Monday, September 7, 2009

DALANG DI SEBALIK DEMONSTRASI?

Hubungan antara Malaysia dan Indonesia akrab dan tidak seperti digambarkan oleh sesetengah pihak. Itulah pandangan Menteri Pertahanan, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika ditemui di RTM pagi ini.

Mengapa pula ada laporan tidak puas hati sehingga ada yang sanggup berperang?

Tindakan mengadakan demonstrasi dan membuat kecoh itu dibuat oleh golongan tertentu saja. Mereka ingin menarik perhatian semua pihak sedangkan tiada isu sebenar. DS Dr Zahid yakin ada pihak yang mempunyai 'agenda besar' untuk menggambarkan hubungan kedua-dua negara ini tidak baik sedangkan ia tidak sedemikian.

Baginya, rakyat kedua-dua negara harus tenang dan berfikiran waras. Jangan ikut emosi dan terpengaruh dengan 'dalang' berkenaan. Ini penting untuk memastikan hubungan serumpun ini kekal dan tidak boleh diganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

Mereka yang berdemonstrasi dan ingin 'mengeruhkan keadaan' dikatakan mendapat bayaran serendah RM3. Apakah kumpulan ini sudah terdesak? Apakah golongan ini ingin bersekongkol untuk menghancurkan kedua-dua negara? Adakah mereka terbabit sekadar untuk sesuap nasi? Sudah pasti 'dalang-dalang' ini menggunakan sentimen benci membenci untuk meraih populariti dan mencaturkan agenda mereka.

Marilah bersama-sama mencari dalang yang kemungkinan bergiat cergas di Malaysia dan Indonesia. Marilah kita 'tangkap' golongan ini dan campakkan mereka jauh-jauh dalam laut yang dipenuhi jerung. Biarlah mereka merasakan betapa perit jika tindakan mereka itu mampu mencetuskan 'perang mulut' dan seterusnya peperangan.

Bagi Dr Zahid, peperangan tidak menguntungkan sesiapa. Yang menang akan menjadi arang manakala yang kalah pula menjadi abu.

Menghabiskan boreh saja. Menghabiskan masa, tenaga dan kewangan saja. Apatah lagi rumpun yang sama.

4 comments:

Abang Putra said...

RTM boleh terbitkan rencana khas untuk menyanggah perkara negatif yang ditimbulkan oleh pihak Indonesia.

Dari Lensa Ke hati said...

Salam..memang apa yg diperkatakan DS Zahid hamidi adalah benar..ada pihak (dalang)yg sanggup membayar org-org untuk membuat protes atau demotrasi di indonesia..pada pendapat saya,dalang yg mengupah org-org berdemostrasi itu tak kira kalau org malaysia,tanda dia pengkhianat negara yg dia duduk skrg ni..kalau warga asing pula,tanda dia dengki dengan kemakmuran dan keamanan rakyat Malaysia..sesuatu tindakan perlu diambil bg org yg cuba perburukkan Malaysia tanah air ku..

bro brotherhood, said...

As-Salam Bro Dato,..heheh,..apo nak dikato,..dalang yg buat semua ni 'untouchable' sbb kerajaan takut kehilangan undi,..wat else can I say,..(,")

p.s. selagi bro AnWar bebas selagi tulah Malaysia terancam!!

http://brobrotherhood.blogspot.com

Anonymous said...

Tapi kan di malaysia ade bilangan penduduk berjumlah 27,000,000 yang termasuk 1,800,000 warga negara Indonesia ade yang ade datang dan pulang,ade yang datang dan hilang dalam lembah kelang,dan ade yang datang dan tinggal tanpa izin dan lain lain.
maka penduduk negeri ini yang berkerakyatan Msia hanya 25,000,000 saje.
Nisbah nya setiap 25 orang warga negara Malaysia di temani olih 1 orang warga nega indonesia,pukul rata....
Walau bagaimana pun setengah tempat di KL dan Selangor,nisbah mungkin 1:1, atau 2 Indonesia dan 1 Malaysia.
Zaman dulu 1935 hingga 1941, orang jepun dan dan Jerman adalah "5th column" .
Dengan 230,000,000 penduduk di Indonesia, orang malaysia hanye 25,000,000.
chongak sendiri dan siasat sendiri.
Sementara tu tiap tahun RM15.5 billion(15,500,000,000 RM)mengalir keluar dari tanah air ke Indonesia.
changkat lobak.
arjuna waspada.