajar
Jika suka makan kari
Goreng garing bersama ikan
Jangan kita gigit jari
Orang yang bagi kita makan
Beri negarawan sekalung selipar
Itu cadangan budak Muniandy
Orang yang amat kurang ajar
Perlu segera 'kena mandi'

PATRICK SWAYZE MENINGGALKAN KITA
Monday, September 14, 2009
SIAPA AKAN MAKAN PINANG? (3)
Daripada pengamatan saya, pihak pembangkang mempunyai kaedah tersusun dalam mengemukakan isu tertentu ketika Pilihanraya Kecil sejak kebelakangan ini.
Tidak kira pemimpin Melayu, Cina atau India mereka akan bercakap 'satu suara' walaupun perkara itu tidak logik dan menabur janji.
Oleh itu, pemimpin BN perlu memastikan 'suara mereka' didengari secara serentak agar segala yang ingin disampaikan dapat difahami dan dihayati.
Janganlah bercakap pelbagai perkara dan tidak fokus sehinggakan merugikan parti. Jangan biarkan pengundi pening kepala dan mereka mulalah mencari jalan keluar.
Dalam ceramah umum juga, pembangkang hanya bercakap dalam 10 minit tetapi dalam nada yang sama. Adakalanya digambarkan semacam logik dan menyakinkan.

Saturday, September 12, 2009
PENGADU DOMBA DI TANGKAP POLIS
Posting Kedua - 11.25 pagi
Dalam pada itu, rakyat Indonesia di negara ini tidak harus bimbang dengan perkembangan di negara asal mereka. Ini kerana rakyat negara ini sentiasa waras tidak akan mengambil tindakan yang 'bodoh' dan memalukan itu.
Baru-baru ini, ada rakyat Indonesia di sini meminta Presiden SBY untuk menyelesaikan 'kekalutan kecil' ini dengan baik dan terhormat. Pekerja Indonesia di sini haruslah terus memberikan perkhidmatan kepada sektor yang diperlukan terutama dalam bidang pembinaan dan sebagai surirumah.
Marilah kita banteras rakyat Indonesia yang datang ke sini untuk merompak atau melakukan keganasan. Begitu juga rakyat Malaysia yang tidak cerdik menerima 'upahan' untuk berdemonstrasi. Buat kerja yang mulia lebih baik.
Nota: (Saya diberitahu bahawa Duta Indonesia sekarang ada meminta jangan dipanggil 'orang Indon' kepada rakyat Indonesia di sini dalam satu pertemuan dengan wartawan di Bernama. Tetapi beliau tergamam dan tidak boleh menjawab apabila ada wartawan yang tanya, bukan rakyat negara ini yang mahu memanggil mereka begitu tetapi rakyat Indonesia sendiri mengatakan, "saya orang Indon Pak". Jadi bagaimana ya? Waduh...waduh...pening kepala)
Posting Asal - 8.17 pagi
Malam tadi, ketika bersembang dengan kenkawan, saya diberitahu bahawa pencetus kepada kegiatan membuat ugutan terhadap rakyat Malaysia di Indonesia sudah ditangkap.
Polis di sana mendapati kumpulan ini adalah dalang kepada kegiatan menakutkan rakyat negara ini dengan 'buluh runcing' mereka dan kenyataan untuk berperang dengan Malaysia. Mereka ini 'pengadu domba' yang paling tidak berguna di dunia. Sampah masyarakat bukan pejuang negara.
Ramai daripada mereka adalah 'pekerja upahan' yang diberi wang dan makan untuk memastikan mereka menjalankan kerja untuk kepentingan kumpulan tertentu. Sanggup bertindak kerana sesuap nasi tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka.
Ini ditambah oleh 'akhbar nyamuk' yang semakin nyaring tanpa memikirkan bahawa keperluan untuk hidup bersama-sama dalam semangat serumpun. Mereka inilah yang mahu melihat kedua-dua negara berbalah dan bertelagah.
Tindakan mereka telah menimbulkan keresahan kepada penduduk di kedua-dua negara. Rakyat Malaysia yang mempunyai sanak saudara atau rakan taulan sudah pasti bimbang dengan nasib keluarga mereka dengan kemunculan 'samseng kampung' ini.
Secara logiknya amat 'bodoh' untuk bertelagah semata-mata 'samseng kampung' ini mengambil kesempatan daripada kesilapan orang ketiga menyiarkan tarian yang boleh diselesaikan di meja rundingan atau dengan berfikiran positif.
Apatah lagi melihat latarbelakang rakyat Malaysia yang boleh dikatakan satu pertiga mempunyai tali persaudaraan dengan rakyat Indonesia termasuklah daripada keturunan Jawa, Bugis, Acheh, Mandiling, Banjar atau Boyan.
Apakah tidak boleh tarian itu ditari oleh rakyat Malaysia yang mempunyai talian keturunan dari Indonesia? Kita sejak dulu lagi sentiasa berkongsi dengan ikon nyanyian atau lakonan yang sudah tentu merapatkan silaturahim.
Persetankan 'setan-setan' yang sentiasa mahu menghisap darah kita.

Friday, September 11, 2009
SIAPA AKAN MAKAN PINANG? (2)
PRK di Bagan Pinang amat menarik kerana ia membabitkan tentera. Ada beberapa kem di situ iaitu Kem Si Rusa, Kem Sunggala dan Kem Kampung Sawah. Undi tentera di kedua-dua tempat itu berjumlah lebih kurang 5,000 undi. Banyak tu. Lima ribu daripada 14,000.
Oleh itu, kedua-dua pihak sedang berusaha untuk mendapatkan undi ini. Ramai yang berpendapat undi tentera ini berpihak kepada kerajaan. Salah. Pada pilihanraya lalu pembangkang dikatakan mendapat lebih 1,500 undi daripada undi tentera.
Apakan tidak. Calon pembangkang adalah bekas tentera yang membekalkan makanan di situ. Penyedia makanan kata kan. Orang yang bagi makan kepada kita, mesti kita seronok untuk memilih mereka. Bolehlah dapat makan lagi. Yang sedap-sedap.
Anak calon pula dikatakan seorang pegawai tinggi di salah satu kem berkenaan. Pasti ramai kawan-kawan beliau akan memberi sokongan kepada bapanya. Itupun jika mereka sudah ditanam semangat 'tidak suka' kepada kerajaan oleh pembangkang. Susah le.
Oleh itu, BN perlu bekerja keras untuk memastikan selain lebih 9,000 pengundi yang lain di PRK Bagan Pinang, pengundi tentera seramai 5,000 orang ini perlu 'dipinang' agar mereka memilih parti yang benar-benar dapat membantu mereka.
Tepuk beret tanya selera.

Thursday, September 10, 2009
SIAPA YANG MAKAN PINANG? (1)
Pinang adalah bahan yang disertakan ketika memakan sireh. Boleh dihiris halus-halus atau dimakan seketul bergantung kepada kekuatan gigi. Pinang dikatakan untuk menyedapkan penggemar sireh kerana rasanya yang pahit kelat. Jika makan pinang begitu saja mungkin ramai yang tidak akan dapat menikmatinya.
Bagan Pinang di Negeri Sembilan adalah kawasan yang dimenangi oleh BN. Oleh itu, sudah tentu BN akan bekerja kuat bagi memastikan kawasannya terus terpelihara di samping mengetepikan anggapan pembangkang bahawa mereka sudah kuat selepas menakluki tujuh tempat sejak Pilihanraya UMUM 2008. Ini termasuk di Permatang Pasir baru-baru ini.
Untuk itu, perkara penting yang perlu difikirkan oleh BN ialah pemilihan calon yang tepat. Calon perlulah mereka yang digemari oleh penduduk setempat. Bagi saya, calon perlu muda dan bersemangat. Bukan orang tua atau mempunyai rekod tercalar. Ini penting untuk memastikan kawasan itu diselia dengan baik sehingga Pilihanraya UMUM ke 13, mungkin pada 2012.
Oleh itu, desakan dan gesaan orang ramai bahawa bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad, diletakkan sebagai calon perlu diteliti agar kes di Permatang Pasir tidak berulang. Asyik-asyik hendak memperbetulkan isu calon.
Anak TS Mohd Isa pula boleh dipertimbangkan untuk dijadikan calon. Bagaimanapun, sudah tentu pembangkang akan menggunakan segala maklumat negatif bapanya untuk merendah-rendahkan calon. Yang bahaya ialah 'serangan peribadi' yang memilukan.
Seorang lagi calon yang dikatakan perlu diberikan pertimbangan ialah Ketua UMNO Wanita bagi memastikan undi wanita seratus peratus di belakangnya. Pucuk pimpinan perlu meneliti kebolehan calon wanita ini agar ia tidak ditolak bulat-bulat.
Selain calon, pelbagai isu akan digunakan oleh pembangkang di PRK Bagan Pinang. Mungkin isu tempatan terlalu sedikit, maka isu nasional akan mendapat tempat seperti PKFZ, kemelut MCA dan pembinaan kuil di Shah Alam. Seperti biasa, pembangkang akan menggunakan isu sensitif ini seolah-olah 'semua mengenai BN sudah menjadi teruk.'
Oleh itu, pemimpin BN perlu memastikan bahawa calon mereka yang terbaik manakala isu yang digunakan benar-benar difahami oleh masyarakat setempat agar mereka boleh membuah pilihan yang tepat.
Tidak memeranjatkan bilangan pemerhati dan 'pak pacak' akan melimpah di Bagan Pinang kerana kedudukannya yang tidak berapa jauh dari Lembah Kelang. Oleh itu, BN perlu bersedia menghadapi usaha meminang penduduk setempat dengan strategi yang betul.

Tuesday, September 8, 2009
BERSAMA NEGARAWAN MALAYSIA
(Gambar oleh JINGGO)
Malam tadi, bersama dengan rakyat negara ini, kami berkesempatan berbuka puasa dengan negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Majlis itu dimulakan dengan bacaan Yassin, berbuka puasa dan sembahyang maghrib secara berjemaah. Selepas itu diadakan sembahyang tarawih berjemaah.
Mereka yang hadir malam tadi boleh dibahagikan kepada lima kategori utama iaitu bekas Menteri, bekas pegawai kanan kerajaan, bekas petugas pejabat PM, tokoh korporat dan warga media serta blogawan.
Antara mereka yang hadir ialah Tan Sri Sanusi Junid dan Tan Sri Sabaruddin Chik. Turut hadir ialah bekas KSN, Tan Sri Halim Ali, penggerak LADA, Tan Sri Halil dan tokoh korporat, Datuk Mohd Desa Pachee.
Kumpulan media pula dibarisi oleh Tan Sri Hashim Makaruddin (Pengerusi Kumpulan Utusan), Datuk A Kadir Jasin, Datuk A Ahmad Talib, Datuk Ruhanie Ahmad, Datuk Idris Tulis, Mior Kamarul Shahid, Zukri Valentino (sekarang KKK KPLBW), Rocky, Nuraina, Shamsul Akmar, Shamsul dan beberapa blogawan seperti Big Dog, A Voice, A M Ubaidah dan Parpu Kari.
Monday, September 7, 2009
DALANG DI SEBALIK DEMONSTRASI?
Hubungan antara Malaysia dan Indonesia akrab dan tidak seperti digambarkan oleh sesetengah pihak. Itulah pandangan Menteri Pertahanan, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika ditemui di RTM pagi ini.
Mengapa pula ada laporan tidak puas hati sehingga ada yang sanggup berperang?
Tindakan mengadakan demonstrasi dan membuat kecoh itu dibuat oleh golongan tertentu saja. Mereka ingin menarik perhatian semua pihak sedangkan tiada isu sebenar. DS Dr Zahid yakin ada pihak yang mempunyai 'agenda besar' untuk menggambarkan hubungan kedua-dua negara ini tidak baik sedangkan ia tidak sedemikian.
Baginya, rakyat kedua-dua negara harus tenang dan berfikiran waras. Jangan ikut emosi dan terpengaruh dengan 'dalang' berkenaan. Ini penting untuk memastikan hubungan serumpun ini kekal dan tidak boleh diganggu-gugat oleh mana-mana pihak.
Mereka yang berdemonstrasi dan ingin 'mengeruhkan keadaan' dikatakan mendapat bayaran serendah RM3. Apakah kumpulan ini sudah terdesak? Apakah golongan ini ingin bersekongkol untuk menghancurkan kedua-dua negara? Adakah mereka terbabit sekadar untuk sesuap nasi? Sudah pasti 'dalang-dalang' ini menggunakan sentimen benci membenci untuk meraih populariti dan mencaturkan agenda mereka.
Marilah bersama-sama mencari dalang yang kemungkinan bergiat cergas di Malaysia dan Indonesia. Marilah kita 'tangkap' golongan ini dan campakkan mereka jauh-jauh dalam laut yang dipenuhi jerung. Biarlah mereka merasakan betapa perit jika tindakan mereka itu mampu mencetuskan 'perang mulut' dan seterusnya peperangan.
Bagi Dr Zahid, peperangan tidak menguntungkan sesiapa. Yang menang akan menjadi arang manakala yang kalah pula menjadi abu.
Menghabiskan boreh saja. Menghabiskan masa, tenaga dan kewangan saja. Apatah lagi rumpun yang sama.

Saturday, September 5, 2009
BULAN PUASA HANYA UNTUK KELUARGA?
(RH berbuka dengan anak, AJ)
Kawan saya panas telinga kerana isterinya merungut beliau tidak banyak berbuka puasa dengan keluarga. Hampir setiap hari, beliau terpaksa berbuka dengan 'orang lain' kerana jemputan yang tidak boleh ditolak. Beliau sering menerima undangan daripada pelanggan, pengiklan dan sahabat handai.
Beliau meminta isterinya memahami kedudukan beliau itu. Rakan tidak dapat membawa isteri kerana isterinya ialah seorang surirumah yang terpaksa 'terperap' di dalam rumah. Akibat tiada suami sepanjang masa, isterinya terpaksa makan dengan orang gaji. Anak-anak sudah besar dan bekeluarga. Sekali-sekala mereka menjengok ibu mereka.
Ketika bertemu dengan saya dan isteri di majlis berbuka puasa anjuran sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) baru-baru ini, beliau mencurahkan perasaannya kepada kami.
Isteri saya menjawab sabarlah kerana ramai orang terpaksa melaluinya. RH juga terpaksa berbuka dengan anak-anak jika saya mempunyai program berbuka di luar. Apa nak buat, sudah nasib badan.
Dalam pada itu, boleh tak bulan ramadan dikhaskan untuk keluarga saja? Jawapannya sudah tidak boleh kerana ramai pihak termasuk PM, TPM dan Menteri Kabinet mengadakan majlis berbuka puasa selain GLC, bank dan agensi kerajaan.
Dalam majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh PM, saya dapati ramai pihak terutama 'orang politik' berduyun-duyun datang untuk berbuka puasa. Mereka juga berusaha berjabat tangan dengan PM di samping mengambil gambar. Janganlah guna gambar itu untuk kepentingan diri ya.
Saya rasa eloklah setiap suami berbuka puasa dengan keluarga pada hujung minggu kerana pada hari bekerja, mereka sudah pasti terpaksa menerima undangan rakan taulan serta memenuhi permintaan MD atau CEO syarikat. Serba salah.
Dugaan dan selamat berpuasa.

Friday, September 4, 2009
FACEBOOK TEMPAT MELEPASKAN GERAM?
Nampaknya ramai yang menggunakan FB untuk melepaskan geram. Menghamburkan apa saja yang terbuku di hati yang adakalanya amat menyakitkan hati. Ada juga tindakan yang memalukan seseorang sehingga yang dimalukan itu menjadi bahan bualan orang ramai. Padan muka.
Sebelum ini saya ada membaca komen seorang wartawan RTM yang membelasah 'bosnya' kerana menukarkannya ke unit lain. Mengamuklah dia kerana kena buat kerja baru sedangkan beliau sudah selesa dengan 'kehidupan seharian' yang tidak diganggu gugat. Kali ini tugasnya dipantau. Dia tidak boleh berbuat sesuka hati.
Semalam saya mendapat tahu seorang kakitangan mendapat gaji beliau kerana tindakan beraninya membongkarkan kekusutan yang dihadapi dalam FB. Maka kekusutan itu dapat dileraikan kerana ada pihak yang membaca rintihan itu kepada 'orang punya badan'.
Pandai juga dia. Jika tidak kena makan apa yang berwarna hijau, Bukan.....bukan....bukan warna bendera PAS.

Thursday, September 3, 2009
KLASIK NASIONAL BANYAK IDEA
Tengahari tadi, saya mengacau dodol dan bubur lambuk. Dodol yang sedang dimasak manakala bubur lambuk yang sudah masak tetapi sekadar untuk aksyen gambar saja.
Tempatnya ialah di Angkasapuri. Penganjurnya ialah Stesen Klasik Nasional dan Penyiar. Amat meriah di mana setiap wargakerja radio bertungkus-lumus untuk menyiapkan bubur lambuk dan dodol. Mereka juga membuat kuih baulu.
Program Amal Bubur Lambuk, Dodol dan Baulu ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara petugas RTM tidak mengira pangkat dan darjat untuk bersama-sama bekerja dalam satu pasukan.
Mereka mengatur tungku, membelah kayu, menyalakan api, menuang bahan-bahan dan mengacau untuk menjadi dodol atau bubur lambuk. Telur dan tepung dikacau untuk membuat baulu.
Makanan ini diberikan kepada petugas RTM dan ada yang akan dihantar ke rumah artis veteran dalam Program Bakti Kasih anjuran Klasik Nasional. Satu usaha yang mulia dan perlu diteruskan pada masa akan datang.
Tahniah Datuk Jumat, Chuari, Keliwon dan semua wargakerja radio.
GEROMBOLAN PENAGIH SIMPATI RAKYAT
Posting Kedua - 5.30 petang
Perkhidmatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, dilanjutkan setahun lagi. Perkara itu diumumkan hari ini. Semoga terus dapat memberikan khidmat cemerlang kepada negara. Jangan melayan orang gila dan mahu membuat keributan di negara ini.
Posting Asal - 10.59 pagi
Tidak sukar untuk memahami apa yang berlaku di Perak semalam. Gerombolan 'pelakon politik' ini ingin membuat sesuatu yang boleh menarik perhatian orang ramai terhadap mereka. Mereka berkumpul di bawah pokok, mencari jalan untuk bergaduh dengan pihak keselamatan dan kemudian mengadakan mesyuarat di sebuah hotel. Lucu dan memalukan. Menyusahkan dan memberi gambaran buruk kepada negara.
Apa yang ingin mereka lakukan ialah untuk membuat gimik agar rakyat terus mengingati mereka. Agar rakyat simpati terhadap mereka. Agar rakyat membenci anggota pasukan keselamatan. Agar rakyat percaya mereka adalah kumpulan yang sah. Apa ni?
Mereka tahu rakyat Perak kini sudah mula memberi perhatian kepada Kerajaan Negeri BN di bawah pimpinan DS Dr Zambry Abdul Kadir. Mereka sedar bahawa jika gelombang sokongan ini tidak diberhentikan, maka mereka akan terus dilupakan.
Maka itu, mereka mencari jalan untuk memastikan rakyat Perak terus mengingati mereka. Mereka sanggup melakukan apa saja untuk menarik perhatian ini. Tidak kisahlah berpanas, letih berjalan atau menjerit-jerit asalkan gimik yang dilakukan berjaya. Ini sudah pasti memuaskan hati 'tukang wayang kulit' yang melihat dari jauh. Mungkin jauh di seberang laut atau beribu kilometer. Persetankan mereka.
Yang menyedihkan tindakan mereka memberikan gambaran buruk kepada negara. Seolah-olah negara ini berada dalam keadaan kelam-kabut dan tidak teratur. Anarki. Mereka tidak peduli akan nasib negara berhubung dengan tindakan gila itu. Mereka lupa bahawa negara yang menerima akibat ini adalah negara mereka. Itupun jika masih ada sedikit rasa kekesalan atas perbuatan mereka.
Yang menyedihkan mereka sanggup 'bertempur' dengan anggota keselamatan untuk menunjukkan apa yang mereka lakukan benar dan sah. Sedangkan mereka tahu mahkamah telah membuat keputusan. Rasa hormat kepada undang-undang negara semakin menipis jika dilihat daripada tingkah laku mereka. Pertempuran dengan anggota keselamatan itu diharapkan akan memberikan impak kepada mereka terutama agenda besar untuk menggambarkan 'polis itu zalim dan ganas'. Untuk menonjolkan bahawa mereka adalah mangsa manakala polis adalah penindas. Inilah yang ingin dicapai. Tidak sukar untuk memahaminya kerana jika rakyat Malaysia tidak menyukai polis maka apa yang dibuat oleh polis akan dilihat menindas dan zalim. Boleh dipersoalkan.
Wahai rakyat negara ini, fahamilah apa yang mereka lakukan. Marilah kita bangun bersama-sama untuk menentang mereka ini terutama tukang wayang kulit yang ingin mendapat tempat di persada kepemimpinan negara tanpa memikirkan tindakan anak-anak buah mereka boleh menghancurkan negara. Matlamat menghalalkan cara.
Wahai rakyat negara ini, tolaklah gerombolan yang gila kuasa dan mahu mencetuskan kekacauan demi kepentingan politik mereka. Persetankanlah tukang wayang kulit ini yang mahu memastikan rakyat membenci kerajaan dan anggota keselamatan. Mereka mahu rakyat rasa simpati dan menyokong mereka. Inilah gerombolan yang perlu ditentang.

Wednesday, September 2, 2009
POLITIK MATANG, POLITIK MENGUNTUNGKAN
Posting Ketiga - 6.05 petang
Sultan Selangor hari ini menitahkan MB Selangor mencari jalan penyelesaian terbaik mengenai isu pembinaan kuil. Baginda mahu MB mengelakkan timbulnya perselisihan kaum berikutan keputusan kerajaan negeri itu.
Di Ipoh, ahli politik pembangkang membuat kerja gila dengan berarak dan mahu mengadakan sidang dewan undangan negeri secara haram. Apa ni? Minta tolonglah orang Perak untuk memikirkan secara bijaksana pada PRU13. Jangan pilih orang gila.
Posting Kedua - 4 petang
Seorang rakan yang berdiri berhampiran ahli politik pembangkang di Dataran Parlimen pada Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 Isnin lalu, memberitahu saya ahli politik berkenaan tidak mengangkat tangan melaungkan 'daulat tuanku' ketika rakyat negara ini berbuat demikian.
Memang kurang ajar pemimpin politik ini dan mereka perlu diajar dengan secukupnya.
Rakan media yang ada gambar mereka tidak berbuat demikian bolehlah hantar kepada saya untuk dipertontonkan kepada rakyat jelata mengenai sikap sebenar mereka.
Posting Asal - 9.05 pagi
PM mahu ahli politik di negara ini mengamalkan 'politik matang' demi masa depan negara. Sudah tentu perjalanan politik matang ini menguntungkan rakyat dan negara.
Bukan 'politik temberang' dan menipu rakyat sepanjang masa dengan pelbagai janji dan ikrar tidak masuk akal. Janji berbuih-buih tetapi tidak dapat dilaksanakan. Lihat saja di beberapa negeri yang diperintah oleh segerombolan parti tertentu.
Amalan politik matang ini sudah dilaksanakan oleh UMNO sejak dulu lagi kerana sebagai parti tunggak BN, UMNO perlu bersikap matang, realistik dan bertanggungjawab.
UMNO perlu berjiwa besar dan tidak mengamalkan kefahaman politik sempit. Apatah lagi dengan cadangan gagasan 1Malaysia oleh PM yang memerlukan leibh banyak 'penerimaan' oleh semua pihak.
Yang temberang ialah banyak parti tertentu. Siapa dia?

Tuesday, September 1, 2009
TUN HAMID MENINGGALKAN KITA
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Omar meninggal dunia pagi Selasa di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Allahyarham yang dilahirkan pada 25 Mac 1929 meninggal dunia setelah diserang angin ahmar baru-baru ini.
Allahyarham dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 10 November 1988 sehingga tahun 1994 dan diganti oleh Tun Mohd Eusoff Chin. – AGENDADAILY.
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang soleh.
Al-Fatihah.

PENYAMPAI IKON - PROGRAM REALITI RTM
(Barisan Peserta Penyampai Ikon yang akan menjadi penyampai pelapis RTM)
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my
MELETAKKAN objektif untuk membentuk kerjaya generasi muda sebagai wartawan, penyampai berita dan pengacara yang mahir serta serba boleh, Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini mengorak langkah apabila menerbitkan sebuah rancangan realiti televisyen, Penyampai Ikon.
Sudah pun bersiaran di TV2 bermula 22 Ogos lalu, seramai 17 finalis terpilih untuk meneruskan cabaran dalam merebut kejuaraan di samping jaminan kerjaya bersama RTM.
Daripada 6,000 peserta yang menghadiri sesi uji bakat, mereka sebenarnya cukup bertuah kerana selain didedahkan dengan dunia glamor, latihan secara profesional disediakan sepanjang menjalani pembelajaran di mahligai gading dinamakan Kolej Penyampai Ikon.
Latihan-latihan itu merangkumi etika kewartawanan, teknik berhadapan dengan kamera dan penyampaian berita serta latihan melaporkan berita dari lokasi secara langsung.
Penggunaan pelbagai peralatan penerbitan dan cara penyesuaian diri dengan persekitaran studio juga diberikan di samping latihan vokal, teknik pembacaan skrip dan penghayatan serta pemahaman skrip.
Bagi mendapatkan gambaran sebenar cabaran dunia kewartawanan, mereka turut berpeluang menemui tokoh-tokoh wartawan negara yang mempunyai pengalaman luar dalam bidang berkenaan.
Finalis yang bertuah itu ialah Kamal Firmanshah Kamaluddin, 25; Norsila Talaha, 26; Siti Aisyah Baslie, 24; Cassandra Manja, 23; Noormadiana Kamaluddin, 23; Athikah Mohd. Naim, 23; Aina Suzaily M. Zailanny, 20; Mohamed Shahril Sarapudin, 21; dan Enzyfrido Abu Hasan, 24.
Lapan lagi yang tersenarai sebagai finalis ialah, Nur 'Izaati Abul 'As, 22; Hazel Anak Desmond, 26; Mohd. Sharkawi Mohd. Sallehuddin, 23; Siti Fazurita Mohd. Famir, 25; Beatrice Krishnan, 23; Al Firdaus Shahrul Naing, 21; Khirjaa a/p Palanisamy, 27; serta Khairul Faizi Dalaiil, 23.
Menurut Pengetua Kolej Penyampai Ikon, Yusanani Yushak, Penyampai Ikon cukup berbeza jika hendak dibandingkan dengan program realiti televisyen yang lain.
Jelasnya, antara perbezaan itu ialah Penyampai Ikon tidak menggunakan medium undian secara khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam aspek penjurian.
"Penjurian akan dilakukan oleh juri profesional sepenuhnya. Pada setiap dua minggu sekali, kesemua finalis akan berhadapan dengan juri profesional.
"Juri-juri ini akan menilai kemampuan dan hasil kerja finalis sebelum mengumumkan siapa yang tersingkir untuk minggu tersebut.
"Namun, apa yang menariknya, bagi yang tersingkir, mereka akan tetap diberikan peluang untuk meneruskan pembelajaran tetapi tidak terlibat lagi dalam aspek penjurian,'' katanya pada sidang akhbar penyerahan surat tawaran pengajian di Kolej Penyampai Ikon kepada finalis Penyampai Ikon di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur baru-baru ini.
YUSANANI (berdiri enam dari kanan) dan Misha bersama barisan finalis Penyampai Ikon.
Majlis penyerahan surat tawaran tersebut disempurnakan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.
Penyampai Ikon yang akan bersiaran selama 13 episod itu menampilkan penyanyi Misha Omar selaku hos rancangan manakala Mohd. Yusni Mohamed Ali sebagai penerbit.
Seramai lima peserta akan berentap pada Malam Anugerah Penyampai Ikon yang akan disiarkan secara langsung dari Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 14 November depan.
Menurut Yusanani yang juga bekas pembaca berita, juri-juri yang terlibat dalam pengadilan Penyampai Ikon akan diumumkan kemudian tetapi ia bakal dianggotai kalangan wartawan tersohor, ahli akademik dan pengarah serta pelakon popular.
Jelasnya, tugasan yang menanti setiap finalis cukup mencabar dengan meletakkan mereka ke dunia realiti sebenar bidang penyiaran.
"Mereka akan ditugaskan untuk mencari berita, menulis berita dan menilai kesesuaian visual dengan skrip.
"Pendek kata, apabila berakhir sahaja program ini, setiap mereka yang berada di dalam Penyampai Ikon sudah pun bersedia dan tahu apa yang harus dilakukan andai berpeluang menceburi bidang penyiaran,'' katanya.
Yusanani turut memberitahu, sepanjang tempoh berada di dalam Penyampai Ikon, kesemua finalis akan ditempatkan di Wisma TV dan Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR), Angkasapuri untuk program latihan.
Bagaimanapun, persoalan yang tidak dapat dinafikan ialah sejauh mana program ini dapat lari daripada elemen populariti?
Menjawab soalan ini, Yusanani berkata: "Memanglah apabila berada di kaca televisyen, glamor itu akan dirasai.
"Bagaimanapun, dari hari pertama lagi, mereka (finalis) telah diberi motivasi dan diingatkan agar tidak mengejar glamor. Itu bukanlah matlamat utama.''
Yusanani yang pernah muncul sebagai antara penyampai berita terbaik negara berkata, selain kualiti tugasan dan penyesuaian diri dalam persekitaran kerja, setiap finalis juga akan dinilai daripada segi budi bahasa.
"Nilai-nilai melalui ucapan, pertuturan harian, perlakuan dan pergaulan juga akan diperhatikan. Mereka juga akan terlibat dengan aktiviti-aktiviti jabatan yang berada di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
"Sebab itulah ia dinamakan ikon. Kami mahu mendidik mereka supaya mampu menjadi contoh satu hari nanti,'' tambahnya lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)